December 7, 2017

Galeri gambar 7 Disember 2017

Galeri 7 Disember 2017

Sesekali aku akan membawa anak-anak menikmati pemandangan "sunset". 
Orang kata sebagai tadabbur alam. Begitu indah alam ciptaan tuhan, nikmat penglihatan yang dikurnia. Alhamdulillah. 
Semua ini membuat kita akan terus berfikir betapa hebatnya Allah swt. Berbekalkan kamera kesayanganku, kali ini lokasi baru kami terokai. Lokasi ini dikawasan jambatan berdekatan  sebelum UniKL jika daripada arah manjung. 

Lokasi jambatan sebelum UniKL MIMET








lokasi:
gambar  1- 5 : Lokasi jambatan sebelum UniKL MIMET, Perak, Malaysia.
gambar 6 : Lokasi padang awam manjung point seksyen 2. Perak.

December 6, 2017

Kami tebang pokok kelapa!!

Ya, kami menebang pokok kelapa yang mempunyai buah kelapa hamper 300 biji.
memang amcam tidak percaya, tetapi selepas aku kira, memang sampai 300 biji.

Kenapa kami tebang pokok ini? Jawapannya kerana mak mertua aku risau pokok ini begitu hamper dengan rumah. Dia takut pokok kelapa tu tumbang kena rumah. Jadi aku, pak mertua dan geng-geng ipar semua melakukan operasi ini.

Cabarannya macam mana nak pastikan pokok tu tumbang ke arah lain, bukan ke arah rumah selepas ditebang batang bawahnya. tetapi akhirnya kami Berjaya. Alhamdulillah rasa nikmat air kelapa ni memang sedap. Aku juga abru dapat tips orang kampong macam mana nak bezakan kelapa tua dan kelapa muda. Sebab warnanya kuning sama sahaja. Jadi kita kena goncang buah tu. kalau semasa goncang ada bunyi air, maknanya itu kelapa tua. Kalau semasa goncang, tiada bunyi, itulah kelapa muda.

Kalau korang nak lihat detik-detik cemas itu, silalah menonton video yang aku rakam dibawah.
kalau korang dah menonton, jangan lupa subscribe blog ini dan channel youtube aku.

thanks bro.


sate bonding

Sate bonding? Ya itulah ungkapan yang sesuai yang boleh saya katakan. 
Kalau kita tercari-cari aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah diantara ahli keluarga, abang ipar, adik ipar dan sebagainya.

Ini ceritanya, keluarga sebelah isteri saya memang terkenal dengan keakraban mereka setiap musim cuti sekolah. Banyak aktivti dan percutian dianjurkan bersama yang menjadi resepi kebahagiaan keluarga ini. well keluarga saya sendiri tidak begini. 

Jadi musim cuti sekolah ini, bagaimana mereka menarik perhatian semua adik beradik agar dapat kumpul dan balik ke kampung? Jawapannya sate. ya, dengan menempah 300 cucuk sate. Telah menyebabkan semua orang semangat nak balik kampung dan berkumpul. huhu. itulah kuasa tarikan satay.

Jadi aktiviti kami pada hujung minggu yang lalu adalah membakar sate dan menghabiskannya dengan berselera sekali. Kami menempah sate mentah sebanyak 300 cucuk, kemudian membakarnya dirumah mertua bersama-sama. Memang best la ketika kami sama-sama membakar sate.  Selalu kalau balik kampung, masing-masing sibuk jaga anak-anak masing-masing dan masa makan sahaja la sembang. kali ni, masa membakar sate memang best. sambil bakar, sambil sembang dan merasa sate.

Korang boleh layan video dibawah. Saya sempat merakamnya. Juga kali ni dapat tips baru bagaimana menghidupkan bara arang dengan cepat sekali dirumah. Tanpa menggunakan fire starter. Kalau nak tahu, kena tengok video saya dibawah ni. 

Ok. bye.


November 28, 2017

Kami buat Bot Wakaf MAIPS

Alhamdulillah,

Bot wakaf pertama nelayan telah berjaya dihasilkan oleh team kami di UniKL mimet. Projek ini hasil kerjasama UniKL MIMET dan Majlis Agama Islam Negeri Perak.

Bot standard panjang 30 kaki ini kelak akan diwakafkan kepada nelayan untuk menangkap ikan. Dibuat menggunakan fiberglass 100%. Mempunyai enjin berkuasa 140 Hp. Bot ini boleh mencapai kelajuan 29 Knot. 

Saya sempat menyertai sesi Sea Trial bot ini. Sea Trial adalah dimana ujian pertama keupayaan bot ini di laut terbuka. Ujian keupayaan enjin baru dan dibawa test drive sejauh beberpa kilometer untuk memastikan bot tersebut boleh beroperasi dan digunakan kelak. Alhamdulillah bot ini telah diuji selamat dan boleh digunakan.

Anda semua bolehlah menyaksikan video di Vlog saya dibawah. Saya sempat merakam sesi berkenaan.


Lokasi kami semasa Sea trial adalah di belakang UniKL MIMET, Lumut Perak.


Terima kasih

Mun'aim idrus

November 25, 2017

Umar jadi serigala : Konvo tadika 2017

Alhamdulillah

Syukur kepada Allah atas nikmat kurniaan cahaya mata dalam kehidupanku. Anak adalah anugerah yang sungguh tidak ternilai.

Anak sulong aku, Umar Izzuddin baru sahaja menamatkan pengajiannya tadika tahun 5. Seronok rasanya melihat anak membesar di depan mata. Walaupun kadang-kadang kita rasa geram dengan kenakalannya, rasa marah dengan kelasakannya, tetapi disana selalunya kita akan rasa rindu, sayang, dan nak balik cepat-cepat daripada kerja untuk berjumpa dengan mereka. 

tidak dapat kubayangkan hidupku tanpa cahaya mata. Mungkin disana hilangnya motivasi, lemahnya semangat dan sunyi akan mendatang. Alhamdulillah ya Allah terima kasih atas anugerah ini. Aku mendoakan sahabat-sahabat yang masih belum miliki cahaya mata, agar Allah kurniakan kalian secepat mungkin. insyaAllah. Tiada yang mustahil.

aku sempat merakam sedikit kenangan untuk umar dan cikgu-cikgunya. saksikan video dibawah.

kalau saudara tidak keberatan, mohon saudara subscribe channel youtube saya dan blog saya. Terima kasih. 



sekian. 

Mun'aim Idrus

November 21, 2017

Kolam mandi terbaik di KLCC Kuala lumpur

Anda mencari kolam mandi terbaik di kuala lumpur?

saya cadangkan bawa sahaja anak anda di KLCC. Di sana ada kolam mandi untuk anak-anak. Percuma dan selamat kerana kolamnya cetek. Di sebabkan kolam cetek, ia selamat untuk anak-anak yang tidak tahu berenang. Luas dan ibu - bapa boleh lihat daripada tepi. Kolam ini Percuma. jadi kita sudah jimat banyak duit. Alhamdulillah.

Saya bawa anak-anak saya mandi disana. Alhamdulillah mereka seronok. Ingatkan nak bawa mereka mandi di water park berbayar. Tetapi saya rasa disini lagi berbaloi untuk anak-anak kecil. Kerana selepas makan, kita boleh pergi jalan-jalan di Shopping mall suria KLCC. Di sana ada Food Court yang besar dan makanan berbagai pilihan.

Saya sempat merakam kenangan manis untuk anak-anak dan keluarga. anda bolehlah lihat video dibawah.
channel youtube saya : moon aim
Jemput subscribe dan terima kasih.


video rakaman mandi di KLCC

November 17, 2017

Group berpeluh

Demi menjaga kesihatan, kita memang susah nak mengawal makan dan minum. Sebab memang negara kita ni kaya dengan makanan yang lazat-lazat.

Guru saya Dr. Tin Win daripada Filipina, seorang doktor dan guru kesihatan dan gaya hidup , subjek yang saya ambil semasa belajar di UNIMAS dahulu pernah mengajarkan.

Jangan berpantang sangat pasal makan, huhu. Memang best. Dia pesan, kalau makan sikit, buat sikit exercise. kalau makan banyak lemak dan kalori, maka you kena extra senaman bagi keluar peluh.

setiap hari kena buat jangan miss senaman. Tulah pesanan dia. Tapi kita ni, jenis makan kuat,  senaman pemalas nak mampus. Macam mana nak sihat. Lepas tu marah kerajaan sebab service hospital kerajaan tak bagus la, ubat kerajaan x bagus la. 

Lain kali salahkan diri sendiri, siapa suruh tidak jaga kesihatan. Tapi apa nak buat, maybe kadang-kadang Allah nak uji kita. Kita dah jaga, tapi penyakit nak datang, Jadi sabarlah.

Ok. Aku sekarnag memang busy nak mampus. Selain riadah dengan adik-adik kelab Pembina setiap ahad pagi, aku juga baru tubuhkan group badminton dengan kawan-kawan. semua dah insaf dan sedar. 

Alhamdulillah semoga group ni dapat konsisten main badminton setiap minggu sekali pun jadilah. Daripada tiada langsung. 

layanlah Video yang sempat aku rakam.


Zaman sekarang kita kena berubah. Menjada kesihatan suatu tuntutan wajib dalam islam. Bukan boleh buat main-main. Nabi dahulu hebat, boleh naik kuda perang, boleh pergi perang, boleh bergusti. Nabi bukan superman, dia manusia biasa juga. Maknanya Nabi mesti ada buat latihan senaman. Nabi mesti ada berlatih gusti dan sebagainya. 

Orang tidak sihat mana boleh pergi berperang. Maknanya Nabi stamina mantap dan kuat. Boleh jalan jauh berhari-hari. KIta ni asyik-asyik MC sebab demam. Lemah betul antibodi kita. 

Jom berazam untuk rajin buat senaman. semoga Allah mmeberi kita kesihatan yang baik. agar bila sihat, otak kita tidak sewel, boleh bekerja dan beribadah kepada Allah swt.



Sekian. terima kasih.

November 12, 2017

Bonding Day Pembina UNIKL MIMET 2017

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. walaupun kehadiran tidak penuh kerana ramai yang ada kuliah pulak pada hari sabtu. 

kami on juga program ini. Sebab yang penting ayam BBQ sedap dan lazat.  Buat di Teluk Batik, sememangnya pantai yang terbaik di area lumut ni sebab luas, pasir lembut dan selesa. 
Seperti tahun - tahun yang lepas, anak-anak dan isteri turut serta. 
Momen - momen kali ini sempat jugak aku rakam video sebagai kenang-kenangan dan sebagai  vlogger suka-suka. 

Tetapi alhamdulillah rasa seronok dapat merakam detik-detik yang mungkin memberi kesan kepada anak-anak murid yang ikut tarbiyah. 

Semoga suatu hari nanti mereka akan menjadi tulang belakang dakwah di bumi Malaysia ini. Walaupun, program biasa-biasa sahaja. Tetapi alhamdulillah kita cuba mengawal agar tiada percampuran bebas lelaki dan wanita, dijaga aurat dan menjaga waktu solat. Juga diselitkan sesi tazkirah sebagai pembasah jiwa semua peserta. Alhamdulillah.



anda semua boleh layan video yang saya sempat buat dibawah ini.




Sekian. Terima kasih.

antara PhD dan keluarga dan Dakwah

Entah macam mana aku nak menulis tentang perkara ini. Realiti yang aku sekarang sedang menyambung PhD secara part time telah memberi aku gambaran betapa dasyat cabaran seorang pelajar sambilan bidang kedoktoran kejuruteraan.
Pada mula aku ingatkan mudah dan tiada masalah. rupa-rupanya benarlah cerita-cerita pengalaman orang - orang yang pernah melaluinya. Ia perit dan sukar. tetapi orang tidak akan faham. Orang disekeliling tetap akan mahukan engkau menjalankan tugas-tugas harianmu seperti biasa. Tetapi di dalam kepala otak seorang pelajar PhD berselirat wayar-wayar yang mungkin boleh putus bila-bila masa.

Ada cerita aku dengar dan lihat sendiri bagaimana banyak pelajar PhD bercerai-berai hancur keluarga kerana apa aku tidak tahu. Mungkin timbul konflik-konflik yang disebabkan kesibukan pelajar PhD memberi kesan kepada pasangannya. hasilnya ramai lulusan PhD yang berstatus duda dan janda.
Aduhai kesian kepad anak-anak mereka. tetapi apa nak buat, kita tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Kita hanya boleh berkata mungkin ada hikmah yang baik diatas setiap perceraian. Kerana mana ada pasangan yang mahu bercerai melainkan untuk kebaikan semua pihak.

Aku sudah hampir setahun menjadi pelajar PhD. Dan masih menyiapkan peringkat awal kajian aku.
Memilih bidang natural hybrid composite sebagai bidang kajian memenag menyebabkan aku jauh daripada kehidupan manusia. mana tidaknya kajian hanya menumpu kepada menjadikan fiber untuk digunakan didalam bahan membuat bot. lainlah jika aku mengkaji perangai manusia, mengkaji al-quran memanglah berbaloi juga. haha. Apa nak buat, kononnya nak jadi pakar bahan dalam bidang marin. Jalan sahajalah.

Tetapi cabaran utama aku lihat adalah bagaimana membahagikan masa, tugasan dan mengurus banyak perkara agar teratur dan seimbang dalam hidup aku.  banyak perkara akan datang secara tiba-tiba sehingga mengganggu jadual. Semua ini menyebabkan kacau bilau. Bila ada anak kecil-kecil pula, banyak kali anak-anak sakit dan masuk hospital menjadikan kita letih dan melupakan sementara PhD.

Banyak kali anak-anak aku sakit dan masuk wad, jari aku patah, isteri sakit dan sebagainya. Semua ini ujian biasa dalam kehidupan masa kini, tetapi memberi impak kepada aku. Alhamdulillah setakat ini mampu ku hadapi. Tetapi paling tidak best adalah jika berlaku konflik dengan isteri. Ini menyebabkan segalanya tidak best. Konflik dengan isteri boleh jadi kerana perkara-perkara kecil sahaja. Tetapi kerana seorang isteri itu adalah tulang belakang kita. Maka kita tetap kena mengalah dan kadang-kadang mengaku kalah. Bayangkan tanpa isteri disisi bagaimana kita mengurus makan minum, anak-anak, pakaian dan sebagainya.

Terhadap dakwah, seharusnya bagi aku pelajar PhD meminta izin agar tidak memegang jawatan utama dalam kepimpinan, minta izin agar turun jawatan dan maybe menjadi ajk bawahan sementara menyiapkan kajian. Silap aku sebab tidak meminta izin. Entahlah, aku rasa macam kesian terhadap dakwah sebab tidak cukup tenaga pada anggapan aku. Memang akan effect. kerana bukan sengaja, tetapi bagi aku, baik berehat sekejap menumpu kepada menyiapkan kajian PhD. selepas itu, teruskan kembali memegang posisi apa pun dalam dakwah. Bukan apa, ini kerana kesan buruk jika dia tidak siap kajiannya adalah kepada keluarga, dakwah dan masa depannya.  Boleh jadi fitnah juga dalama kehidupannya. walaubagaimanapun jika ada ikhwah yang mampu buat, dia adalah super hebat.

Banyak juga kisah-bagaimana pelajar PhD mengalami tekanan sehingga kena serangan jantung, stroke, tekanan mental dan sebagainya. Semua ini aku rasa kena urus dengan cara:
  1. merapatkan hubungan dengan Allah
  2. menjaga kesihatan dari segi makan minum, tidur, senaman
  3. menjaga hubungan dengan keluarga dan kawan
  4. menjaga hubungan dengan supervisor.
  5. banyak bersedekah
sekian terima kasih.

*tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis, dan boleh berubah pendirian mengikut semasa. tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan kehidupan penulis sendiri.


November 7, 2017

Laptop baru Lenovo Ideapad 320

Alhamdulillah, aku dah beli laptop baru. Walaubagaimanapun, hajat nak beli laptop yang mahal aku terpaksa lupakan kerana nak jimat duit dan boleh digunakan untuk bayar perkara lain. Maklumlah hujung tahun, kena simpan duit untuk beberapa perkara seperti;

1. bagi bonus kat mak ayah. sebab abah dah pencen. gaji dia dah half, jadi aku nak bagi dia duit sikit supaya dia boleh la shopping akhir tahun ni. Mak pulak x koje. kita kasi duit sikit dia mesti nak shopping jugak.

2. pendaftaran tadika anak-anak dah kena mula bayar tahun ni. jadi aku dah simpan hampir RM6K untuk laptop power la kononnya. akhirnya aku beli laptop harga RM2112+-. haha. lagipun aku bukanlah seorang gamers dan editor yang gempak. aku  nak guna laptop untuk PhD dan sampingan amcam blog dan vlog aku sahaja.

3. aku gunakan baki duit ni upgrade beberapa perabot dalam rumah aku. aku beli katil baru dan almari baru untuk dua org anak teruna aku. huhu. happy deme. kalaulah deme tahu aku korbankan laptop impian aku untuk mereka. mesti mereka seronok dan thanks kat aku. haha. apa daya deme kecik lagi. yang sulung ketika ini umur 5 tahun, kedua umur nak masuk 4 tahun. Alhamdulillah seronok mereka. sebelum ni, aku x nak beli katil bukan sebab kedekut. Tapi aku dan isteri takut mereka jatuh katil kerana masih kecil. orang kata safety first. Tapi sekarang mereka dah besar  dimana dah pandai sikit jaga diri. jadi aku belilah katil supaya mereka seronok tido dalam bilik. kalau tak, serabut jugak deme nak tido kat ruang tamu sahaja. hari-hari aku kena bentang toto dan lapik tidur.

Gambar 1: Dua orang hero aku, Umar dan Uthman. Sorang lagi nama Ali tiada dalam gambar.


4. Hujung tahun, mesti wife aku ajak bercuti punyer. walaupun dah pergi pulau redang baru-baru ni. tapi mesti dia nak jalan-jalan lagi punya. sebab dia nak bagi pengalaman untuk anak-anak alasan dia. haha. Masalahnya hujung tahunlah jadual aku makin sibuk. haha. susah-susah.

 Aku beli laptop jenama Lenovo, Ideapad 320. Ok lah. sekarang ni laptop harga ni dah ok dah. cantik dan kemas. serabut jugak aku dalam 2 minggu nak pilih laptop yang murah dan agak ok untuk kegunaan aku.  Laptop lama aku akan gunakan khas untuk video editing. jadi laptop baru sepatutnya aku gunakan untuk buat PhD aku ni. huhu.
Gambar 2: Laptop Lenovo baru aku (gambar hiasan)


Terima kasih kerana sudi baca. walaupun aku x kenal korang. tapi mungkin dah takdir korang terbaca blog aku. haha.

kalau nak sembang lagi, jemputlah komen atau jadi friend kat FB (mun'aim idrus).

Yang benar
Mun'aim Idrus

November 4, 2017

Giant Manjung diserbu kerana jualan murah giler!!

Tak tau nak kata berita sedih atau gembira.
mungkin gembira buat pengguna, tetapi sedih buat warga kerja Giant Seri manjung.
Akibat penutupan Giant, mereka mengadakan jualan penghabisan stok secara besar-besaran. Maka ramailah warga manjung menyerbu Pasaraya Giant. Habis semua barang diborong.

Banyak barang-barang menjadi murah daripada barang mainan, pakaian, dapur dan lain-lain.
saya sempat pergi dan melihat orang ramai berebut-rebut memilih barangan, sampai ada yang buat port ditepi-tepi. Mereka ambik, longgok kat port. Letak anak-anak jaga port. Mak ayah memborong barangan. Fuh..Untung mereka yang datang.

Tetapi kena jiwa kental sebab semasa nak membayar nanti kena la beratur dan bersabar.

Apa-apa pun kita doakan agar semua pekerja  Giant mendapat pampasan dan kerja yang setara selepas ini. InsyaAllah rezeki itu milik Allah.

Dibawah ini adalah rakaman video yang saya rakam memaparkan suasana di Pasaraya Giant Seri Manjung semasa lelongan berlaku.


OK. Jemput subscribe channel you tube saya. Sila bantu saya untuk mencapai sasaran 1000 Subscribers bagi tahun 2017 ini.

Terima Kasih.

yang benar
Mun'aim Idrus.

October 23, 2017

Dilanda hujan ribut di Pulau pangkor!!

Alhamdulillah,
  • Perkhemahan bersama anak-anak murid Berjaya dilaksanakan di Pangkor.
  • kami mencipta momen - momen indah disana.
  • makan, BBQ kambing, nigh walk, mandi manda dan berbagai aktiviti menjadikan ukhwah kami semakin rapat.
  • Alhamdulillah atas nikmat ini. walaupun saya mengalami sedikit kesulitan kerana mengalami patah jari seminggu sebelum program. Tapi kena hadir juga untuk memberi semangat dan menemani mereka.
  • kawan-kawan boleh saksikan videonya dibawah. khas untuk kenangan bersama.





terima kasih kepada semua penaja program ini, tanpa sumbangan anda, susah kami nak buat program ini.
  • UniKL mimet
  • NGO: ISMA Seri Iskandar, ISMA Kuala kangsar
  • cikgu Suhaili
  • Abam syakur dan Coach Jo
  • dan lain-lain.

Ali boleh berdiri setelah setahun 7 bulan!!


  • Anak nombor 3, paling lambat berjalan. akhirnya sudah boleh berdiri dan berjalan dengan memegang pada apa-apa objek.
  • paling manja dan kuat memerap dengan ummi.
  • Alhamdulillah sudah kuat kakinya. Semoga boleh berjalan sebelum umurnya 2 tahun.
Mun'aim idrus


Jumpa Penyu di Pulau Redang

Alhamdulillah kami sekeluarga Berjaya sampai ke Pulau redang.
Memandu kereta daripada Seri Manjung- Machang - Kuala Terengganu - Pulau redang.
No words to story, I make a video to share our moments.





Perjalanan yang jauh dan meletihkan. kami merancang tidak terus ke sana. sebaliknya bermalam di Machang, bermalam di Kuala Terengganu, kemudian baru ke redang.

Pulau redang menjanjikan suasana air jernih, tenang dan menyeronokkan.

August 1, 2017

Dilema tarbiyah anak sendiri dan anak orang lain

Malam ini aku dilema sedikit. Ada sedikit perasaan untuk berfikir dan terus berfikir. Ini kerana aku yang pertama telah tidak menunaikan janji dengan isteri aku. Ya aku ada alasan, tetapi aku tiada pilihan kerana ada urusan dakwah secara tiba-tiba pada malam ini. Walaupun dah janji dengan isteri nak keluar. Huhu..apakan daya. begitulah kita kadang-kadang terpaksa membatalkan temu janji kerana ada urusan yang pada kita lebih utama. makan hati la gayanya.


Apa-apapun aku janji pada diri aku untuk menebus kekecewaan dia lain kali. InsyaAllah. Tetapi ada satu perkara lagi aku tersentap juga. Kata-kata sang isteri memang cermin muhasabah yang terbaik buat diri kita. Ini kerana dialah yang paling rapat dengan kita dan kenal kita. setakat ini aku memang tak pernah Berjaya nak berhelah dan menipu dia. Setiap kali aku nak helah dan menipu, mesti dia dapat hidu dan buatkan aku gelak kantoi. contoh, kes kami janji nak puasa sunat  hari isnin. Sahurlah sama-sama awal pagi dia masak. kemudian sampai office, member offer belanja makan sedap. memang aku pantang diajak. terus layan. batal puasa. kemudian balik rumah, dia Tanya, aku pura-pura puasa. lakonan dah rasa mantap. Tapi namanya isteri memang dia boleh rasa dan Nampak. haha..terus aku mengaku.

Nak jadinya obsesnya aku dengan anak-anak buah kelab Pembina kat tempat aku ni sampai wife tegur. sibuk focus anak orang, anak sendiri terabai ni. ABC x reti lancar lagi, Alif ba ta x lancar lagi ni. Sapa nak ajar anak ni...duppp...makan dalam. tersentap dan berfikir sejenak. langkah kaki dah nak keluar rumah terhenti . Tarik ke belakang mengundur dan berfikir. huh...lain macam sentap malam ni.
Terus menghadap anak dan ajar Abc dan Alif ba ta..huhu. sambal tengok jam dah hampir 9.30 menandakan mesyuarat dengan pelajar kelab Pembina dah nak mula. Agak-agak dah bosan anak-anak. Terus aku keluar.

lagi sentap bila nak keluar rumah. Anak-anak Tanya abi1 nak gi mana? Abi jangan kerja banyak-banyak!! fuh..nak meleleh air mata. Inilah perkara yang kadang-kadang nak kena korbankan bila kita ada komitmen dakwah dan sebagainya. Ada orang sibuk lepak kedai mamak, tengok bola, main futsal, memancing, dan sebagainya. Alhamdulillah aku rela sibuk atas urusan bermanfaat ini. Mudah-mudahan Allah membalas sedikit usaha ini dengan sebaik-baik balasan.

Dah abih mesyuarat sekarang terus aku tergerak untuk menulis perkongsian. Memang kesibukan kadang-kadang menyebabkan kita mengabaikan anak sendiri. Kesentapan malam ini ada hikmahnya untuk aku susun semula keutamaan dan jadual agar pendidikan anak-anak seiring dan pendidikan anak-anak murid aku.

Masih terbayang kekecewaan seorang isteri apabila kita batalkan plan disaat-saat akhir. fuh. Hanya yang pernah mengalami akan faham bagaimana perasaannya melayan sentapan seorang wanita. Aku harap isteriku tidak membaca post ini. heh heh.

Seorang isteri itu adalah cermin yang terbaik buat seorang suami. sama-samalah kita hargai isteri kita. I love u sayang!!

sekian.

July 29, 2017

beli Kasut untuk isteri dan anak-anak

Kalaulah masa aku kecik dulu ada camera video. Dah lama aku pesan kat abah supaya rakam sikit ragam aku masa kecik. Tapi apakan daya, zaman dulu, Telefon pun bapak aku xde. dan semua org kampung xde telefon. Kecuali ade sorang pak cik tu, itu pun telefon dia besar bapak macam beg laptop. 

Zaman dulu-dulu kenangan indah hanya aku boleh ingat sikit2 itupun mungkin masa tu adalah beberapa peristiwa penting. Tapi banyak dah lupa dah. Kalau tanya abah, mungkin akan terkeluar macam2 cerita lawak, ragam dan telatah aku yang x pernah dengar. Kalau tanya mak lagi la... mak mesti cakap macam2. tapi selalunya mak akan cakap..entah la..mak dah lupa dah..huhu..

Sebab itu la aku sekarang cuba rakam sikit2 beberapa peristiwa dan kenangan bersama anak-anak aku. Dengan harapan boleh la jadi kenangan buat mereka. Kalaqu ditakdirkan aku pergi dahalu..aku harap video2 ni akan jadi kenangan dan peringatan kat anak-anak bahawa dia ada seorang bapa yang Awesome..huhu.. Atleast kalau dia da lama x doa kat aku, dia tengok video aku, aku harap dia doakan kesejahteraan aku kat alam barzakh.. begitu juga anak cucu aku nanti. kalau ada.

haa ni kat bawah aku belanja video terbaru aku buat. ini adalah video hari sukan anak sulung aku bernama Umar Izzuddin. 



Alhamdulillah, aku rasa lega setiap kali aku post kat blog ni. Dia macam tempat aku luah perasaan dan misterinya aku pun x tau sape akan baca post aku ni. X macam facebook. atleast boleh tau sape like post kita. jadi aku lebih selesa menulis dan berkongsi kat blog aku ni.

malam tadi aku baru bawak anak-anak dan wife aku shopping kat AEON Manjung. Baru dapat gaji kan. Aku buat supprise sikit. aku habaq kat wife nak belanja dia beli kasut baru. Kasut sukan untuk wife dan anak-anak sekali. Ye la. wife aku jenis x meminta sangat, tapi kesian kasut sukan dia dah xde. Anak-anak sekali. saja nak share. kasut sukan wife aku beli kat kedai sukan Al-ikhsan. Kasut jenama Nike. Mula2 masuk dia tengok kasut, pastu dia tengok harga..mak mahal!! dia kata.. haha..semua harga RM150 - Rm600 pun ada... aku habaq kat dia. xpa beli mahal sikit, sebab kualiti dan tahan lama. Abang belanja..huhu.. sapu kasut Nike RM250. NAsib baik, aku bukan jenis perabih duit hisap rokok, atau suka beli gadget mahal2. Dengat berjimat la aku dapat beli kasut ni. Alhamdulillah.

Memang satu kepuasan dapat belikan wife kasut sukan. Aku aim lepas ni sekali dapat la kami joging atau beriadah sekali paling kurang sebulan sekali bersama. Memang mahal tapi aku harap dapat bertahan 3- 5 tahun la dia pakai. huhu. kalau x rabak jugak poket aku. huhu. Satu lagi sebab aku main kutu dengan kawan2. Jadi setiap tahun akan da duit lebih. Sebelum aku nak beli apa-apa untuk diri sendiri. aku mesti tengok anak bini dulu. apa yg kurang pulak. 

kemudian kasut anak2 pulak. umar dan ayyash berkenan kasut Nike jugak siap ada lampu menyala kalau dia berjalan. Tapi nasib baik saiz x muat. haha..jimat duit aku. jadi kami beli kat kedai lain. RM111 dapat dua kasut anak. kalau kat Al ikhsan sepasang harga dia paling kurang RM150 bang..

Maybe next time  boleh beli untuk mereka. Aku merenung jauh dalam kedai tu, kasut Hiking cantik. Harga RM300. Tapi hold dulu. simpan duit sikit2 baru beli. kita ni bukan macam Alif Syukri atau pun Puan Vida....berbelanja berpada-padalah dan ikut kemampuan yob..

Aku sebenarnya ade simpan duit nak beli laptop baru. MAcbook Pro..harga jangan cerita la memang mahal. tapi aku tangguh sebab ada lagi keutamaannya. Aku memang x suka beli cara hutang. itu semua riba dan sistem yang bodoh bagi aku. Kalau nak sesuatu aku akan simpan duit sikit2. bukak tabung .sampai cukup baru beli. ramai org suka beli installment. terpulanglah. tapi cara tu memang rugi dan bayar lebih. 

Lepas balik Aeon, Terus ke kedai KOpee PAste. Dinner dgn student aku pulak. meraikan akmal dan afiq baru balik daripada cuti dan syazwan yang dah abis belajar dan akan mula kerja kat johor next month.  Aku just pesan kat syazwan supaya jaga diri elok2 dan jangan tinggalkan dakwah. Terus ikut usrah kat sana nanti. Itu aja..

July 27, 2017

luahanku : kawan dan dadah

kadang-kadang  melihat dan merenung masa lalu aku teringat kenangan semasa kat negeri Sarawak dulu. Apabila kawan-kawan share gambar terkini mereka. Betapa masa lalu dan kini begitu cepat berlalu. Aku kini baru sedar dan memahami bahawa sesiapa sahaja yang kita temui. kawan baru yang kita temui dan jika kita sempatr meluangkan masa berbual, memberi sikit masa, mendengar cerita dia. menjadi pendengar yang baik, atau apa sahaja memori yang kita cipta dengan dia. Rupa-rupanya akan memberi satu kesan kepada kawan kita itu mungkin 6,7,8 atau 10 tahun akan datang. Kita selalu mensia-siakan kawan-kawan yang rapat dengan kita dan ia satu kerugian sebenarnya. Hargailah kawan anda, walau siapa pun dia. cara paling mudah adalah sebenarnya menjadi pendengar yang baik kepada dia. Jika kita sakiti hati kawan 10 tahun yang dulu. kita tidak pernah minta maaf. Nescaya memori itulah yang akan timbul andai kita bertemu dengan dia pada masa yang lain. Oleh itu, aku merasakan masa itu akan terus berjalan dan aku mesti kena terus mencari ramai kawan dan mencipta memori-memori indah bersama mereka.

ada perkara ain juga aku nak luahkan disini. aku ingin katakan aku benci dadah dan aku benci kepada pengedar dadah. mereka telah merosakkan banyak jiwa pemuda melayu kat sekeliling aku. Ada ahli keluarga aku sudah terjebak dengan dadah. sehingga hari ini aku masih tidak mampu nak tolong dia bebas daripada najis dadah. melainkan aku berdoa agar Allah beri kekuatan kat dia. ada anak sedara kena dadah. Ada anak murid aku jugak kena dadah. hancur study bagai. Aku memang nak buat banyak benda untuk bantu mereka. tapi aku x mampu nak buat banyak. Sebab aku rasa susah dan org lain pun x mampu nak bantu. bab dadah ni memang aku sangat ambik perhatian. since aku pernah tangkap budak hisap kat bilik dia. tapi aku kecewa lepas tu sebab entah macam mana budak tu boleh lepas dan selamat daripada hukuman dan tindakan susulan yang sepatutnya boleh memberi kesedaran kat dia. Benda ni kalau kita lambat bertindak dia akan ajdi parah dan merebak kat budak-budak lain. aku harap kalau sesiapa yang bertanggungjawab, samada mak bapak, ke, cikgu ke, felo ke, korang janganlah mudah-mudah nak lepas budak2 yang kena dadah ni. tindakan yang terbaik adalah bawak pi polis dan check urine. kemudian bawak ke AADK untuk sesi kaunseling. Kalau kita lepaskan, mungkin dia akan bawak pengaruh kepada budak-budak lainj. Inilah yang aku takut sangat. Bila fikirkan apa yang aku lalui, aku dah nampak masalah dadah ni akan menyusahkan mak bapak, memalukan mak bapak, tekanan emosi dan sebagainya. Aku tak boleh bayang sekarang ini betapa ramainya mak bapak sedang sedih memikirkan nasib anak-anak mereka yang kena dadah.

semasa aku dengar cerita bagaimana Presiden filiphina arahkan polis tembak pengedar dadah kat sana. aku rasa dn fikir macam bagus dan padan muk akat pengedar tu. Perasaan ini hanya boleh diselami oleh mereka mereka yang ahli keluarganya kena dadah. tahun lepas, aku tangkap anak sedara belah wife aku entah macam mana kena dadah ais. memang giler aaa perasaan aku masa tu terkejut, umur baru tingkatan 1 dah jadi mangsa dadah. memang budak tu aku sayang dan kesian. masa tu aku fikir bukan nak marah dia. tapi aku fikir sapa la mamat giler yang ajar budak ni hisap dadah. memang kalau aku jumpa siap la penanpar, terajang aku hayun..celaka punye org!!

orang jual dadah ni memang dia x fikir dah sape jadi customer dia. dia nampak duit je..memang giler. bisnes menguntungkan tapi memusnahkan hidup orang dan menyusahkan keluarga. Tak payah nak kesian la sangat.  

Ya allah, engkau bantulah hamba ini untuk menjadi penyelamat kepada anak-anak muridku yang kena dadah. jauhilah dadah daripada anak2ku, keluargaku dan kawan2 serta anak2 muridku. 


mambi@mun'aim idrus@moon aim

July 19, 2017

ke jamuan Raya ISMA Ipoh

Berkesempatan ke Jamuan Raya ISMA Ipoh.
Aku sempat merakam beberapa kenangan ketika di sana.
Tetapi maafkan aku kerana tidak dapat merakam banyak seperti yang aku harapkan.
Ini kerana anak-anakku meragam sebaik sahaja sampai di sana. huhu.
Walaubagaimanapun aku merasa syukur kerana dapat memenuhi jemputan dan bertemu dengan beberapa tokoh ISMA dan asatizah disana. Sahabat-sahabat yang dirindui semuanya dapat ku temui disana. Alhamdulillah.

Berikut adalah rangkuman video Jamuan Raya Isma Ipoh


Terima kasih dan jumpa lagi.
Oh ya, jangan lupa click subscribe channel youtube saya. Thanks.


Mun'aim idrus

July 17, 2017

Berfikir dan muhasabah

Hari ini, aku semakin berfikir,

Sejauh mana aku semakin dekat dengan Allah, Apa tanda-tanda aku semakin dekat dengan Dia?

Aku merenung solat malam aku? hampa
aku merenung solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak?  hampa,
aku merenung sejauh mana tilawah Al-Quran ku? hampa,
Aku merenung sebanyak mana dosa dan maksiat aku? Sangat menakutkan 
aku merenung berapa sudah aku infaqkan harta utk dakwah?

Lalu sampai bila aku akan sedar? adakah tunggu sehingga Allah menarik satu persatu nikmatNya?
Apakah aku mahu menunggu sehingga Allah mendatangkan musibah-Nya sebagai peringatan buatku?

Bukankah sudah sekian banyak musibah dan ujian Allah datangkan dalam hidupku? Kenapa aku masih leka dan lalai? 

Akhirnya aku mengalah dan menyedari bahawa tarbiyah itu harus berterusan. Mesti aku mujahadah untuk menjadikan diri ini seorang hamba Allah yang sang Nabi mahukan. Bukan mudah, tetapi itulah dunia, medan pertarungan, medan juang. Mujur ada kafilah dakwah tempat aku bergantung. tempat aku bergayut daripada hanyut ditarik arus sungai yang deras dan laju.


Ini adalah aku, bagaimana dengan kamu sahabat? sejauh mana sudah kamu menuju jalan Tuhan? Allah yang maha esa.


Mun'aim idrus
17 julai 2017

facebook: Mun'aim idrus
youtube channel: moon aim
insta:mambi86
twitter: Mun'aim idrus

July 14, 2017

Menjadi Vlogger?

Istilah Vlogger semakin popular di dunia barat dan kini mula melanda Asia tenggara. Semua ini disebabkan adanya YouTube di internet.

Semua orang boleh upload video dan kongsi di dunia maya. Ramai artis jadi terkenal dengan youtube.

Aku buat video dan upload kat Youtube hanya semata-mata untuk rakam kenangan- kenangan manis dalam hidup. Terutama untuk kenangan anak-anak aku kelak. Nasib baik aku pernah mengaji sikit. Jadi sedikit sebanyak membuatkan aku tidak mahu mengejar populariti dan tidak heran sangat. Tapi ada ustaz kata penting juga "crowd" untuk agenda dakwah. Jadi ada dua pertimbangan. Apabila ada manfaat untuk islam dan boleh dikawal. Kenapa tidak. Daripada membiarkan jahiliyah menguasai.

Rupanya semakin aku mencuba, semakin banyak aku belajar. Cuma kekangan masa dan tenaga sahaja menghambat. Disana aku nampak lompong dan ruang dakwah yang masih kurang diisi. Jadi aku mahu kearah itu. Kata hati aku sendirian.

Walau apa-apa pun. Doakan aku dapat menjadi vlogger yang mampu menghasilkan video-video yang boleh mengembirakan, menginsafkan, memotivasikan dan sebagainya. Walaupun kerjaya aku sekarang memang mewajibkan aku buat Video lecture. Tapi lain yang aku buat. haha.

aku letak link kat bawah  dan beberapa video simple yang aku telah buat.


 Video 1: Rakaman semasa hari raya tahun 2017 di KL dan Kuale kangsar.
Video 2 : Rakaman majlis hari raya ISMA Seri Iskandar



video 3: Air terjun kesukaan aku kat Kuala kangsar, Perak.

Ok. guys. aku tak mintak apa-apa sangat. korang tolong Subscribe Channel youtube aku sebagai tanda sokongan. sebab aku nak jadikan ia sebagai salah satu agenda dakwah aku dalam hidup ini.

Korang pi kat you tube  TYPE  "Moon Aim"..
nampaklah nanti. lepas tu click Subscribe.
tapi korang mesti ada akaun gmail. baru boleh subscribe.

Apa tujuan subscribe?
  • korang akan dapat tau dgn senang video terbaru aku.
  • nak bagitau kat youtube, sekurang-kurangnya aku ada la kawan2 yg support..hehe.
  • terakhir supaya aku dapat semangat untuk terus membuat video.

OK. Terima kasih kawan2.



July 12, 2017

Diriku 2017

Setelah lama aku meninggalkan blog ini, akhirnya tergerak untuk kembali menulis coretan-coretan baru pada malam ini.

Kini aku .........

  1. 5 tahun bekerja sebagai seorang Pensyarah
  2. 5 tahun sebagai seorang suami
  3. menjadi ayah kepada 3 orang hero (Umar, Uthman dan Ali)
  4. memiliki sebuah rumah sedarhana
  5. sedang gigih membayar hutang PTPTN (menyesal aku amik dulu) dulu bodoh x tau sangat.
  6. masih ada ibu dan ayah.
  7. masih gigih menghafal al-Quran walaupun slow..
  8. masih sedikit sumbangan aku pada agama islam..(sedih part ni)
  9. mendapat biasiswa sambung PhD secara part time (mencabar ni)
  10. masih suka minum kopi....walaupun mak selalu pesan kurangkan...adeh..
  11. memiliki channel youtube sendiri..tiba2 minat menjadi Vlogger ...ni Link dia click sini
               My youtube channel

Syukur atas segala nikmat daripada Allah swt.

Selagi hidup, insyaAllah aku akan berusaha memperbaiki diri, dan aktif dalam dakwah dan kerja-kerja kebajikan... kerana hidup ini adalah sebagai khalifah Allah diatas muka bumi.

kita tidak tahu berapa lama umur kita, setiap hari adalah misteri dan mendebarkan. Setiap tahun aku mendapat khabar pelajar aku meninggal dunia. ada yang meninggal kemalangan, ada yang meninggal sebab sakit kanser dan sebagainya. Semua ini memberi peringatan secara langsung bahawa hidup ini apa yang penting adalah niat kita. Jika umur kita pendek sekalipun, tetapi jika kita berniat jika umur panjang aku ingin berbuat baik, pasti Allah akan terima niat dan amal kita. Apa yang penting adalah niat dan tindakan kita saat ini, hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini. Tanamkan azam dan tekad untuk berbuat sesuatu yang baik dan bermanfaat buat diri, keluarga, masyarakat dan Negara.