May 28, 2014

Coklat haram!!!

  1. beberapa hari lalu gempar berita ada unsur babi dalam coklat yang terkenal iaitu cadburied walaupun ada sijil halal.
  2. seperti biasa, reaksi umat islam tidak begitu hangat hanya kelibat beberapa NGO dan persatuan yang tampil membantu JAKIM dan bersuara bagi umat islam.
  3. isu ini apa ertinya? adakah penguatkuasaan sangat lemah sehingga mengundang kes seperti ini berlaku. kalau tidak silap, sijil halal kini adalah yg terbaru dan telah diseragamkan. tetapi bagaimana kawalan dan kuat kuasa?
  4. ada begitu banyak produk-produk  di pasaran kini yang rasanya kita boleh ragui meskipun ada sijil halal. dan kebanyakan produk adalah keluaran bukan islam.
  5. dari satu sisi, mungkin ada kelemahan dan juga tiada rasa takut dan gerun pengeluar produk terhadap JAKIM. Mungkin kita boleh lihat apa akan berlaku seterusnya terhadap kes ini? adakah akan berakhir begitu sahaja atau akan dikenakan hukuman berat.
  6. dari satu sisi, boleh dikatakan tidak hormat dan menghina orang islam di Malaysia. Jadi kita boleh gunakan kuasa membeli kita dengan memboikot produk-produk ini.
  7. bagi saya, kita ada kuasa. jadi gunakan kuasa ini ke tahap maksimum sehingga semua produk dipantau rapi. soal halal dan haram adalah perintah Allah swt. Kedaulatan dan maruah islam ini mesti dipertahankan. 
  8. mereka yang hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan sensitiviti dan maruah umat islam mesti diajar secukupnya sebagai pengajaran kepada mereka.
  9. kita belum lagi sentuh soal penjualan arak yang kini sudah dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit, banyaknya pusat hiburan haram karouke yang merosakkan anak-anak muda melayu.
  10. ditambah lagi masyarakat kini lebih di dokrin hanya soal harga minyak, harga gula, harga rumah dan sebagainya yang hanya sekitar keperluan asas dari segi duit dan perbelanjaan. tetapi dari segi akidah, halal haram amatlah kurang, apatahlagi pendidikan anak-anak dan sebagainya.

May 21, 2014

Seni Pertarungan

  • Berbagai tragedi/peristiwa yang melanda umat islam di negara ini cukup memberikan tanda-tanda kepada kita bahawa bumi ini penuh dengan percaturan dan perancangan.
  • Persoalannya percaturan itu ada dua jenis. Percaturan baik dan jahat. Hakikat yang kita imani dalam Al-Quran bahawa islam akan ditentang oleh syaitan dan tenteranya dikalangan jin dan manusia.
  • medan tempur yang kita langkahi juga haruslah tepat dan menggunakan senjata yang setanding dengan keupayaan musuh. kesilapan pemimpin dalam mengenali musuh dan rancangan liciknya akan membawa padah.
  • kita boleh lihat jika benar medan tempur kita itu betul, pasti akan ada tentangan dan serangan daripada musuh yang terancam agendanya. Sunnah perjuangan sifatnya ditentang, diusir, difitnah dan sebagainya.
  •  Apa yang kita takut? Hanya bayang-bayang sendiri menjadi penghalang. Sebaik dunia tiada nilai dalam jiwa dan hati, segala macam pengorbanan akan menjadi ramuan kejayaan. 
  • mereka berjuang kerana agenda agama yg batil, kerana kemahuan nafsu. Kita? lebih mulia kerana kita adalah muslim yang menyerahkan jiwa raga kepada Allah swt.
  • kita digelar ekstrimis muslim kerana lantang dan suara yang mereka  tutup selama ini sudah menyalak dan menjadi igauan mimpi-mimpi mereka. Mereka seakan bersatu hati menyerang kita padahal realitinya mereka berpecah dan lemah.
  • mereka menggunakan serangan hujah dan fakta yang diputar belit, maka kita mematahkan hujah dan fakta mereka dengan kebenaran.
  • mereka melabel kita dengan gelaran buruk kerana kebenaran yang kita bawa, maka kita melabel mereka dengan gelaran buruk dan menghinakan mereka kerana kebatilan mereka.
  • mereka akan menggunakan segala macam tipu daya untuk melahirkan kebencian umat islam terhadap sesiapa sahaja yang membawa roh agama ini yang mengancam agenda mereka. 
  • Mereka akan mencari sesiapa sahaja samada tokoh agama, politik, artis, orang kenamaan yang terkenal yang boleh mereka gunakan untuk menyerang kita. Orang-orang yang mahukan populariti akan mereka gunakan untuk bersuara pagi pihak mereka. itulah liciknya seni mereka.
  • dan kita harus memenangi setiap pertarungan dengan seni yang lebih halus dan penuh kejutan buat mereka. Biar setiap langkah kita menjadi mimpi ngeri buat mereka.