Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

June 9, 2014

orang muda: Langkah yg cepat, perlu dikawal

  • apabila seorang dai tamat pengajiannya, dia akan melalui dunia baru. Tetapi semangat kampusnya akan mendorong untuk dia mempersembahkan seni dakwahnya sepantas dan sehebat mungkin. Kerana dia punya pengalaman dakwah.
  • ini memang bagus, tetapi saya melihatkan di sana perlu ada pencerahan agar dikawal dan meletakkan di alam realiti terelbih dahulu. kenapa?
  • seorang graduan punya tanggungjawab untuk mencari pekerjaan atau sambung pengajian. itu semua punya biaya dan kos. ketika itu, apakah dakwah sudah nombor 2? jawapannya tidak, tetapi keutamaan untuk dia adalah berusaha merancang dan mencari pekerjaan yang sesuai. dan itu akan membantu dakwah apabila stabil dan ada punca biaya. mungkin pada awalnya akan efek sedikit gerak dakwah kerana perlu biasakan diri dgn suasana kerja yg baru. Tetapi selagi masih berhubung dgn mas'ul dan hadir ke liqa atau program, maka insyaAllah akan kembali beraksi dan bekerja untuk dakwah.
  • Jika masih belum stabil dan sedang mencari pekerjaan tetap, maka sebab itu mas'ul harus mengetahui sedalam mungkin akan kondisi anak usrahnya/ atau ikhwah bawah jagaannya. Harus prihatin dan selalu menanyakan kondisi mereka. terutama yang sudah menikah? jika ternyata belum stabil, maka jangan di bebankan dengan tugas yang banyak dan beri ikut kemampuannya. Beri ia masa untuk menstabilkan kewangannya dahulu. Jika ternyata dia degil dan terlalu bersemangat. Maka pada saya harus mas'ul tetap tegas agar bantu dia utamakan mencari pekerjaan dan dapatkan punca pendapatan yang stabil. Pada masa yang sama tetap pantau kehadirannya ke Liqa. Beri kata-kata semangat dan motivasi.
  • orang yang terlalu semangat, orang muda macam saya akan lelah dan letih apabila suatu masa tidak mampu menguruskan kewangan dan masa. Itulah kelemahan kami. Sebab itu saya berpendapat, rentak seorang mahasiswa yang baru graduate, walaupun perlahan tetapi konsisten, itu lebih saya sukai. Yang saya bimbang, jika dia terus sibuk dan ingin laju membuat segalanya. Itu tanda-tandanya kita akan nampak pada prestasi dia di tempat kerja dan tugasan dakwah.
  • apabila tiada sumber kerja yang tetap, tetapi sibuk dengan dakwah. Maka bebanan hidup akan memberi kesan pada pekerjaan dia. sedangkan islam itu pada praktikalnya bukan hanya melihat kerja dakwah itu sahaja sebagai aspek dakwah, tetapi aspek tarbiyah itu paling penting untuk melahirkan individu yang seimbang dan berhasil untuk ummat.
  • banyak fenomena Lemahnya dai dalam dakwah kerana bebanan kehidupan. Nasihat saya, jangan tinggalkan jemaah dakwah, kerana kita perlukan jemaah ini. Sebaliknya berbincang dgn mas'ul dan cari penyelesaiannya. 
  • banyak kes berlaku, ikhwah tinggalkan dakwah kerana menghadapi masalah kehidupan.  meskipun zaman kampus dia hebat. Jasanya yang banyak itu akan kita kenang dan semoga Allah membalasnya dengan balasan yang baik. Tetapi sayang, bukan jemaah yang rugi, tetapi diri sendiri yang rugi, meskipun begitu, selagi nyawa dikandung badan. jemaah sentiasa menantikan kembalinya permata ummat ini.  tetapi ada juga kes, apabila bekerja bagus, gaji besar, alasan sibuk kerja jadi dalil tiada masa untuk dakwah. Ini juga penyakit lain yang biasa di temui. Dunia yang melalaikan cukup bahaya. semoga kita terhindar.
  • nasihat saya pada murabbi/mas'ul: Jika anak buah anda ada masalah ini, hadapilah bersama, beri dia masa dan pantau. Jangan bebankan dia dengan tugasan yang tidak mampu dia laksanakan. jangan biarkan dia terlalu semangat sehingga mengabaikan tanggungjawab dia untuk mencari sumber pendapatan yg stabil.
  • syabas jika anda masih setia bersama jemaah dakwah dan pada masa berusaha untuk menstabilkan kehidupan anda. 
  • yakin dengan janji Allah akan beri pertolongan kepada hamba Nya yang bantu agama Allah. Benar, tetapi jika tidak berusaha maka pasti tidak akan terlaksana segalanya. Jika yakin sahaja, tiada tindakan, Tiada keajaiban akan berlaku.
> : tulisan ini hanyalah pendapat peribadi. mungkin membantu, mungkin salah. yang jelas  benar hanyalah daripada Al-Quran dan Hadits Nabi Saw.

May 31, 2014

eksperimen DAP letak Dyana di Teluk Intan

  •  Apakah percaturan DAP di Teluk Intan? adakah ia sebuah eksperimen untuk menguji sejauh mana faktor bangsa calon dapat mereka atasi dengan majoriti pengundi adalah cina?
  • kita orang melayu kena bijak membaca percaturan agar sejarah tidak berulang. Dengan dokongan PAS di Teluk Intan sudah pasti menambahkan lagi sokongan.
  • Kita bukan tidak kenal DAP, sebuah parti rasis. Lihat sahaja berapa kerat org india dan melayu dalam parti itu. Tetapi mengapa mereka letak calon perempuan melayu. Ini yang membuatkan kita orang melayu islam marah.
  • bertambah parah apabila calon itu juga mengaku akan tolak hudud di parlimen. Apakah yang membuatkan Pas membisu dan merelakan ini semua. Saya yakin jika Umno yang melakukan, pasti mereka Pas dan seangkatannya akan mengutuk dan mencaci. Dulu kita kutuk Rosmah tidak bertudung, sekarang kita kata tidak mengapa, yang penting dia bawa perjuangan PR??
  • jika DAP menang di Teluk Intan, saya yakin UMNO di dalam bahaya PRU 14 nanti. Eksperimen ini akan menunjukkan sejauh mana konsep Malaysian Malaysia mereka berjaya. Agenda yang lebih besar untuk menghapuskan Bumiputra.
  • Sampai bilakah kita semua akan tertipu. Umno yang semakin lemah, Pas juga semakin lemah. Siapa lagi kita berharap?
  • Hari ini saya bertambah yakin akan formula penyelesaian kepada kelemahan ini dengan slogan yang di bawa ISMA. Iaitu   "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat".
  • Inilah penyelesaian yang akan merungkai kekuatan penentang agama Allah. Kita kuat, tetapi berpecah. Jika kita dapat merealisasikan formula ini. Saya yakin tiada siapa mampu menggugat kuasa politik orang islam di Malaysia.

    May 28, 2014

    Coklat haram!!!

    1. beberapa hari lalu gempar berita ada unsur babi dalam coklat yang terkenal iaitu cadburied walaupun ada sijil halal.
    2. seperti biasa, reaksi umat islam tidak begitu hangat hanya kelibat beberapa NGO dan persatuan yang tampil membantu JAKIM dan bersuara bagi umat islam.
    3. isu ini apa ertinya? adakah penguatkuasaan sangat lemah sehingga mengundang kes seperti ini berlaku. kalau tidak silap, sijil halal kini adalah yg terbaru dan telah diseragamkan. tetapi bagaimana kawalan dan kuat kuasa?
    4. ada begitu banyak produk-produk  di pasaran kini yang rasanya kita boleh ragui meskipun ada sijil halal. dan kebanyakan produk adalah keluaran bukan islam.
    5. dari satu sisi, mungkin ada kelemahan dan juga tiada rasa takut dan gerun pengeluar produk terhadap JAKIM. Mungkin kita boleh lihat apa akan berlaku seterusnya terhadap kes ini? adakah akan berakhir begitu sahaja atau akan dikenakan hukuman berat.
    6. dari satu sisi, boleh dikatakan tidak hormat dan menghina orang islam di Malaysia. Jadi kita boleh gunakan kuasa membeli kita dengan memboikot produk-produk ini.
    7. bagi saya, kita ada kuasa. jadi gunakan kuasa ini ke tahap maksimum sehingga semua produk dipantau rapi. soal halal dan haram adalah perintah Allah swt. Kedaulatan dan maruah islam ini mesti dipertahankan. 
    8. mereka yang hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan sensitiviti dan maruah umat islam mesti diajar secukupnya sebagai pengajaran kepada mereka.
    9. kita belum lagi sentuh soal penjualan arak yang kini sudah dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit, banyaknya pusat hiburan haram karouke yang merosakkan anak-anak muda melayu.
    10. ditambah lagi masyarakat kini lebih di dokrin hanya soal harga minyak, harga gula, harga rumah dan sebagainya yang hanya sekitar keperluan asas dari segi duit dan perbelanjaan. tetapi dari segi akidah, halal haram amatlah kurang, apatahlagi pendidikan anak-anak dan sebagainya.

    May 21, 2014

    Seni Pertarungan

    • Berbagai tragedi/peristiwa yang melanda umat islam di negara ini cukup memberikan tanda-tanda kepada kita bahawa bumi ini penuh dengan percaturan dan perancangan.
    • Persoalannya percaturan itu ada dua jenis. Percaturan baik dan jahat. Hakikat yang kita imani dalam Al-Quran bahawa islam akan ditentang oleh syaitan dan tenteranya dikalangan jin dan manusia.
    • medan tempur yang kita langkahi juga haruslah tepat dan menggunakan senjata yang setanding dengan keupayaan musuh. kesilapan pemimpin dalam mengenali musuh dan rancangan liciknya akan membawa padah.
    • kita boleh lihat jika benar medan tempur kita itu betul, pasti akan ada tentangan dan serangan daripada musuh yang terancam agendanya. Sunnah perjuangan sifatnya ditentang, diusir, difitnah dan sebagainya.
    •  Apa yang kita takut? Hanya bayang-bayang sendiri menjadi penghalang. Sebaik dunia tiada nilai dalam jiwa dan hati, segala macam pengorbanan akan menjadi ramuan kejayaan. 
    • mereka berjuang kerana agenda agama yg batil, kerana kemahuan nafsu. Kita? lebih mulia kerana kita adalah muslim yang menyerahkan jiwa raga kepada Allah swt.
    • kita digelar ekstrimis muslim kerana lantang dan suara yang mereka  tutup selama ini sudah menyalak dan menjadi igauan mimpi-mimpi mereka. Mereka seakan bersatu hati menyerang kita padahal realitinya mereka berpecah dan lemah.
    • mereka menggunakan serangan hujah dan fakta yang diputar belit, maka kita mematahkan hujah dan fakta mereka dengan kebenaran.
    • mereka melabel kita dengan gelaran buruk kerana kebenaran yang kita bawa, maka kita melabel mereka dengan gelaran buruk dan menghinakan mereka kerana kebatilan mereka.
    • mereka akan menggunakan segala macam tipu daya untuk melahirkan kebencian umat islam terhadap sesiapa sahaja yang membawa roh agama ini yang mengancam agenda mereka. 
    • Mereka akan mencari sesiapa sahaja samada tokoh agama, politik, artis, orang kenamaan yang terkenal yang boleh mereka gunakan untuk menyerang kita. Orang-orang yang mahukan populariti akan mereka gunakan untuk bersuara pagi pihak mereka. itulah liciknya seni mereka.
    • dan kita harus memenangi setiap pertarungan dengan seni yang lebih halus dan penuh kejutan buat mereka. Biar setiap langkah kita menjadi mimpi ngeri buat mereka.

    April 16, 2014

    Hukuman Mati 529 : Zionis Barat vs Umat Islam

    Posted on by Ustaz Halim

    IMG-20140325-WA0001 
    Prof. Dr. Mohd. Badi’ mengepalai senarai 529 Ikhwan yang dihukum mati oleh mahkamah di bawah regim tentera Mesir.
    Rampasan Kuasa yang berlaku di Mesir pada 3 Julai 2013 yang lalu banyak memberi pengajaran kepada Umat Islam yang cintakan kebebasan, keadilan dan keagungan untuk Islam. Ia merupakan peristiwa hitam dalam sejarah manusia moden apabila kebebasan yang baru dikecapi oleh rakyat Mesir sejak mereka telah menamatkan pemerintahan kukubesi tentera dengan  berjayanya Revolusi Rakyat 25 Januari 2011 akhirnya dirampas kembali oleh Perampas Kuasa dalam masa 2 tahun setengah sahaja selepas dari revolusi tersebut.
    Walaupun bukan perancang atau pemula Revolusi 25 Januari, tidak syak lagi bahawa gerakan Ikhwan Muslimin adalah tulang belakang kepada rakyat Mesir yang telah menjayakan revolusi bersejarah itu. Selepas itu parti yang Ikhwan Muslimin tubuhkan iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party, FJP) memenangi  Pilihanraya Parlimen (28 Nov2011) dan Pilihanraya Presiden (24 Jun 2012) yang bebas yang pertama di Mesir sejak zaman Firaun. Dengan kemenangan demi kemenangan itu, Presiden Mursi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir pada 30 Jun 2012. Namun beliau dan demokrasi yang baru hendak dibina oleh rakyat Mesir tiba-tiba digulingkan oleh pihak Perampas Kuasa pada 3 Julai 2013 dibawah General Abdul Fattah As-Sisy dipilih dan telah bersumpah untuk menghormati dan menjalankan Perlembagaan Mesir dan mentaati Presiden yang memilihnya. BUkan sekadar merampas kuasa, bahkan Perampas Kuasa seterusnya membubarkan Parlimen, menggantung Perlembagaan, mengurung Presiden serta memilih presiden, perdana menteri dan barisan kabinetnya sendiri.
    asma-beltaji 
    Asy-Syahidah Asma bt Mohd Beltagy, ditembak syahid oleh penembak tepat di Medan Rabaah pada hari kejadian. Terdapat penembak-penembak tepat yang dikhaskan untuk menembak mati anak-anak pimpinan Ikhwan Muslimin.

