May 10, 2013

Mesti baca - Pesanan buat ahli Politik PRU 13 dan sahabat oleh Dr Aznan Hasan

Assalamulaikum, 

Saya kongsikan tulisan pesanan Dr Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS).
Sebenarnya saya penat mencari tulisan yang mempunyai rentak dan pesanan sebegini, namun hari-hari saya penuh kecewa. yang ada hanyalah cemuhan, luahan kekecewaan, hasutan dan tuduhan-tuduhan liar yang hanya membawa perpecahan dan benci membenci.
Alhamdulillah hari ini saya menemukannya. Justeru itu, saya berharap sahabat2 semua dapat membaca sehingga habis akan pesanan Dr Aznan ini. Tq dan selamat membaca.

Baca hingga habis ok...:-)

                                       
                                                            Dr Aznan Hasan
Pilihanraya telah berlalu. Pertamanya, saya selaku Pengerusi Majlis Ulama, Ikatan Muslimin Malaysia mengucapkan tahniah ( di dalam kerangka politik demokrasi Malaysia) kepada mereka yang telah terpilih. Penyataan tahniah ini hakikatnya merupakan suatu takziah. Kepada seorang Muslim yang menyedari beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin, dan bagaimana ianya boleh menjadi suatu kecelakaan dan sesalan di akhirat nanti (sila rujuk hadis Abdul Rahman dlm hal ini), sudah tentulah pemilihan tersebut merupakan suatu yang amat berat.

Kepada mereka yang tidak terpilih dan merasakan bahwa terdapat penipuan di dalam pilihanraya tersebut, silalah menggunakan segala ruang perundangan dan saluran yang ada demi mendapatkan keadilan. Itu adalah hak anda yang sepatutnya anda pertahankan. Namun begitu, saya berharap, apa juga tindakan yang diambil tidaklah membawa kepada risiko keamanan yang sama-sama ktia kecapi. Setelah semua proses perundangan dan saluran yang sepatutnya dilakukan, tetapi keputusan tetap tidak berpihak kepada anda (yang tidak puas hati), saya menyeru agar marilah kita sama-sama menerima keputusan tersebut. Jika anda merasakan bahawa anda telah mendapat sokongan yang bertambah, maka lipat gandakanlah usaha anda. Mana tahu, pilihanraya yang akan datang, anda akan mendapat keputusan yang lebih baik. Jadilah pembangkang yang berkaliber didalam Parlimen atau DUN.

Jadikan kepentingan Islam sebagai asas utama anda berada di sana. Bangkanglah (dan sokonglah) apa juga perkara yang memberikan kebaikan kepada Islam. Janganlah kerana anda pembangkang, maka anda terus membangkang (atau disuruh bangkang oleh parti anda) walaupun anda menyedari bahawa perkara tersebut adalah benar (sila rujuk penulisan Dr Salah Sawi di dalam al-ta’adudat al-siyasiyah berkenaan dgn hal ini)

  
   Kepada Barisan Nasional 

yang telah menang pada pilihanraya ini, saya menyeru kepada beberapa perkara:

1-     Anda perlu menyedari bahawa kurangnya sokongan kepada anda adalah kerana banyak sebab. Antara yang terutamanya ialah dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku. Sebahagiannya telah terbukti di dalam mahkamah, sebahagiannya telah terbukti tidak betul, dansebahagiannya mungkin tidak di bawa ke atas seperti yang sepatutnya diadili. Sayatidak berniat untuk berbicara lebih panjang berkenaan dgn hal ini, tetapiadalah amat naïf untuk pihak anda menolak kesemua dakwaan ini sebagai tidakbenar. “Soul Searching” amat penting untuk dilakukan. Berlaku adillah, kerana itulah teras terdirinya kebenaran dan kelangsungan sesuatu perjuangan (silalihat nukilan Ibn Taymiyyah dalam hal ini).

2-     Islam. Kembalilah kepada Islam yang sebenar. Letakkanlah ia sebagai asas yang tertinggi di dalampentadbiran anda. Insya Allah, anda akan melihat umat Islam akan berpusu-pusu menyokong anda, termasuk juga mereka yang menyokong pihak lain buat masa kini.Bahkan tidak mustahil, pihak pembangkang juga akan menyokong anda. Sebagaisebuah NGO yang memperjuangkan Islam, insya Allah, ISMA akan berkerjasama di dalam apa juga perkara yang menguntungkan Islam dan membawa kepada pengamalan syariat Islam di Malaysia (sama ada peringkat pusat atau negeri). Apa yang kami (dan seluruh umat Islam) tuntut ialah keikhlasan anda dalam melaksanakan Islam. Ianya perlulah diserlahkan oleh anda  di dalam kehidupan (diri sendiri, keluarga) dan juga pentadbiran anda.

3-     Utamakanlah kepentingan rakyat, bukan hanya dari sudut slogannya, tetapi dari sudut praktisnya. Ramai umat yang menghadapi kesulitan hidup buat masa ini. Anda semua akan dipersoalkan oleh Allah SWT jika anda semua gagal bertindak seoerti sepatutnya
                                                         
4-      Usahalah ke arah penyatuan umat Islam. Serulah seluruh umat Islam (tanpa mengira parti, NGO dsb) untuk duduk semeja dan bersama-sama berfikir ke arah perlaksanaan Islam yang lebih baik di Malaysia. Umat Islam perlu disedarkan tentang cabaran yang perlu mereka hadapi demi untuk membawa Islam ke era seterusnya. Panggillah para ulama,berbincanglah dengan mereka, korek pandangan mereka dan dapatkan pandangan yang ikhlas daripada para ulama yang ikhlas (bukannya ulama pengampu) demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

5-     Perkasakan bangsa Melayu sebagai bangsa teras Islam di Malaysia. Anda perlu menyedari bahawa perjuangan bangsa, semata-mata kerana bangsa tidak akan ke mana. Anda perlu berubah dari perjuangan ini. Tetapi perjuangan memperkasakan bangsa Melayu (dalam konteks Malaysia) sebagai teras kekuatan Islam di Malaysia, itulah yang akan menjamin keutuhan negara. Seluruh umat Islam juga perlu menyedari bahawa perjuangan memperkasa bangsa Melayu dan menyediakan mereka sebagai umat teras ke arah perjuangan Islam di Malaysia bukanlah suatu asabiyyah. Kadangkala para pejuang Islam, di dalam kesungguhan mereka memperjuangkan Islam, gagal memahami perjuangan bangsa yang bagaimanakah termasuk di dalam asabiyyah yang terlarang, dan yang manakah tidak. Umat perlu disedarkan tentang perkara ini. Perjuangan untuk memperkasakan melayu sebagai bangsa teras di dalam membawa Islam di Malaysia bukanlah suatu yang asabiyyah yang terlarang (lihat makna hadis nabi berkenaan dgn asabiyyah dalam hal ini). Bangsa Melayu yang menjadikan Islam sebagai teras kehidupannya, sudah tentulah tidak akan menindas orang lain, termasuklah mereka yang bukan Islam sekalipun. Strategiknya seruan memperkasakan melayu adalah penting, melihatkan kedudukan bangsa melayu sebagai bangsa majoriti, dan mereka adalah beragama Islam. Perkasakanlah melayu dan perkuatkan mereka sebagai tunggak Islam di Malaysia.

6-     Integrasi nasional, di mana Islam sebagai agama persekutuan dan mempunyai hak untuk mentadbir negara. Didalam negara yang berbilang kaum, integrasi nasional amatlah penting. Namun terasnya mesti jelas. Dalam hal ini, integrasi tersebut, mestilah berlandaskan kepada Islam yang telah diterima sebagai agama Persekutuan. Asas tersebu tmesti kukuh dan dipertahankan.

6-     Akhirnya (mungkin masih banyak yang patut disebut), saya rangkumkan di dalam suatu nasihat umum iaitulah bertindaklah dengan berpandukan kepada Syariat Allah.

Kepada seluruh rakan-rakan didalam ISMA, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap Jazakumullah Khairan di atas segala jerit perit dan keringat yang telah anda curahkan. Tidak ada apa yang boleh dijanjikan melainkan “semoga Allah SWT merahmati kalian semua dan memberikan ganjaran yang sepatutnya kepada antum”. Saya sendiri merasa kagum dengan kesungguhan antum semua. 

Dr. Aznan Hasan,
Pengerusi,
Majlis Ulama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)



2 comments:

Unknown said...

syeikh, kat mana dr aznan tulis ni?

Mun'aim Idrus said...

Dr aznan tulis di facebook beliau