Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

August 6, 2015

Kebenaran 2015

kebenaran itu mahal harganya,
kebenaran itu pahit rasanya
kebenaran itu hanya satu

pertahankanlah meskipun para pembesar mengancammu
pertahankanlah jika jawatanmu menjadi taruhan
pertahankanlah  walau nyawamu menjadi korban

pejuang kebenaran tidak pernah takut
pejuang kebenaran tidak akan putus asa
pejuang kebenaran sukar dicari ganti

Wahai sang penipu dan perompak
berhentilah sebelum masa terlambat
mengakulah sebelum masa menghukum dirimu
bertaubatlah sebelum nafas terhenti

wahai penyokong kebatilan
apa yang engkau mahu sebenarnya?
harta? jawatan? wanita? kemasyuran?
tahukah engkau, kebenaran itu lebih mahal daripada dunia dan isinya,
tahukah engkau, maruah itu atas kebenaran meskipun engkau dihina,
tahukah engkau, kemuliaan itu hanya untuk pejuang kebenaran,
usah engkau tertipu oleh sang penipu,
sedarlah engkau, sang penipu hanya mahukan engkau kerana dirinya,
sedarlah engkau, sang penipu hanya mahukan engkau kerana kebatilannya,

wahai penyokong kebenaran,
teruskan alunan suaramu yang kecil itu,
alunan suara itu akan berpadu lalu menjadi gelombang besar,
gelombang yang menghentak-hentak istana kebatilan,
gelombang yang akan menumbangkan kebatilan akhirnya,
kerana sejarah telah tertulis,
kebatilan itu akhirnya  adalah kekalahan dan sejarah gelap dunia....
kemenangan hanya untuk kebenaran!!