May 2, 2013

Panas!! Orang melayu Tapah 50% sokong Ustaz ke Parlimen P072

Ustaz Shaharuzzaman : Pilih calon ulama

perak1

TAPAH – Calon Parlimen BERJASA Parlimen Tapah, Shaharuzzaman Bistamam meminta rakyat menyokong calon ulama yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ini bagi memastikan suara Islam didengar dengan jelas.
Menurutnya, negara memerlukan golongan ulama di Parlimen kerana mereka boleh bertindak sebagai kuasa pendesak sebagai pelaksanaan Islam di Malaysia.
“Gabungan kepimpinan antara  golongan profesional dan agamawan merupakan gandingan yang mapan untuk mencorak masa depan Malaysia ke arah kemajuan berlandaskan Islam,” katanya.
Shaharuzzaman bertegas akan menunaikan manifesto partinya dan akan mempertahankan kedudukan Islam dan Melayu khususnya di kawasan Parlimen Tapah.
“Kita hendaklah berusaha memurnikan perjuangan Islam yang sebenar dengan membawa kembali Malaysia ke arah kesatuan dan perpaduan ummah,” tegasnya.
Selaras dengan manifesto BERJASA, Shaharuzzaman berjanji untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dilihat terpinggir tanpa mengabaikan hak kaum lain.
Sinar Harian Edisi Perak
2 Mei 2013

P/s: Sudah ramai orang kampung sokong ustaz atas faktor anak tempatan dan calon muslim. Mudah-mudahan Allah menangkan Ustaz demi masa depan org Tapah dan suara Islam  di Parlimen.

No comments: