Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

July 19, 2013

JOM! Himpunan aman sokong Morsi








himpunan

BANGI, 18 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia akan menganjurkan sebuah himpunan aman menyokong Presiden Morsi dan menolak revolusi tentera yang mencabul demokrasi di Mesir.
Himpunan aman ini akan diadakan pada hari Ahad, 21 Julai bertempat di hadapan bangunan kedutaan Amerika.

Himpunan ini akan bermula jam 10 pagi di hadapan bangunan Tabung Haji dan akan berarak ke hadapan bangunan kedutaan Amerika.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, himpunan aman ini bertujuan menuntut kerajaan Amerika agar tidak mengiktiraf kerajaan baru dan menganggapnya sebagai revolusi tentera.
“Kerajaan itu tidak sah kerana berlaku rampasan tentera. " kata beliau dalam satu kenyataan.
Himpunan ini mendesak agar Amerika memainkan peranan supaya Presiden Morsi dibebaskan.
 Himpunan ini juga mendesak kerajaan Amerika jujur dalam kempen demokrasi dan memastikan kerajaan yang tertegak adalah kerajaan pilihan rakyat dan Morsi adalah presiden Mesir pertama yang telah dipilih oleh rakyat.

Himpunan ini juga menyeru masyarakat antarabangsa menyokong perjuangan rakyat Mesir berjuang mengembalikan Morsi sebagai presiden Mesir yang sah.

ISMA menjemput seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Mesir yang ada di negara ini serta agensi media tempatan dan antarabangsa untuk turut menyertai himpunan aman ini.