May 16, 2013

Selamat hari Guru 16 mei 2013

Selamat Hari Guru 
kepada semua guru-guru saya di sekolah

  1. Sekolah Rendah Taman Seri Rampai
  2. Sekolah Rendah Zon R10
  3. Sekolah Menengah Keb. Taman Seri Rampai
  4. Sekolah Menengah Teknik Gombak

 Zaman sekolah adalah paling seronok, saya rasa semua org juga begitu. Oleh itu, jangan lupa sms/call guru anda untuk mengucapkan kata-kata terima kasih. Siapa pun anda kini, mereka pasti bangga dengan kejayaan anda. 
meskipun kita sibuk dengan hidup masing2. Tapi saya yakin, dengan sebaris ayat ucapan kita pasti akan terus menyuntik semangat mereka. Saya hampir menangis hari ini, tetapi berjaya ditahan :-).   Kerana guru kesayangan saya membalas sms saya dengan ucapan..."Cikgu bangga dengan kamu." lepas sekian lama saya tidak hubungi beliau.

Tidak lupa juga kepada isteri saya, yang juga merupakan seorang guru. :-). Selamat hari guru sayangku. Semoga terus ikhlas mendidik anak bangsa menjadi insan beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.