Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

May 3, 2013

Parlimen Tapah (P072) : Poster Ustaz kite Laris

Siapa Koyak ni gambar di board dibawah,,? saya nak belanja mee rebus Tapah da..
poster rosak


Penat tu pasang papan board ni. tidak mengapalah, semoga dia sihat dan tenang2 sahaja di rumah.
Rasanya ada lagi banner..nanti boleh la tukar yg baru...
Tapi memang smart buat board iklan macam ni, compare to just gantung banner. x sangka pilihanraya ni, saya dan sahabat dapat belajar buat banyak perkara terutama design poster, design papan iklan, gantung poster, gantung banner dan macam2 lagi..

Tadi lagi best, masa gantung banner area simpang tiga, dekat bidor road, jumpa dengan jentera Barisan juga tengah gantung poster. Datang sorang pak cik tua. Ingatkan nak halau kami, rupa-rupanya dia tanya khabar dan bagi panduan macam mana nak pasang. siap dia kata, jangan risau. kamu pasang kamu punya, kami pasang kami punya. biar tempat ni meriah. 
Memang susah nak jumpa org macam pak cik tu. sebab sebelum ni kebanyakkan nya agak susah nak tegur dan kerjasama. Dia kata kalau Pas, Berjasa, umno xpa. Tapi kalau DAP x boleh. Hu..nak tau kenapa tanya dia sendiri.

Lepas abih pasang, balik bilik gerakan, terbaca la berita dibawah ni...herm...sapa la punya koje...


Budaya politik samseng tunjukkan kepincangan penyokong parti



TAPAH, 2 Mei – Menurut Ustaz Shaharuzzaman Bistamam, budaya politik samseng yang berlaku kini terutamanya ketika kempen pilihan raya disifatkan sebagai kelemahan dan kepincangan para penyokong parti yang terbabit.

Beliau berkata, budaya politik samseng seperti peras ugut, simbahan cat, merosakkan poster dan seumpamanya perlu dihapuskan.
“Saya tidak marah apabila ada pihak yang cuba merosakkan poster, namun itu bukanlah satu persaingan yang sihat bahkan tidak menunjukkan akhlak yang baik seseorang itu.
“Mungkin ada yang menganggap kes seumpama ini adalah kejadian terpencil namun bagi saya ia melambangkan sikap dan tahap pemikiran yang kurang matang yang perlu dirawati segera,” ujarnya ketika dihubungi wartawan.
Ustaz Shaharuzzaman berkata demikian ketika mengulas satu kejadian yang tidak diketahui pelakunya yang telah merosakkan poster beliau di satu tempat di Tapah.
Tambah Ustaz Shaharuzzaman, sepatutnya persaingan yang sihat, terbuka dan menjaga emosi perlu dipupuk dan disuburkan dalam kalangan para penyokong parti-parti politik di Malaysia khususnya semasa kempen pilihanraya sedang berlangsung.
Jadi saya menyeru kepada semua jentera parti BERJASA khususnya dan juga parti-parti politik yang lain agar sentiasa menjaga keharmonian di samping menghidupkan persaingan yang sihat sesama kita.

No comments: