Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

May 15, 2013

Bilakah Selangkah aku ke Bumi Anbiya' ?

Tahniah kepada ikhwah dan akhwat atas kejayaan penganjuran Program SKBA 

skba1
HULU LANGAT, 12 Mei – Sebuah acara tahunan ‘Selangkah ke bumi anbiya’ (SKBA) telah berjaya diadakan di Kem Harap Redha dekat Ulu Pangsung selama 3 hari.
Program persediaan pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Timur Tengah ini disertai oleh 49 orang pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2012.
Para peserta dihidangkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor seperti jungle trekking dan slot ceramah ‘Antara ijazah dan risalah’.
Program anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR) telah diceriakan dengan kehadiran Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dan Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Rusdi Alias.
Seorang peserta, Hikmat Mohd Esa, berasa bersyukur kerana dapat mendengar perkongsian daripada abang-abang lepasan Mesir yang turut hadir selaku fasilitator.
Rombongan pelajar ke Mesir dan Jordan yang diuruskan oleh ISMA yang dinamakan ‘Pakej Mumtaz’ akan dilaksanakan pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
skba2
skba3