Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

April 13, 2015

Fasa kebangkitan

  1. Masa yang berlalu kini menyaksikan perjalanan sejarah dunia yang semakin getir dan sampai ke babak akhir.
  2. Walau apa pun yangberlaku, yang pasti ia adalah pertembungan antara yang Haq dan Batil.Melihat daripada peta dunia, isu yang utama dan menjadi punca kepada seluruh dunia adalah kewujudan yahudi dan penjajahannya di Palestin. kuasa dunia ketika ini kononnya Amerika adalah boneka Yahudi yang hanya orang yang celik sahaja sedar dan faham.kuasa batil ini mahu terus mencengkam dunia islam dan mematikan sebarang kebangkitan yang disedari. 
  3. Mereka membelanjakan banyak dana  untuk mencapai tujuan batil itu. Walaubagaimanapun usaha mereka sia-sia sahaja. Kerana ada segolongan orang islam yang punya keyakinan dan memahami bahawa janji Allah itu benar. batil akan kalah dan Islam akan kembali tertegak.Walaupun teknologi tentara batil canggih dan maju ke depan. Tetapi mereka akan kalah juga, bukan oleh senjata itu, tetapi Allah pasti akan mengalahkan mereka melalui jiwa2 mereka yang penakut dan pengecut. Senjata hebat macam mana pun, jika Allah campakkan rasa gerun dalam hati mereka, hilanglah bisa senjata itu. 
  4. Perancangan mereka hebat macam mana pun, akan kalah juga dengan perancangan Allah swt.Tetapi umat islam tidak boleh berserah takdir dan menunggu sahaja kemenangan itu datang, kerana mereka mesti membantu agama Allah dahulu, barulah Allah akan memberi kemenangan bila tiba masanya. Mungkin bukan zaman kita, tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang berjihad membantu agama Allah swt. 
  5. Inilah kewajipan kita membantu agama Allah swt. menegakkan islam melalui Maratib Amal. Fasa-fasa kebangkitan islam harus bermula daripada diri kita. Musuh -musuh sudah lama mengetahui bahawa pemuda islam adalah modal berharga yang mesti dihapuskan agar islam lemah dan longlai. 
  6. Tetapi mereka sudah terlewat, kerana generasi awal kita telah berjaya mengharunginya dan membina jiwa-jiwa kita untuk menghadapi mereka.

No comments: