Pasca Pru 13 : Aku, Tapah dan Malaysia

Keputusan Parlimen Tapah P072

P.072 Tapah
Ridzuan Bani – Bebas – 337 -
Saravanan Murugan – BN – 20670 – menang
Vasantha Kumar Krishnan – PKR – 12743
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam – Berjasa – 2053 

Alhamdulillah saya dan rakan2 dalam Berjasa dan ISMA di negeri Perak menerima dengan redha keputusan PRU 13 bagi Parlimen Tapah yang kami tandingi. Tahniah Kepada calon Barisan Nasional Dato M. Saravanan yang menang. Semoga beliau dapat menjalankan khidmat dgn amanah.  

Seronok pertama kali menjadi ejen mengira undi di SMK Bidor saluran 1. Walaupun dalam hati mengharapkan kemenangan, namun kami redha dengan kehendak Allah swt bahawa ini kalilah pertama kali merasa kekalahan. Tetapi bak kata ustaz, ini baru permulaan, dakwah tidak akan pernah berhenti. Politik adalah sebahagian daripada dakwah. kerja-kerja kita masih banyak. 

Saya rasa seperti tidak percaya semasa kami berkumpul di bilik gerakan Berjasa Tapah. Menunggu satu persatu laporan daripada setiap pusat mengundi. Seronok apabila melihat bahawa perjuangan kita mendapat sokongan agak banyak buat pendatang baru seperti kami. Keseluruhan mendapat 2053 undi. Ini merupakan satu angka yg agak besar bagi saya. Daripada data, setiap saluran ada pengundi dan setiap ceruk kampung ada pengundi Berjasa.  Subhanallah. Bermakna disana ada suara hati penduduk tapah yang telah lama terpendam.

keputusan calon ISMA/Berjasa di tempat lain juga agak bagus. Walaupun tewas. InsyaAllah ini tandanya suara ISMA/Berjasa didengari dan ada penyokong tersendiri. Alhamdulillah.

resultspr1
1. P.128 Seremban
Ustaz Abdul Halim Abdullah – Berjasa – 6866 
2. N.25 Kajang
Ustaz Mohamad Ismail – Berjasa – 1014
3. P.072 Tapah
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam – Berjasa – 2053 
4. P.009 Alor Star
Ustaz Abdul Fisol Mohd Isa – Berjasa – 3530 

5. N.11 Derga
Ustaz Abdul Fisol Mohd Isa – Berjasa – 2061 

6. P.097 Selayang
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman – Berjasa – 4152
7. P.017 Padang Serai
Ustaz Hamidi Abu Hassan – Berjasa – 2630
8. P.109 Kapar
Ustaz Mohd Pathan Hussin – Berjasa – 6289
9. P.107 Subang
Ustaz Mohamad Ismail – Berjasa – 4454

kalaulah Umat islam berfikir diluar kotak kepartian, dan mengundi sebagai muslim, saya kira akan lebih banyak undi kita dapat. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah mengundi ustaz kita Ditempat majoriti umat islam, harapan kita untuk satukan undi semua umat islam agar yang dilantik adalah pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Kalah menang ketentuan Allah, yang penting saya puas kerana sudah membantu berkempen untuk melantik pemimpin calon muslim di tempat majoriti adalah muslim.

Komen Presiden ISMA

20130505_085327
BANGI, 6 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, jumlah undian yang diperolehi calon-calon ISMA yang bertanding atas tiket parti BERJASA dalam PRU13 ini nyata cukup memberangsangkan.
“Jumlah kiraan undi awal semasa yang diperolehi mencecah ribuan, dan ini cukup memberangsangkan, apatah lagi untuk calon-calon kami yang baru pertama kali bertanding.
“Ini isyarat yang jelas daripada masyarakat bahawa mereka menerima seruan arus baru yang kita bawakan untuk mereka dengan baik sekali,”  ujarnya berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Dalam pilihan raya umum kali ini, BERJASA bertanding di  7 Parlimen dan 2 DUN iaitu Seremban, Selayang, Kapar, Tapah, Padang Serai, Alor Setar dan Subang serta DUN Derga dan Kajang.

petikan Komen Xifu Naser

IMPAK RESULT ELECTION KPD DAKWA

"Maka, mana2 mass media, universiti dan parti yg masih mengamalkan budaya LISTEN LISTEN LISTEN PADA SATU PERSPEKTIF hanya akan membawa kpd kerugian yg besar pada pihaknya sendiri pada pilihanraya yg akan datang. Kejayaan besar ‘nyamuk kecil’ yg bernama ISMA/BERJASA dalam menimbulkan kontroversi yg mengoncang comfort zone minda kepartian jelas diterjemahkan dalam ribuan undi yg diterimanya. Nyamuk kecil ini bukan sebarang nyamuk. Allah swt tidak malu utk memberi perumpaan seekor ‘ba’uudhah’ بعوضة yg KECIL sbg cabaran yg BESAR bg yg berfikir!

 XIFU NASER AL-MAJNUN  
Untuk ulasan lengkap beliau. Sila ke facebook Xifu Naser.
http://www.facebook.com/xifu.ii?ref=tn_tnmn

 
Harakahdaily 
 
Tiba-tiba  keluar satu artikel Harakah  Daily  menghentam ISMA yang di dakwa penyebab PAS hilang banyak undi kerana orang melayu terkesan seruan Arus Baru. Artikel yang kononnya ditulis oleh X-ISMA itu seolah-olah ISMA ini sebuah parti besar yang menggugat mereka.
 
Saya masih musykil. sebab kalau sebelum PRU 13, mereka tiada lantang mengkritik. Malah kami  dianggap sebagai pemecah undi, parti nyamuk dan sebagainya. Tiba-tiba keluar artikel ini disaat selepas sahaja PAS banyak tewas dalam PRU 13.
 
 
antara kandungan surat "  
  • Telahan saya selepas ini ialah, ISMA akan merujuk keputusan pilihanraya ini sebagai kekalahan besar buat Islam. Mereka akan melaung-laungkan bahawa suara Islam dalam parlimen sudah berkurangan. Orang bukan Islam dari kalangan DAP akan mendominasi. Bahkan sebenarnya laungan begini sudah bermula awal lagi sebelum pilihan raya. Semuanya boleh dibaca di laman web rasmi ISMA." 
  • Lantaran keputusan ini, akan mulalah berbunyi slogan-slogan seperti PAS sudah tidak dominan, PAS adalah parti yang lemah dalam PR, PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP, PAS harus bergabung dengan UMNO untuk menguatkan suara Islam dalam parlimen dan macam-macam lagi. 
Adakah ini taktik reverse psychology, mempertahankan diri sebelum diserang atau mengkambing hitamkan ISMA atas sebab kekalahan dan kegagalan mencapai Putrajaya?  Saya harap ini bukanlah tujuannya. 
 
ISMA tidak menyalahkan sesiapa atas kekalahan mereka di 7 kerusi parlimen, meskipun mereka mengharapkan mendapat dokongan daripada PAS dan  saudara seislam yang lain. Bagi ISMA, masuk PRU untuk meramaikan calon Muslim di parlimen. Bahkan kita masuk ditempat yang Pas tidak bertanding demi menjaga kesatuan ummat islam. 
 
Semoga Pas dapat bangkit kembali daripada PRU 13 ini dan buat Post mortem kenapa banyak kalah ini kali. Sama-sama kita dengar nasihat daripada Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang dibawah ini.

Terima keputusan dengan syukur dan sabar

Harakahdaily, 06 Mei 2013

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.

last sekali saya kongsikan tulisan seorang tokoh yang saya suka cara fikirnya. meskipun ramai orang x suka dia, tapi saya sokong dia.
Nasib Islam selepas PRU13
RIDHUAN TEE ABDULLAH
6 Mei 2013 Sinar Harian
 
Ketika artikel ini ditulis dan dihantar kepada Sinar Harian (Jumaat), kempen PRU13 masih rancak berjalan. Bermakna, apabila artikel ini diterbitkan (Buka Minda - Isnin), keputusan PRU13 telahpun diketahui malam tadi. Tahniah! Kepada yang menang. Kepada yang kalah, cuba lagi.

Menang atau kalah, buatlah  muhasabah diri (parti) atau analisa SWOT perlu dilakukan bagi menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Analisis awal yang dapat saya lakukan adalah, siapapun menang, tidak banyak manfaat untuk agama Islam dan umatnya. Meskipun agama suci ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketika kempen, kita asyik meraikan orang lain. Agenda memperkasakan Islam jarang kedengaran.

Kita lebih obses dengan tuntutan ultra kiasu. Apa yang mereka mahu semua kita beri. Lebih menyedihkan, sehingga perkara yang sudah dilupakan dan tidak dituntut lagi pun kita beri. Malah, ada projek pembangunan sedang berjalan terpaksa dibatalkan, gara-gara mahukan undi. Apakah kita berada di landasan betul?

Lebih ekstrem lagi, mereka meminta supaya surat jaminan segera dikeluarkan sebelum hari pengundian. Jenis manusia apakah ini? Tidak pernah bersyukur.

Pilihan raya adalah medan untuk rakyat memilih siapa terbaik, bukan memberikan bulan dan bintang kepada mereka. Negarawan sepatutnya mempertahan dan memperkasakan kepentingan semua, terutama perkara-perkara asas bernegara. Negarawan harus tegas dalam membuat keputusan, berani menghadapi risiko, selagi mana keputusan dibuat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

PRU13 hanya alat, menang atau kalah, itu perkara biasa. 5 tahun lagi, kita bersua kembali. Apa yang penting agenda agama, bangsa dan negara mesti berjalan dan dihormati. Apa guna menang PRU13, jika agama dan umat Islam masih merempat menagih simpati di buminya sendiri.

Saya tidak dengar ketika kempen, sekolah agama diberikan keutamaan, berbanding sekolah lain (vernacular). Saya bukanlah orang agama (ustaz), tetapi saya sangat sayangkan agama, kerana itulah darah daging kita. Hidup mati untuk agama. Agama terdaulat, bangsa terdarjat, negara berdaulat. Namun, jika agama merempat, bangsa dilaknat, negara tidak berkat.

Saya teramat sedih membaca kempen MCA dalam iklan akhbar the Star sepanjang hari berkempen. Terang-terang menghina agama Islam. Walaupun ditujukan kepada Pas (PR), tetapi perkara tersebut merupakan asas Islam seperti cuti hari Jumaat, larangan arak dan judi, pengasingan lelaki perempuan dalam kolam renang dan salon, panduan berpakaian dan sebagainya.

Pada saya, jika Kelantan dan Kedah ingin melaksanakan perkara asas tersebut, itu adalah hak dan wajar. Lagipun majoriti umat Islam berada di sana. Bilangan bukan Islam amat sedikit. Hak majoriti mesti dipertahankan jika itu yang mereka mahu dan disyariatkan. Bandingkan dengan minoriti Cina Islam di negeri China, adakah mereka dapat hak-hak Islam mereka dilaksanakan? Saya harap MCA sedar diri.

MCA ternyata semakin kurang ajar, mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir Pas dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati. Jangan sampai mahu menyindir Pas, sehingga menghina Islam.

Saya harap Umno dapat menegur rakan parti komponen ini. Sedarkan mereka, jangan sentuh kesucian Islam. MCA boleh mengkritik Pas.

Tetapi, perlu diingat, jika ada perkara yang dibawa Pas merupakan perkara asas dalam kehidupan beragama, jangan sama sekali berani mempermainkan agama wahyu ini.

Begitu juga dengan Pas, agenda hudud Pas ditolak mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, Pas sanggup berkompromi dengan mengatakan hudud hanya agenda Pas bukan agenda PR. Jika begitu, bagaimana Pas mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang Pas sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR. Bolehkah negara diperintah oleh dua sistem? Sekalipun Pas berjaya dengan agenda hududnya bagaimana orang Islam yang ada dalam PKR dan DAP. Apakah mereka akan terkecuali dari hudud?

Saya ingin menasihati umat Islam, apabila berpolitik, ingat Tuhan.

Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.

terakhir: Bacalah Suara dari Gunung Pula ...tulisan Timb Presiden ISMA: Tn Hj Aminuddin Yahaya

PRU 13- Langkah ke Hadapan

Setelah bergelut selama 5 tahun dan mencapai ke kemuncaknya pada 2 minggu terakhir maka kini semua persoalan sudah terbentang luas jawapannya.

MELAYU TELAH TERTIPU!!!


Tidak ada orang yang menyangkal bahawa secara jelas kaum Cina telah menolak orang Melayu. Ketika sebahagian pemimpin dan penyokong politik Melayu begitu beria-ia benar untuk memikat hati mereka dengan menyogokkan pelbagai janji dan memberi pelbagai hadiah, namun mereka tetap tolak. Mereka masih mengundi bangsa mereka.

Orang Melayu begitu naif dengan sanggup berkempen dan menjadi jentera mereka TANPA ada apa-apa bantuan dari mereka dengan harapan kemenangan akan dinikmati bersama. Tapi alangkah malangnya sangkaan orang Melayu ini apabila ia terbukti jauh meleset. Ketika sokongan daripada orang Melayu semakin kurang, mereka pula yang menambah bilangan kerusi. PAS hilang Kedah dan menurun kerusi parlimen, PKR dan BN juga menurun kerusi di parlimen. Yang bertambah mendadak adalah DAP.
Salah siapa?
Kita sentiasa mengingatkan bangsa Melayu supaya berfikir secara rasional dalam berkawan dengan mereka. Berkawan itu tidak salah tetapi jangan sampai kita tergadai seperti kata pepatah “Menang sorak kampung tergadai”. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan islam. Jelas kelihatan muka PM tidak langsung ceria dengan kemenangan ini. Begitu jua DSAI yang tak habis-habis menyalahkan SPR. Tetapi cuba lihat kata-kata LKS :-

Contrary to PKR which refused to recognise the result claiming fraud and irregularities, Lim said he welcomed the outcome and described it as “a major advance to bring about change” and “an endorsement of the dream that we offer to Malaysians”.”
 
Apa lagi yang hendak kita tafsirkan?
Namun saya sangat yakin masih akan ada orang Melayu islam yang melihat perkara ini sesuatu yang positif dan “seronok” dengan keputusan PRU13. Mereka ini saya sifatkan sebagai orang yang sudah hilang neraca hati nurani dan prinsip perjuangan. Kebencian dan dendam kesumat kepada bangsa sendiri menyebabkan hati dan pemikiran mereka buta dalam menilai realiti dan tidak salah kalau saya sifatkan mereka ini hanya sebagai pemusnah kepada bangsa dan agama sendiri.

Langkah ke hadapan

1. Saya merasakan era DSAI sudah berlalu dan beliau harus menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi menjadi harapan bangsa Melayu. Masa untuk beliau menjadi pensyarah sudah tiba dan sangat elok jika beliau meneruskan niat tersebut di Perancis

2. Najib sudah pasti menghadapi jalan yang sangat sukar dan berliku. Saya tidak yakin ahli UMNO akan terus menyokong beliau. Bukan saja beliau gagal mengambil semula Selangor malah bilangan  kerusi BN di parlimen semakin merosot. Strategi beliau terlalu memberi muka kepada orang Cina telah memakan diri sendiri. Bukan saja orang Cina meludah beliau balik malah orang Melayu UMNO sendiri meluat terhadap beliau. Kalau Pak Lah merelakan diri beliau dikorbankan untuk memberikan laluan kepada Najib disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan pada PRU12, maka saya rasa tidak ada salahnya jika Najib membuat perkara yang sama untuk memberi laluan kepada TS Muhyidin.

3. Ahli PAS perlu melihat secara serius tahaluf mereka dengan DAP kalau mereka masih mahu releven lagi pada PRU14. Sikap toleransi berlebihan yang ditunjukkan kepada DAP  telah memakan diri mereka. Begitu juga dengan kekalutan didalam pemikiran pimpinan mereka dengan dominannya golongan liberal dan syiah jelas menakutkan orang Melayu dan itu punca mereka ditolak. Golongan ulamak harus mengambil alih semula pimpinan dan membetulkan kembali hadaf perjuangan mereka. Selaku parti terbesar dan tersusun dalam Pakatan Rakyat, sudah pasti PAS boleh melakukan lebih dari DAP dan PKR. Yang perlu hanyalah KEBERANIAN mereka untuk melakukan perubahan dalam saf pimpinan. Saya yakin ramai golongan islamis dan orang Melayu akan berpatah balik kepada PAS.

4. The ultimate solution adalah tidak lain dari berlakunya penyatuan antara PAS dan UMNO. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun ini adalah penyelesaian sebenar jika kita semua ingin melihat islam dimartabatkan dinegara ini dan kedudukan orang Melayu di perkokohkan. Lupakan sebentar kelemahan yang berada pada mana-mana pihak tetapi sebaliknya melihat kekuatan yang ada pada parti masing-masing. Tanpa berniat untuk mengenepikan bangsa lain tetapi jangan sampai kita menggadaikan bangsa dan agama sendiri. Ambil peluang ini untuk mulakan langkah ke arah PENYATUAN. Jika DAP bertindak keluar dari gabungan dengan PAS bila mereka tewas teruk pada 2004, maka apakah salah jika PAS keluar dari Pakatan untuk membina kembali jati diri parti.
 sumber : http://suaradarigunung.wordpress.com/2013/05/06/pru13-langkah-ke-hadapan/

 Akhir kata

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua umat islam yang menyokong perjuangan dan fikrah yang kami bawa. sesungguhnya perjuangan ini adalah milik semua umat islam dan tanggungjawab semua. Semoga kita terus bekerja kuat dalam mendaulatkan islam di bumi Malaysia tercinta ini, agar Malaysia terus sejahtera dibawah rahmat Allah swt.

Saya mohon maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan kali ini.  Semoga bermanfaat apa yang baik, dan jadikan sempadan yang tidak baik.

yg benar: mun'aim idrus

Comments

Popular Posts