    Oleh kerana IkhwanMuslimin adalah tulang belakang rakyat Mesir dalam menamatkan pemerintahan kukubesi tentera dan membina demokrasi, maka sebaik sahaja berlakunya Rampasan Kuasa, perampas kuasa mensasarkan penghapusan jemaah Ikhwan Muslimin dan penyokong mereka bukan sahaja dengan memenjara puluhan ribu ahli-ahlinya ketika ini, bahkan ke tahap membunuh ahli dan penyokongnya walaupun dengan angka yang sangat tinggi.Hari ini bilangan yang syahid ditembak adalah melebihi 6000 orang melalui tragedi-tragedi pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabaah, Medan Nasr dan lain-lain. Pembunuhan terus berjalan hingga hari ini terhadap penunjuk-penunjuk perasaan secara aman. Semalam (30 Mac 2014) seorang mahasiswa Al-Azhar ditembak syahid di perkarangan asrama universiti berkenaan.
    Dari sejarah Ikhwan Muslimin yang panjang sejak ia ditubuhkan pada tahun 1928 hinggalah ke hari ini, masyarakat umum khususnya rakyat Mesir mengetahui bahawa ia merupakan pertubuhan terulung yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negaranya. Ikhwan Muslimin membantu tentera Mesir mengalahkan pencerobohan tentera Yahudi dan Imperialis Barat di dalam peperangan-peperangan tahun 1948, 1956 dan 1973. Ahli-ahli Ikhwan Muslimin telah banyak merubah badan dan institusi sekerja di Mesir dari ianya pertubuhan yang berlaku banyak penyelewengan pentadbiran dan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang bergerak bersih dan aktif memberi khidmat dan pembangunan kepada Mesir dan rakyatnya. Ikhwan Muslimin jugalah pelopor yang membersihkan pegangan dan pemikiran rakyat Mesir dari kecelaruan minda dan kejahilan tentang Islam yang hakiki kesan dari perang ideologi Barat sepanjang zaman Penjajahan Barat sejak berkurun lamanya kepada memahami Islam dalam bentuknya yang bersih dan menyeluruh. Benarlah apa yang dinyatakan oleh pengasas Ikhwan Muslimin, Imam Hasan Al-Banna (1906-1949) bahawa Ikhwan Muslimin adalah ruh baru yang mengalir di dalam jasad umat di Mesir dan di mana-mana, lalu menghidupkan jasad tersebut dengan nur ajaran-ajaran Al-Quran.
    1 
    Medan Raba’ah – simbol keteguhan rakyat Mesir sepanjang zaman dalam mempertahankan kebebasan dan keagungan untuk Islam.
    Oleh itu Rampasa Kuasa 3 Julai 2013 ke atas Presiden Mursi dan kerajaannya yang sah dipilih rakyat Mesir melalui pilihanraya bebas pertama dalam sejarahnya adalah sama sekali bukan bermotifkan kepentingan Negara Mesir dan rakyatnya yang telah menderita sejak sekian lama. Sebaliknya rampasan kuasa tersebut adalah merupakan perlaksanaan kepada perancangan musuh-musuh Islam yang didalangi oleh Yahudi Zionis dan Kristian Barat Salibi untuk menghalang umat Islam bangkit di Mesir yang boleh memberi saingan dan halangan terhadap rancangan jahat mereka untuk terus menguasai dunia pada hari ini.
    EGYPT-POLITICS-UNREST 
    Suasana di dalam Masjid Rabaah, bersebelahan Medan Rabaah di hari kejadian. 2500 orang ditembak mati.
    Mideast Egypt
    Senarai para syuhadak Tragedi Medan Rabaah sedang ditulis di dalam Masjid Rabaah yang digunakan untuk menempatkan para syuhadak.
    Apabila Presiden Barack Obama menang pilihanraya Presiden di Amerika di penggal pertamanya, ucapan sulung beliau di malam kemenangan adalah bahawa kehebatan Amerika bukan terletak pada kekuatan ekonomi, kewangan, teknologi dan ketenteraan yang Amerika miliki, walaupun Amerika memang di tempat pertama di kesemua aspek tersebut. Akan tetapi kekuatan Amerika adalah pada amalan Demokrasinya iaitu kebebasan dan keadilan. Melalui demokrasi, beliau sendiri yang berkulit hitam telah menjadi Presiden Amerika bermula pada malam tersebut.
    Sebelum beliau, Presiden Bush mendakwa dengan mengumumkan kepada dunia bahawa tujuan Amerika menyerang Iraq adalah untuk menyebarkan system demokrasi menggantikan system dictator yang diamalkan oleh Presiden Saddam Hussien.
    Di depan seluruh penduduk dunia, Amerika mendakwa dan mengumumkan bahawa ia mempelopori system demokrasi dan mahu mengekspot system tersebut ke Negara-negara lain di dunia demi kesejahteraan masyarakat antarabangsa dan keamanan dunia sejagat.
    Namun sebaliknya, kebebasan yang baru dikecapi oleh rakyat Mesir sejak kejayaan Revolusi 25 Januari 2011 menamatkan zaman dictator pemerintahan Tentera selama 60 tahun sejak Revolusi Tentera 1952 telah dirampas kembali dari tangan rakyat Mesir untuk diserahkan kembali kepada pemerintahan kukubesi tentera. Tidak hairanlah selepas rampasan kuasa berlaku, Setiausaha Amerika yang juga Menteri Luarnya, John Kerry mengatakan bahawa, “”And the military did not take over, to the best of our judgement – so far. To run the country, there’s a civilian government. In effect, they were restoring democracy.” Bermaksud “pihak tentera bukan merampas kuasa … mereka (hanya) mempertahankan demokrasi”. Beberapa bulan selepas itu, General Abdul Fattah As-Sisy mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden Mesir yang mendatang. Sepanjang zaman pemerintahan tentera di Mesir sebelum ini, sebarang pilihanraya adalah lakonan dengan jumlah kehadiran pengundi sekitar 5% sahaja kerana keputusan pilihanraya tersebut telah dimaklumi berpihak kepada pemerintah tentera itu sendiri berserta sebarang calon presidennya.
    Obama, Mideast Leaders Deliver Statements On Peace Process 
    Projek “Demokrasi” Zionis Barat ke atas negara-negara Islam bukan bermakna Kebebasan dan Keadilan, akan tetapi bermakna “Ketundukan kepada Kuasa Yahudi Zionis dan Kristian Barat. Jika di luar dari kerangka itu, maka kerajaan umat Islam itu mesti digulingkan atas apa sahaja alasan dan melalui apa sahaja jalan walaupua ia akan mengorbankan ribuan syuhadak dan erti “Demokrasi” itu sendiri.
    Pendirian dan tindakan Amerika merancang dan mendokong Rampasan Kuasa 3 Julai 2013 jelas menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa “Demokrasi” bukanlah matlamat perjuangan Barat terhadap Negara-negara di dunia, akan tetapi “Demokrasi” adalah alat atau cara Amerika, Zionis dan Barat untuk membuka pintu-pintu laluan bagi mereka di semua Negara di dunia kepada dominasi ekonomi, syarikat-syarikat gergasi, kewangan, budaya dan ketenteraan yang dimiliki mereka, guna untuk menundukkan rakyat dan pemerintah Negara-negara tersebut kepada agenda mereka yang membahayakan dan bukannya memperjuangkan agenda dan kepentingan rakyat negara-negara itu sendiri. Ini kita istilahkan sebagai walak atau ketundukan penuh pemerintah dan Negara tersebut kepada segala kehendak Yahudi Zionis dan Imperialis Barat.
    Kita boleh mengambil iktibar daripada kes Mesir ini untuk memahami bahawa gerakan kebebasan dan liberal bukan berhenti dengan sekadar menjadi demokratik dan liberal (walaupun itu sudah cukup parah) tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah akan lahir daripada sistem itu sebuah kerajaan yang menjadi boneka dan berwala’ kepada Yahudi.
    Sebab itu kata kunci kepada seluruh apa yang telah dan akan berlaku adalah samada sesebuah kerajaan dan negara tersebut akan memberi sokongan kepada kepentingan Zionis Yahudi. Kalaupun mana-mana kerajaan dikalangan umat Islam menyahut segala ideologi liberalism yang dicipta Barat, tetapi masih tidak menyokong agenda Zonis sepenuhnya maka kerajaan itu tetap akan digulingkan dengan apa cara sekalipun.
    Dalam kes mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati secara borong ke atas 529 penyokong demokrasi dan sikap membisa Negara-negara Barat, adalah jelas sekali bahawa Amerika dan Israel lebih mengutamakan regim tentera bersifat dictator, kukubesi  dan korup yang memimpin Negara-negara Umat islam walaupun pendirian itu bercanggah sama sekali dari kempen “demokrasi” dan kebebasan yang mereka laung-laungkan selama ini.
    Kita meyakini bahawa malam yang menyelubungi akan ada pengakhirannya dengan terbitnya fajar yang menyinsing. Lebih-lebih lagi apabila kita melihat sendiri kebangkitan dan keberanian luar biasa rakyat Mesir yang berjiwa merdeka yang telah bertekad untuk menjatuhkan Rampasan Kuasa ini. Mereka akan terus menerus bangkit secara aman dalam segala bentuknya yang tersendiri. Bilangan mereka terus menerus bertambah dari hari kesehari dari kalangan rakyat Mesir yang berjiwa merdeka yang telah yakin bahawa selama ini mereka telah diperdaya dan dipermainkan oleh pihak Perampas Kuasa agar mereka jauh dari cita-cita murni terhadap masa depan Negara mereka. Dengan pertolongan Allah, mereka yakin bahawa kemenangan dari Allah itu adalah dekat dalam mengalahkan pihak Perampas Kuasa yang kejam lagi khianat.
    Firman Allah swt :
    وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيز
    Bermaksud,”Sungguh Allah pasti akan memenangkan orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.

    Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

    January 30, 2014

    teringat kisah zaman kampus 1

    Menjalani kehidupan yang kita cintai sentiasa membawa warna-warna kehidupan yang indah. terkenang kembali zaman di IPT dahulu. Zama ketika menjadi mahasiswa dan kader dakwah kampus. Bila dikenang kembali memang menggamit perasaan sesekali terbayang- bayang ikhwah-ikhwah. 

    Zaman itu, setiap hari pergi kuliah, balik kuliah siap-siap untuk buat ziarah, pergi usrah atau mesyuarat bersama ikhwah-ikhwah.  Biasanya jika tiada apa-apa pada setiap petang saya akan bermain futsal di gelanggang hijau di kolej Alamanda, UNIMAS. Gelanggang itu terletak dekat dengan bilik saya dan bersebelahan dengan kafe kuning dan surau. Selesai bermain futsal, balik mandi dan terus ke Surau Alamanda dihujung bangunan kafe tingkat 1. surau kecil, tetapi disurau itulah banyak kenangan. Buat tazkirah, mabit, ceramah, tadarus dan study. 

    Bila tiba hujung minggu, biasanya ada sahaja program dakwah seperti riadah, mabit atau daurah. Kalau hujung semester biasanya kami buat perkhemahan (mukhayyam).
    teringat juga masa zaman  syura arahkan untuk follow up medic di Kuching. Menungggang motorsikal honda, melalui jalan raya dengan beberapa bulatan-bulatan besar memang menyeronokkan. Bila hujan bertambah seronok hati, baju basah, beg basah. lepas tu bagi tazkirah berlapitkan surat khabar sebab baju basah. . tak pasti la student2 tu perasan ke tidak. 

    Semuanya menjadi detik-detik yang menambah azam dan semangat pengorbanan bagi seorg mahasiswa. Walaupun apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan para sahabat Nabi saw. tetapi tetap peristiwa itu memberi aspirasi. teringat juga ketika balik daripada usrah di medic Kuching, ketika itu pinjam motos skuter ikhwah yg baru dibelinya. Entah macam mana ketika di simpang 4 jalan yg menuruni daripada menara tinggi, motor hilang kawalan kerana jalan licin, akibatnya boom..jatuh ditengah2 jalan. kemudian jalan sebelah bertentangan lampu hijau, menderu-deru kereta melalui aku dan mereka seumpama air yang malalui celahan batu-batu sungai yang menuruni sungai.Tiada siapa berhenti untuk bantu, nasib baik tidak cedera teruk. Bangkit balik tolak motor ke tepi dan terus hidupkan enjin balik UNIMAS. Nasib baik ikhwah tu x marah. 

    bersambung....

    January 21, 2014

    Ada Apa dengan Tudung Cikgu Choy

    Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
    Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)

    Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.
    Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.
    Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.
    Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.
    Pada pagi Ahad 19 Januari, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru), sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menziarahi Cikgu Choy yang menetap sementara di rumah keluarga angkatnya di Kota Tinggi untuk mendengar sendiri kisah yang dilalui oleh guru muda itu.
    Rombongan disambut dengan ceria oleh Cikgu Choy dan keluarga angkatnya. Dalam pertemuan ringkas itu, kami mendengar luahan hati Cikgu Choy berkenaan kesnya yang kurang mendapat perhatian daripada pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
    Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.
    AZAM BARU 2014
    Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam.
    Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.
    Namun, Cikgu Choy meneruskan tekadnya bertudung. Pada hari berikutnya, beliau menerima reaksi yang sama.
    Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.
    Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Phang Ah Ngang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.
    DIUGUT BUNUH
    Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Phang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Phang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.
    Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.
    Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.
    Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.
    Pada petang 7 Januari itu juga, Cikgu Choy diminta hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh seorang Pegawai PPD. Maka Cikgu Choy berniat untuk berjumpa dengan Bapa Angkat Sekolah untuk mendapat pendapat beliau terhadap masalah yang baru ditimpa itu selepas perjumpaan dengan Pegawai PPD tersebut. Tiba sahaja di PPD, baru Cikgu Choy mengetahui bahawa pegawai PPD tersebut ingin memberi zakat peribadi kepada beliau. Pegawai PPD tersebut bertanya sama ada Cikgu Choy mempunyai masalah setelah memeluk agama Islam. Cikgu Choy menyatakan baru timbul masalah dengan penduduk Telok Sengat. Beliau menggunakan istilah “penduduk Kampung”  kerana masih tidak tahu mengajukan kepada siapa. Pegawai PPD tersebut mencadangkan untuk terus berjumpa dengan Timbalan PPD Kota Tinggi.
    Dengan segera, Cikgu Choy berjumpa dengan Timbalan PPD dan memberitahu masalah yang dialami itu untuk mendapat pandangan Tuan Timbalan PPD.
    Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.
    Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 
    Walaubagaimanapun, ugutan yang diterima tidak melemahkan semangat Cikgu Choy untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Beliau tidak merasa gusar dengan peristiwa yang berlaku, bahkan merasa bertuah kerana apa yang berlaku ini telah menjadikan keislamannya bukan lagi rahsia. Apa yang beliau bimbangkan bahawa tudungnya perlu dibuka telah dapat diatasi. Beliau masih boleh memakai tudung walaupun diugut.
    Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang bertudung oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.
    Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.
    Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?
    Adakah tudung seorang muslimah telah dianggap sebagai mengancam keselamatan di sekolah?
    Siti Khadijah Salleh
    Wartawan ISMA Johor

    http://www.ismaweb.net/v4/2014/01/masih-akan-terbelakah-maruah-pekerja-islam-di-sebalik-kisah-cikgu-choy/