July 18, 2016

Antara Erdogan di Turki dan Morsi di Mesir

Apa yang aku tahu tentang mereka? Morsi dimana dia sekarang? adakah kita sudah lupa dia?
Suatu masa dahulu dia menang dan disanjung. Sekarang dia dipenjara. Senyap tiada liputan media.

Hari ini apabila nama Erdogan pula menjadi sebutan, dan ia tidaklah segah zaman Morsi dahulu. Apakah Mesir dan Turki membawa tema yang berlainan. Atau ketika berlaku usaha rampasan kuasa oleh Tentera Turki dengan kejatuhan kerajaan Morsi dahulu adalah hikmah yang punya kaitan.

Adakah Allah itu maha bijak dengan menjadikan kejatuhan Morsi sebagai signal kepada Erdogan untuk melakukan segenap persiapan menanti hari dia pula.  dan kini hari ini ia memang benar-benar terjadi. Jadi Morsi tidak salah, Rakyat Mesir tidak salah? Ia adalah percaturan Allah swt? Entahlah aku tidak pasti. tetapi aku boleh merumuskan bahawa Erdogan dan pasukannya telah belajar banyak perkara daripada Mesir. 

Ya, ini bermakna aku boleh membaca daripada orang-orang di media dan facebook. Semacam ada perkara yang logik dan telah difahami oleh musuh-musuh. Apabila aku merenung ke zaman Morsi dan detik-detik kejatuhannya. Morsi disokong oleh ramai rakyat Mesir. Dijalanan penuh, Di Medan Tahrir penuh sesak. Jutaan Rakyat mesir turun menyokong.  Rakyatnya ramai sedar dan menyokong. tetapi dimana Polis dan Askar? Mereka di Pihak mana? Dimana pemimpin askar dan Polis? berapa peratus yang jelas mempertahankan Morsi? Nampaknya musuh telah setapak memahami formula peperangan ini? Justeru itu mereka terus membantai dan membantai kerana kelebihan pada mereka. Kerana kekuatan senjata pada mereka. Kalaulah Morsi dan pasukannya memahami bahaya ini. Pasti mereka akan segera sedaya upaya menyusun kembali pasukan Polis dan Askar Mesir. Pasti dan pasti. tetapi sayangnya dia tidak sempat dan terpedaya (mungkin) dengan sandiwara militer Mesir dan polisnya. Juga mungkin kerana dia dan ikhwan sendiri tidak bersedia untuk itu. Apa nak buat. Habis musnah Ikhwan dilanyak dan belasah oleh musuh-musuh gila dan ganas. 

Erdogan pasti tidak tidur lena sejak Morsi jatuh. Pasukannya pasti belajar daripada Mesir.Ini firasatku. Aku membaca di media maya. Ada pihak menyokong Erdogan dan ada yang membenci dia. Ada juga yang claim ini semua operasi  False Flag untuk menarik sokongan kembali. Apa aku bodoh untuk percaya semua ini. Apa risiko diambil jika bocor rahsia. Dunia hari ini. apa yang aku pasti, media adalah senjata propaganda paling hebat. 

Aku faham apa yang aku faham, tetapi aku harap kalian juga faham. Jika mahu kekal berkuasa perlu ada formulanya. wajib ada kekuatan Sokongan rakyat dan kekuatan satu lagi. Kekuatan pasukan polis dan askar. 

Hakikat yang aku sedar kini. sudah berdekad musuh dari awal telah menguasai pasukan askar dan polis Mesir dan Turki. Disana kekuatan yang mereka pegang dan kawal. checkpoint!! itulah cabaran Morsi dan Erdogan dan sesiapa sahaja pemimpin yang negaranya sasaran.Erdogan punya pasukan polis khas dibawahnya. juga punya sokongan daripada sebahagian pemimpin askar. tetapi jangan percaya 100%. Nah, jika ini yang berlaku. Aku tidak hairan kenapa  Erdogan benar-benar mahu perkasakan kuasa Presiden Turki.

Apa yang aku faham ini, juga mungkin difahami oleh PM Najib. Ya, dia bijak dan percaturan cekap. Meskipun dipalit tuduhan-tuduhan. Dia kekal berkuasa dan mampu berjalan senyum, Kerana dia menguasai segala-galanya. Dia ada formula dan dia gunakan formula itu. Anwar Ibrahim bagaimana?
Anwar juga faham formula ini aku rasa. Lihat dia berjaya membawa pembangkang ketahap mana? Tetapi lihat siapa bijak dengan menyumbat Anwar ke Lokap? Percaturan berjaya.

bagaimana pula Mahathir? Aku rasa gerakan dia agak sukar untuk menang. Kenapa? Aku bertanya pada diriku. Apa yang Mahathir ada sekarang? Siapa sokong dia? Media pula bagaimana? Dimana pemimpin Umno semasa zaman dia dahulu? dimana orang umno yang sokong dia dahulu?  Lihat. Memerintah 22 tahun belum tentu anda kekal berkuasa selepas bersara.  Belum tentu suara anda didengari. Semasa zaman Paklah kenapa Suara Mahathir berpengaruh? Aku merasakan kerana Dokongan pemimpin UMNO dan Ahli Umno ketika itu bersama Mahathir. KIni berubah. Mereka tidak lagi kecuali sebilangan. Ramai yang makan dedak kata Mahathir. Aku kata, Najib bijak. itu sahaja. Kalau namanya politik, depa semua dah faham. 

Begitulah bacaan politik aku yang biasa- biasa. Aku alhamdulillah berasa bertambah lega. Kerana pasukan askar dan polis kita bukan macam askar mesir dan turki. Kita punya sibuk menjalankan tugas diamanah. Terbaik. alhamdulillah.

Buatmu Turki. Rakyat Turki tahniah. Aku tahu tulisan aku ini tiada siapapun akan baca melainkan secara tidak sengaja kalian terjumpa blog aku ini. Aku hanya ingin berpesan kepada Erdogan. Gunalah kuasamu untuk membersihkan Askar Turki daripada pengkhianat. Awasilah golongan munafik dan kukuhkanlah cengkaman kuasamu. Cengkam sekuat-kuatnya kerana kamu adalah harapan kepada pelarian Syiria, palestine dan Lubnan. 





No comments:

Popular Posts