Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

July 18, 2016

Antara Erdogan di Turki dan Morsi di Mesir

Apa yang aku tahu tentang mereka? Morsi dimana dia sekarang? adakah kita sudah lupa dia?
Suatu masa dahulu dia menang dan disanjung. Sekarang dia dipenjara. Senyap tiada liputan media.

Hari ini apabila nama Erdogan pula menjadi sebutan, dan ia tidaklah segah zaman Morsi dahulu. Apakah Mesir dan Turki membawa tema yang berlainan. Atau ketika berlaku usaha rampasan kuasa oleh Tentera Turki dengan kejatuhan kerajaan Morsi dahulu adalah hikmah yang punya kaitan.

Adakah Allah itu maha bijak dengan menjadikan kejatuhan Morsi sebagai signal kepada Erdogan untuk melakukan segenap persiapan menanti hari dia pula.  dan kini hari ini ia memang benar-benar terjadi. Jadi Morsi tidak salah, Rakyat Mesir tidak salah? Ia adalah percaturan Allah swt? Entahlah aku tidak pasti. tetapi aku boleh merumuskan bahawa Erdogan dan pasukannya telah belajar banyak perkara daripada Mesir. 

Ya, ini bermakna aku boleh membaca daripada orang-orang di media dan facebook. Semacam ada perkara yang logik dan telah difahami oleh musuh-musuh. Apabila aku merenung ke zaman Morsi dan detik-detik kejatuhannya. Morsi disokong oleh ramai rakyat Mesir. Dijalanan penuh, Di Medan Tahrir penuh sesak. Jutaan Rakyat mesir turun menyokong.  Rakyatnya ramai sedar dan menyokong. tetapi dimana Polis dan Askar? Mereka di Pihak mana? Dimana pemimpin askar dan Polis? berapa peratus yang jelas mempertahankan Morsi? Nampaknya musuh telah setapak memahami formula peperangan ini? Justeru itu mereka terus membantai dan membantai kerana kelebihan pada mereka. Kerana kekuatan senjata pada mereka. Kalaulah Morsi dan pasukannya memahami bahaya ini. Pasti mereka akan segera sedaya upaya menyusun kembali pasukan Polis dan Askar Mesir. Pasti dan pasti. tetapi sayangnya dia tidak sempat dan terpedaya (mungkin) dengan sandiwara militer Mesir dan polisnya. Juga mungkin kerana dia dan ikhwan sendiri tidak bersedia untuk itu. Apa nak buat. Habis musnah Ikhwan dilanyak dan belasah oleh musuh-musuh gila dan ganas. 

Erdogan pasti tidak tidur lena sejak Morsi jatuh. Pasukannya pasti belajar daripada Mesir.Ini firasatku. Aku membaca di media maya. Ada pihak menyokong Erdogan dan ada yang membenci dia. Ada juga yang claim ini semua operasi  False Flag untuk menarik sokongan kembali. Apa aku bodoh untuk percaya semua ini. Apa risiko diambil jika bocor rahsia. Dunia hari ini. apa yang aku pasti, media adalah senjata propaganda paling hebat. 

Aku faham apa yang aku faham, tetapi aku harap kalian juga faham. Jika mahu kekal berkuasa perlu ada formulanya. wajib ada kekuatan Sokongan rakyat dan kekuatan satu lagi. Kekuatan pasukan polis dan askar. 

Hakikat yang aku sedar kini. sudah berdekad musuh dari awal telah menguasai pasukan askar dan polis Mesir dan Turki. Disana kekuatan yang mereka pegang dan kawal. checkpoint!! itulah cabaran Morsi dan Erdogan dan sesiapa sahaja pemimpin yang negaranya sasaran.Erdogan punya pasukan polis khas dibawahnya. juga punya sokongan daripada sebahagian pemimpin askar. tetapi jangan percaya 100%. Nah, jika ini yang berlaku. Aku tidak hairan kenapa  Erdogan benar-benar mahu perkasakan kuasa Presiden Turki.

Apa yang aku faham ini, juga mungkin difahami oleh PM Najib. Ya, dia bijak dan percaturan cekap. Meskipun dipalit tuduhan-tuduhan. Dia kekal berkuasa dan mampu berjalan senyum, Kerana dia menguasai segala-galanya. Dia ada formula dan dia gunakan formula itu. Anwar Ibrahim bagaimana?
Anwar juga faham formula ini aku rasa. Lihat dia berjaya membawa pembangkang ketahap mana? Tetapi lihat siapa bijak dengan menyumbat Anwar ke Lokap? Percaturan berjaya.

bagaimana pula Mahathir? Aku rasa gerakan dia agak sukar untuk menang. Kenapa? Aku bertanya pada diriku. Apa yang Mahathir ada sekarang? Siapa sokong dia? Media pula bagaimana? Dimana pemimpin Umno semasa zaman dia dahulu? dimana orang umno yang sokong dia dahulu?  Lihat. Memerintah 22 tahun belum tentu anda kekal berkuasa selepas bersara.  Belum tentu suara anda didengari. Semasa zaman Paklah kenapa Suara Mahathir berpengaruh? Aku merasakan kerana Dokongan pemimpin UMNO dan Ahli Umno ketika itu bersama Mahathir. KIni berubah. Mereka tidak lagi kecuali sebilangan. Ramai yang makan dedak kata Mahathir. Aku kata, Najib bijak. itu sahaja. Kalau namanya politik, depa semua dah faham. 

Begitulah bacaan politik aku yang biasa- biasa. Aku alhamdulillah berasa bertambah lega. Kerana pasukan askar dan polis kita bukan macam askar mesir dan turki. Kita punya sibuk menjalankan tugas diamanah. Terbaik. alhamdulillah.

Buatmu Turki. Rakyat Turki tahniah. Aku tahu tulisan aku ini tiada siapapun akan baca melainkan secara tidak sengaja kalian terjumpa blog aku ini. Aku hanya ingin berpesan kepada Erdogan. Gunalah kuasamu untuk membersihkan Askar Turki daripada pengkhianat. Awasilah golongan munafik dan kukuhkanlah cengkaman kuasamu. Cengkam sekuat-kuatnya kerana kamu adalah harapan kepada pelarian Syiria, palestine dan Lubnan. 





July 11, 2016

Melihat dari atas

Melihat dimana kita berada sekarang? apakah membuatkan kita akan terus maju ke depan mengejar masa yang semakin suntuk?

Aku suka melihat sejauh mana aku sudah berubah menjadi lebih baik?
 Peranan yang aku pikul sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang aku cintai. Siapakah yang akan memeriksa segala kelemahan dan prestasi aku sebagai peranan itu?

Peranan aku sebagai ayah kepada 3 cahaya mata? Sejauh mana aku sudah bersedia dan berapa banyak kali aku hilang sabar dan hilang punca. Aku rasa seperti ingin melihat masa lalu bagaimana ayahku mendidikku. Ketika zaman itu tiada facebook dan youtube. Aku tidak dapat melihat apa yang hilang daripada ingatan. Hanya mungkin jika ada masa aku harus berbual dengan mak dan abah. Untuk mengoreksi kisah-kisah masa lalu. 

betapa susahnya mereka zaman itu, begitulah aku rasa kini betapa susahnya menjalankan peranan dalam kehidupan.

Belum lagi soal sebagai aktivis dakwah dan sebagainya. Aku rasa masa aku masih banyak terbuang dengan sia-sia. Aku rasa aku banyak berehat? Atau memang fasa ini menuntut banyak masa untuk bantu isteri dan membela anak-anak.  Belum bicara bab kerjaya lagi yang berlambak tugasan dan jawatan dipikulkan dalam waktu ini? Dalam berfikir dan berfikir rupanya aku masih berfikir dalam tempurung. Dalam kotak.

Aku harus melihat dari atas, keluar daripada tempurung dan berfikir dari luar kotak.

Bukankah
kerjaya itu dakwahnya menjadi qudwah, amanah, jujur,adil dll.
seorang ayah itu dakwahnya mendidik anaknya
seorang suami itu dakwahnya mendidik isteri
dan peranan lain itu seperti biasa engkau laksanakan...

