Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

June 9, 2014

orang muda: Langkah yg cepat, perlu dikawal

  • apabila seorang dai tamat pengajiannya, dia akan melalui dunia baru. Tetapi semangat kampusnya akan mendorong untuk dia mempersembahkan seni dakwahnya sepantas dan sehebat mungkin. Kerana dia punya pengalaman dakwah.
  • ini memang bagus, tetapi saya melihatkan di sana perlu ada pencerahan agar dikawal dan meletakkan di alam realiti terelbih dahulu. kenapa?
  • seorang graduan punya tanggungjawab untuk mencari pekerjaan atau sambung pengajian. itu semua punya biaya dan kos. ketika itu, apakah dakwah sudah nombor 2? jawapannya tidak, tetapi keutamaan untuk dia adalah berusaha merancang dan mencari pekerjaan yang sesuai. dan itu akan membantu dakwah apabila stabil dan ada punca biaya. mungkin pada awalnya akan efek sedikit gerak dakwah kerana perlu biasakan diri dgn suasana kerja yg baru. Tetapi selagi masih berhubung dgn mas'ul dan hadir ke liqa atau program, maka insyaAllah akan kembali beraksi dan bekerja untuk dakwah.
  • Jika masih belum stabil dan sedang mencari pekerjaan tetap, maka sebab itu mas'ul harus mengetahui sedalam mungkin akan kondisi anak usrahnya/ atau ikhwah bawah jagaannya. Harus prihatin dan selalu menanyakan kondisi mereka. terutama yang sudah menikah? jika ternyata belum stabil, maka jangan di bebankan dengan tugas yang banyak dan beri ikut kemampuannya. Beri ia masa untuk menstabilkan kewangannya dahulu. Jika ternyata dia degil dan terlalu bersemangat. Maka pada saya harus mas'ul tetap tegas agar bantu dia utamakan mencari pekerjaan dan dapatkan punca pendapatan yang stabil. Pada masa yang sama tetap pantau kehadirannya ke Liqa. Beri kata-kata semangat dan motivasi.
  • orang yang terlalu semangat, orang muda macam saya akan lelah dan letih apabila suatu masa tidak mampu menguruskan kewangan dan masa. Itulah kelemahan kami. Sebab itu saya berpendapat, rentak seorang mahasiswa yang baru graduate, walaupun perlahan tetapi konsisten, itu lebih saya sukai. Yang saya bimbang, jika dia terus sibuk dan ingin laju membuat segalanya. Itu tanda-tandanya kita akan nampak pada prestasi dia di tempat kerja dan tugasan dakwah.
  • apabila tiada sumber kerja yang tetap, tetapi sibuk dengan dakwah. Maka bebanan hidup akan memberi kesan pada pekerjaan dia. sedangkan islam itu pada praktikalnya bukan hanya melihat kerja dakwah itu sahaja sebagai aspek dakwah, tetapi aspek tarbiyah itu paling penting untuk melahirkan individu yang seimbang dan berhasil untuk ummat.
  • banyak fenomena Lemahnya dai dalam dakwah kerana bebanan kehidupan. Nasihat saya, jangan tinggalkan jemaah dakwah, kerana kita perlukan jemaah ini. Sebaliknya berbincang dgn mas'ul dan cari penyelesaiannya. 
  • banyak kes berlaku, ikhwah tinggalkan dakwah kerana menghadapi masalah kehidupan.  meskipun zaman kampus dia hebat. Jasanya yang banyak itu akan kita kenang dan semoga Allah membalasnya dengan balasan yang baik. Tetapi sayang, bukan jemaah yang rugi, tetapi diri sendiri yang rugi, meskipun begitu, selagi nyawa dikandung badan. jemaah sentiasa menantikan kembalinya permata ummat ini.  tetapi ada juga kes, apabila bekerja bagus, gaji besar, alasan sibuk kerja jadi dalil tiada masa untuk dakwah. Ini juga penyakit lain yang biasa di temui. Dunia yang melalaikan cukup bahaya. semoga kita terhindar.
  • nasihat saya pada murabbi/mas'ul: Jika anak buah anda ada masalah ini, hadapilah bersama, beri dia masa dan pantau. Jangan bebankan dia dengan tugasan yang tidak mampu dia laksanakan. jangan biarkan dia terlalu semangat sehingga mengabaikan tanggungjawab dia untuk mencari sumber pendapatan yg stabil.
  • syabas jika anda masih setia bersama jemaah dakwah dan pada masa berusaha untuk menstabilkan kehidupan anda. 
  • yakin dengan janji Allah akan beri pertolongan kepada hamba Nya yang bantu agama Allah. Benar, tetapi jika tidak berusaha maka pasti tidak akan terlaksana segalanya. Jika yakin sahaja, tiada tindakan, Tiada keajaiban akan berlaku.
> : tulisan ini hanyalah pendapat peribadi. mungkin membantu, mungkin salah. yang jelas  benar hanyalah daripada Al-Quran dan Hadits Nabi Saw.

No comments: