Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

January 4, 2013

Pentingnya ziarah sheikh dakwah

Baca Buku Al-Munthalaq Bab 12

Sheikh ada menyebutkan bahawa pentingnya kita melihat dan memahami kata2 ulama dan orang-orang terdahulu dalam dakwah. Kerana kata-kata mereka walaupun ringkas tetapi sungguh mendalam dan sangat berguna buat kita. Kerana ia lahir daripada pengalaman dakwah hidup mereka. Mereka itu tidak jauh dengan kita sebenarnya. 

Ya, boleh jadi mereka adalah murabbi kita sendiri. Cuma kadang-kadang kita telah selalu bertemu dengannya tetapi tidak pernah kita meminta dia menceritakan pengalaman dakwahnya, bagaimana dia terlibat dengan dakwah dan sebagainya. Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan. 

Mereka itu juga ada dalam kalangan masyarakat kita. Orang-orang tua di masjid, para imam dan para ustaz yang aktif dalam mana2 NGO atau jemaah dakwah. Jika kita menjejaki sejarah dakwah di Malaysia, sebenarnya ramai para pendakwah generasi awal masih hidup dan punya pengalaman yang boleh kita cedok dari mereka.

Murabbi saya mengingatkan bahawa sangat penting untuk kita menziarahi para sheikh dakwah dan para ustaz. Membawa anak usrah menziarahi para ustaz dan sheikh dakwah adalah aktiviti yang sangat penting. Di sana akan terjadi pertemuan yang penuh dengan nasihat dan kasih sayang.