Berfikir itu bagus, lagi bagus berfikir untuk melakukan kebaikan.
Idea dalam otak aku bertambah-tambah setiap hari. Banyak perkara aku ingin lakukan.
Tapi disebabkan banyak sangat aku jadi tidak fokus dan kelam kabut.

Jadi aku kena fokus dan merancang dengan baik. Mana-mana tugas yang aku boleh passsing kpd org lain, itu terbaik aku passing. Tugasan yang aku boleh buat sendiri aku kena rancang untuk selesaikan dengan segera. Tidak bertangguh. kata orang Just Do it!

Sekarang aku rasa lebih baik. Aku rasa menulis dalam blog lebih baik daripada menulis di facebook. Kenapa? ....Fikir sendiri.


July 3, 2016

Malam 27 Ramadhan 2016

Apabila melihat hari ini adalam malam ke berapa ramadhan, ia mengenangkan ramadhan tahun lalu.
Apa yang aku minta dengan Tuhan pada saat yang sama seperti awal pagi ini.

Aku minta macam-macam, aku janji macam-macam, aku taubat sunguh-sunguh. Kemudian apabila mengenangkan apa yang aku buat dalam tempoh masa itu, tiada siapa tahu, kamu yang membaca tidak tahu, kalaulah aku dan kamu boleh minta kat malaikat pencatat untuk aku lihat sebentar buku catatan amal. Pasti dan pasti tidak keruan nampaknya.

Tadi selepas isyak, aku terus balik. Sebab imam ustaz Qasim malam ni x jadi imam dan dia akan balik ke Thailand  malam ni jugak. Dan aku baru teringat isteriku semacam tidak larat sahaja. jadi aku berfikir untuk taraweh dirumah sahaja.

bila balik rumah baru aku sedar aku dah ada tiga orang anak sekarang dan seorang isteri. tambah dengan aku semuanya adalah lima orang. Oh..so what?  aku baru teringat aku belum bayar zakat fitrah lagi. nasib baik esok bukanlah hari raya.

jadi aku pun terus capai kunci motor untuk mencari amil zakat. kemudian baru teringat isteriku pesan untuk aku beli sesuatu yang penting. ada dua pertama dia suruh aku beli baju raya yang sama warna dengan baju dia, kedua beli seluar baru untuk dua anakku yang sudah 4 tahun dan 2 tahun. yang ketiga baru mencecah 3 bulan. 

aku ke Giant sebab dekat dengan rumahku. Tapi dalam Giant aku nampak amil zakat dengan barisan panjang orang membayar zakat. Lalu aku tangguh dahulu. akhirnya Aku berjaya membeli brg yang dipesan dengan tambahan lampu kelip2 dan timer.

tetapi apabila aku teringat semasa di bazar, ramai orang kita melayu islam sedang membeli belah persiapan raya. jadi aku terfikir pesan Ustaz Qasim. Dia kata "Adakah Ramadhan meninggalkan kita atau kita akan meninggalkan Ramadhan?" Do you understand?

Maksudnya kalau Ramadhan meninggalkan kita insyaAllah boleh jumpa lagi tahun depan, tetapi kalau kita yang akan meninggalkan ramadhan atau makna sebenarnya kalau kita akan mati sebelum ramadhan tahun depan macam mana?

Jadi aku faham maksud dia, kita kena sedih ramadhan nak habis dah, gunakan hari-hari terakhir Ramadhan dengan sebaiknya walaupun kau akan sibuk dengan persiapan, balik kampung, masak memasak, kemas rumah, cari duit raya, dan macam-macam lagi yang akan buat kau kering poket walaupun kau lihat dan rasa macam kau sorang sahaja yang kering poket. Padahal orang lain pun sama sahaja. Anggap semuaduitbelanja yang kita keluarkan adalah sedekah. Jadi sedekah inilah akan bagi pahala yang banyak dan Allah akan ganti semula.

Jadi rileks la dan jalani hidup ni sebaiknya. Cuma aku harap aku dapat bahagiakan anak-anak aku dan keluargaku terutama mak ayah ku di hari yang mulia. aku harap kita semua diampunkan dosa - dosa lalu dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Inilah hakikat kehidupan kita, zaman penuh fitnah. Semoga kita selamat daripada fitnah dan tidak mendatangkan fitnah.