March 17, 2016

2016 tahun baru...

Perjalanan yang dilalui ini sungguh semakin bermakna pada orang lain, tetapi pada diri sendiri masih banyak makna tersembunyi,
Semampu aku ingin memberi yang terbaik buat gerabak ini,
Aku tahu bumi yang ku pijak ini tidak sama dengan bumi cinta Borneo dahulu,
Tetapi semangat dan bayangan langkah dahulu sentiasa bermain dan masih segar, bagaikan semalam aku baru pulang, bumi yang aku pijak kini seakan menenggelamkan diriku,
Tetapi aku tahu aku bukan sesiapa hakikatnya, aku tetap hamba yang Maha Esa,
Setinggi manapun aku naik, tetap perlu sujud menyembah Dia,
Sejauh manapun langkahku, aku tetap perlu ke rumah Dia,
Apa yang orang buat untuk gerabak ini, jangan orang itu lupa Dia memerhatikan yang asas dahulu, jika itu orang – orang itu gagal, maka punahlah harapan,
Jika tidak mengerti maka teruskan kehidupanmu, setiap nafasmu adalah semakin kurang udara untukmu, dan semakin dekat dengan hari pulangmu,

Barangkali aku masih merindui al akh rahim itu, sungguh dalam dan kukuh kisah silam, semoga aku dapat bertemu lagi dengan mu.
aku akan terus berlari untuk membantu agama ini, hanya itu cara untuk aku mendapatkan redha tuhan ku,
aku tiada pilihan lain, setelah mengerti makna syahadah 6 tahun dahulu, aku harus memegang makna dan erti syahadah lalu menghidupkan dalam nafasku.
dan usia kini akan memasuki 30-an.......

selamat malam......