Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

May 22, 2013

Adakah patut cina dan melayu saling boikot?



JOM BOIKOT BARANGAN CINA













Ini yang saya Mahukan dan lebih penting

Usahawan muslim: Perkasa perniagaan Melayu Islam

ipin1

BANGI, 21 Mei – Umat Islam diseru memperkasakan ekonomi Melayu Islam daripada terus berkempen untuk memboikot perniagaan orang Cina, demikian menurut usahawan muslim, Mohd Sahrularifin Abd Manan.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat Maghfirah Pustaka Sdn Bhd berkata, orang Melayu Islam perlu merebut dana yang telah diperuntukkan kerajaan untuk meramaikan usahawan Melayu dan bumiputera.

“Saya yakin ekonomi Melayu Islam dapat ditingkatkan apabila kerajaan Malaysia sendiri telah memperuntukkan satu jumlah yang sangat besar untuk membantu masyarakat Melayu Islam dalam bidang ekonomi seperti pinjaman TEKUN, MARA dan pelbagai lagi. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh orang Melayu,” katanya.

Selain itu, beliau mengajak pengusaha muslim memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan menjalankan perniagaan secara profesional di samping membuang sifat hasad dengki sesama peniaga Islam.
“Jika kita berniaga cara profesional, kita akan berjaya kerana itulah salah satu langkah memperkasakan ekonomi ummah secara lebih holistik,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ISMA sebagai mengulas kempen boikot perniagaan Cina yang dijalankan oleh beberapa NGO termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memberi pengajaran kepada bangsa Cina yang tidak berterima kasih kepada kerajaan semasa PRU13 lalu.
Tambah Mohd Sahrularifin, seruan boikot ini dilihat tidak berpanjangan dan kesannya tidak lama.
“Bagi saya kempen memboikot ini hanyalah reaksi dan tindakan bagi mereka yang tidak berpuas hati dan saya kira ianya satu budaya yang tidak sihat untuk diamalkan dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
“Lebih lagi apabila tindakan memboikot ini boleh menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia di samping menambahkan lagi jurang antara kaum di negara kita,” katanya.


rujukan: http://www.ismaweb.net/v4/2013/05/usahawan-muslim-perkasa-perniagaan-melayu-islam/

No comments: