Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

January 30, 2014

teringat kisah zaman kampus 1

Menjalani kehidupan yang kita cintai sentiasa membawa warna-warna kehidupan yang indah. terkenang kembali zaman di IPT dahulu. Zama ketika menjadi mahasiswa dan kader dakwah kampus. Bila dikenang kembali memang menggamit perasaan sesekali terbayang- bayang ikhwah-ikhwah. 

Zaman itu, setiap hari pergi kuliah, balik kuliah siap-siap untuk buat ziarah, pergi usrah atau mesyuarat bersama ikhwah-ikhwah.  Biasanya jika tiada apa-apa pada setiap petang saya akan bermain futsal di gelanggang hijau di kolej Alamanda, UNIMAS. Gelanggang itu terletak dekat dengan bilik saya dan bersebelahan dengan kafe kuning dan surau. Selesai bermain futsal, balik mandi dan terus ke Surau Alamanda dihujung bangunan kafe tingkat 1. surau kecil, tetapi disurau itulah banyak kenangan. Buat tazkirah, mabit, ceramah, tadarus dan study. 

Bila tiba hujung minggu, biasanya ada sahaja program dakwah seperti riadah, mabit atau daurah. Kalau hujung semester biasanya kami buat perkhemahan (mukhayyam).
teringat juga masa zaman  syura arahkan untuk follow up medic di Kuching. Menungggang motorsikal honda, melalui jalan raya dengan beberapa bulatan-bulatan besar memang menyeronokkan. Bila hujan bertambah seronok hati, baju basah, beg basah. lepas tu bagi tazkirah berlapitkan surat khabar sebab baju basah. . tak pasti la student2 tu perasan ke tidak. 

Semuanya menjadi detik-detik yang menambah azam dan semangat pengorbanan bagi seorg mahasiswa. Walaupun apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan para sahabat Nabi saw. tetapi tetap peristiwa itu memberi aspirasi. teringat juga ketika balik daripada usrah di medic Kuching, ketika itu pinjam motos skuter ikhwah yg baru dibelinya. Entah macam mana ketika di simpang 4 jalan yg menuruni daripada menara tinggi, motor hilang kawalan kerana jalan licin, akibatnya boom..jatuh ditengah2 jalan. kemudian jalan sebelah bertentangan lampu hijau, menderu-deru kereta melalui aku dan mereka seumpama air yang malalui celahan batu-batu sungai yang menuruni sungai.Tiada siapa berhenti untuk bantu, nasib baik tidak cedera teruk. Bangkit balik tolak motor ke tepi dan terus hidupkan enjin balik UNIMAS. Nasib baik ikhwah tu x marah. 

bersambung....