April 18, 2013

sinar matahari




Sinaran matahari yang memancar di setiap pagi, memberi kita harapan baru dalam kehidupan. Selagi ada siang dan malam, selagi itu ada masa dan peluang untuk menjadi insan. Namun pilihan insan itu sentiasa ada dua. menjadi insan mulia atau hina. 

Diantara dua pilihan itu maka ada agama yang memimpin atau syaitan yang memimpin. Ambillah agama sebagai panduan, maka hidup menjadi mulia meskipun manusia membencimu, ambillah syaitan sebagai teman, nescaya ramai manusia menyukaimu. Kerana zaman ini zaman asing bagi agama. 

Zaman ini adalah zaman kekuasaan, kemegahan, kehebatan dan ketaksuban. Lebih senang engkau tiada agama daripada engkau beragama. Kerana engkau akan menjadi musafir di bumi sendiri jika engkau mengenggam kebenaran, engkau akan menjadi juara jika engkau membaluti kebatilan dengan agama.

Aku bukanlah sang guru besar, aku hanyalah insan yang berpaut pada sebuah kenderaan menuju agama yang benar, menuju Tuhan yang satu. Jika engkau tidak ragu-ragu, marilah bersamaku. kenderaan yang aku tumpang ini tidaklah besar dan tidaklah sempit. tidaklah ia laju dan tidak pula ia perlahan. Tetapi kenderaan ini punya pemandu yang biasa-biasa juga. 

Tetapi aku suka kerana aku merasa besarnya jiwa dan kemuliaan pemilik kenderaan ini. Aku tidak akan paksamu, kerana kamu boleh berfikir dahulu sebelum matahari terbenam. tetapi jika matahari terbenam, aku berdoa semoga esok masih ada lagi. 

Kebenaran itu adalah kemuliaan, dan kemuliaan itu tiada harganya melainkan sebuah keimanan yang mesti aku dan kamu mencari hidayahnya. Kerana Allah itulah pemiliknya. Aku dan engkau adalah insan biasa, tetapi janganlah mencari kehinaan jika tidak mahu menjadi luar biasa. 

Disaat matahari kian hilang ini, Biarkan aku berterus terang padamu insan. Selagi ada udara, selagi ada mentari, carilah kenderaan yang membawa kepada kebenaran, dan jangan sekali engkau menaiki kenderaan yang meruntuhkan kebenaran, mensyirikkan Allah, mencari kekuasaan demi dunia, membuat dan menebar fitnah di pelusok lorong, memecahbelahkan insan dan apa sahaja yang merugikan semua insan. 
Jika engkau masih ragu dan tiada hala tuju, maka tunggulah di perhentiaan kehidupan, disana ada rumah untuk musafir seperti aku dan kamu, berjumpalah dengan guru-guru mulia demi mencari kebenaran. Lalu peganglah kebenaran itu pada angka Dua. Angka keramat yang wajib engkau genggam walau maut akibat untuk mu....Angka dua itulah Kitab suci dan Sunnah mulia Nabi mu.

Selamat tinggal insan, semoga esok masih ada sinar kemuliaan...

mambi...18/4/13

No comments: