Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

July 11, 2016

Melihat dari atas

Melihat dimana kita berada sekarang? apakah membuatkan kita akan terus maju ke depan mengejar masa yang semakin suntuk?

Aku suka melihat sejauh mana aku sudah berubah menjadi lebih baik?
 Peranan yang aku pikul sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang aku cintai. Siapakah yang akan memeriksa segala kelemahan dan prestasi aku sebagai peranan itu?

Peranan aku sebagai ayah kepada 3 cahaya mata? Sejauh mana aku sudah bersedia dan berapa banyak kali aku hilang sabar dan hilang punca. Aku rasa seperti ingin melihat masa lalu bagaimana ayahku mendidikku. Ketika zaman itu tiada facebook dan youtube. Aku tidak dapat melihat apa yang hilang daripada ingatan. Hanya mungkin jika ada masa aku harus berbual dengan mak dan abah. Untuk mengoreksi kisah-kisah masa lalu. 

betapa susahnya mereka zaman itu, begitulah aku rasa kini betapa susahnya menjalankan peranan dalam kehidupan.

Belum lagi soal sebagai aktivis dakwah dan sebagainya. Aku rasa masa aku masih banyak terbuang dengan sia-sia. Aku rasa aku banyak berehat? Atau memang fasa ini menuntut banyak masa untuk bantu isteri dan membela anak-anak.  Belum bicara bab kerjaya lagi yang berlambak tugasan dan jawatan dipikulkan dalam waktu ini? Dalam berfikir dan berfikir rupanya aku masih berfikir dalam tempurung. Dalam kotak.

Aku harus melihat dari atas, keluar daripada tempurung dan berfikir dari luar kotak.

Bukankah
kerjaya itu dakwahnya menjadi qudwah, amanah, jujur,adil dll.
seorang ayah itu dakwahnya mendidik anaknya
seorang suami itu dakwahnya mendidik isteri
dan peranan lain itu seperti biasa engkau laksanakan...

Berfikir itu bagus, lagi bagus berfikir untuk melakukan kebaikan.
Idea dalam otak aku bertambah-tambah setiap hari. Banyak perkara aku ingin lakukan.
Tapi disebabkan banyak sangat aku jadi tidak fokus dan kelam kabut.

Jadi aku kena fokus dan merancang dengan baik. Mana-mana tugas yang aku boleh passsing kpd org lain, itu terbaik aku passing. Tugasan yang aku boleh buat sendiri aku kena rancang untuk selesaikan dengan segera. Tidak bertangguh. kata orang Just Do it!

Sekarang aku rasa lebih baik. Aku rasa menulis dalam blog lebih baik daripada menulis di facebook. Kenapa? ....Fikir sendiri.


No comments: