Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

April 29, 2013

Kejutan di Parlimen Tapah P072


 

Alhamdulillah pada PRU 13 ini, penduduk Tapah nampaknya berasa gembira dan bertuah kerana buat pertama kali ada calon Muslim untuk Parlimen Tapah P072. Begitu juga Opah dan Mak cik saya. Ramai kawan-kawan dan ahli keluarga saya juga gembira. Begitu juga kawan-kawan yg selama ini atas pagar. Kini mereka berasa lega kerana sudah ada pilihan untuk mereka undi sebagai muslim. Jujurnya saya dapati semua orang melayu di Tapah sudah sekian lama mahukan calon Melayu Muslim untuk Parlimen Tapah, bukan kerana mereka bencikan calon india atau cina. tetapi kerana mereka merasakan itu adalah hak mereka selaku kaum majoriti di Tapah. tetapi setiap kali PRU mereka kecewa kerana semua Parti tidak mencalonkan melayu. sebab itu ramai pengundi yang tidak turun mengundi pada PRU sebelum ini. Akhirnya keberanian parti Berjasa menghantar calon tempatan di Tapah membawa sinar harapan baru buat mereka. 

Samada orang melayu dalam UMNO atau Pas. Saya yakin jika ditanya mereka pasti mahukan calon melayu. tetapi apa yang saya kecewa ialah mereka tidak membuat desakan kuat agar dicalonkan melayu. Sebaliknya hanya taat kepada pucuk pimpinan tanpa membuat desakan yg kuat. Akibatnya baru2 ini, PKR menerima tamparan hebat apabila salah seorang pucuk pimpinan PKR di Tapah membuat keputusan menjadi calon bebas akibat tidak puas hati tidak tercalon. langkah PKR mencalonkan India bekas Hindraf membuatkan org melayu PKR tapah tidak berpuas hati dan jadi calon bebas. Langkah Berjasa bertanding di P072 dan tidak bertanding di Dun Tapah merupakan satu langkah bijak. Mereka mengelakkan persaingan sesama melayu muslim dan masuk ke gelanggang parlimen bersaing dengan calon India. langkah ini saya kira boleh menyatukan undi Melayu Muslim di Tapah. kerana sudah sekian lama mereka berpecah belah sedangkan mereka majoriti. Inilah masanya untuk mereka bersatu jika mereka bijak dan sedar.

Saya yakin, langkah berjasa mencalonkan seorang Ustaz tempatan akan menjadi satu turning point dan membuat UMNO dan PAS berfikir untuk turut mencalonkan melayu pada masa akan datang. Ini kerana berdasarkan kajian yang dibuat oleh unit kajian dan kempen Berjasa di Tapah, Ustaz mendapat dokongan kuat daripada orang kampung dan para Imam. Meskipun mereka tidak boleh menzahirkan secara terang sokongan, tetapi secara senyap mereka menyokong dan turut berkempen dari mulut ke mulut. Jentera berjasa yang kuat bekerja semakin hari semakin mendapat dokongan dari penduduk tempatan. Semoga mereka dapat terus berkempen dengan aman damai sehingga hari mengundi.

Ceramah-ceramah Umum Berjasa yang membawa isu kepentingan umat membuatkan ramai penduduk suka dan terima dengan baik di Tapah. kandungan ceramah berjasa yang tidak ada unsur2 fitnah, cerca, cacian dan sebagainya saya kira membuatkan semua parti lawan juga tidak berasa kecil hati. Saya yakin Orang2 Dato M. saravanan dan PKR juga tidak ada point untuk menentang kempen ustaz dan menyenanginya kerana cara ustaz kempen mewujudkan persaingan secara sihat dan disenangi oleh semua parti. Alhamdulillah.

Ustaz Sharuzzaman Bistamam yang saya kenal

sepanjang penglibatan saya bersama ISMA Perak, alhamdulillah saya berpeluang mengenali Ustaz Sharuzzaman secara dekat sebelum ini. Beliau seorang yang tidak diragui kesolehannya InsyaAllah sepanjang saya bergaul, beliau merupakan seorang yang taat solat berjemaah, terutama solat subuh, dalam siri2 ceramah beliau tentang isu Palestin sebelum ini, beliau selalu mengingatkan pendengar agar menjaga solat subuh berjemaah kerana itulah antara tanda kekuatan umat islam. Beliau seorang yang ceria menyapa sesiapa sahaja, rajin dan menepati masa.

Beliau juga aktif bersukan , saya pernah bermain futsal bersama ustaz. kagum saya kerana beliau berkeupayaan menjaringkan gol. 

Ustaz juga merupakan seorang imam dan  penceramah bebas di merata perak. berasal daripada kelaurga yang susah. membuatkan hidupnya secara sedarhana. Atas faktor ini, saya secara peribadi berpendapat bahawa orang Tapah wajib mengundi ustaz kerana beliau sememangnya layak..InsyaAllah
 
 saya mendoakan agar Ustaz menang dan mampu menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat.

 




April 25, 2013

aku + medan politik vs usrah

Benarlah kata-kata Imam Hasan Al Bana;

"Medan amal tidak sama dengan medan berkata-kata, medan jihad pula tidak sama dengan medan amal, medan jihad yang betul, tidak sama pula dengan medan jihad yang salah".

Sejak beberapa bulan ini, kehidupanku dan sahabat2 yang lain memang betul2 berubah. Kerahan tenaga diarahkan sepenuhnya untuk berjihad di medan jihad siasi.

kalau dulu, apabila tiba musim pilihanraya. kita hanya membicarakan dalam usrah tentang berita-berita politik. Aku ketika itu menganggap itu hanyalah mudah dan senang. Aku begitu mudah menghukum sesiapa sahaja, tanpa aku hargai penat lelah mereka berjuang dalam medan politik. 

Namun, hari ini alhamdulillah aku sudah mula memahami realiti perjuangan di medan politik. memang susah dan memerlukan sesuatu yang luar biasa.Aku kini mula merasai bagaimana jentera2 parti politik berkempen, memasang dan memacak bendera, merayu undi, dan lain2. 

Patutlah dulu, aku diperlekehkan kerana aku dulu hanya sibuk tarbiyah dan usrah sahaja, rehlah dan mukhayyam sahaja. mereka memperlekehkan aku kerana aku tidak masuk ke medan praktikal kepada rehlah dan mukhayam, daurah dan jaulah.

Satu lagi yang aku belajar, kenapa ramai orang menuduh ISMA di taja oleh parti tertentu apabila masuk PRU. Aku mula faham, kerana memang PRU memerlukan banyak wang untuk penamaan, bendera, bilik gerakan, makanan ajk, poster, flyers dan lain2 lagi.  Semua ini memerlukan wang. Dan sebab itulah kami cuba sedaya mungkin mengasingkan sebahagian gaji2 kami untuk tabung PRU13. adakah ia sesuatu yang merugikan..Tidak sama sekali bagi aku. Kerana kekayaan itu adalah milik Allah, Duit dalam poket2 kita adalah milik Allah. Aku yakin Allah akan menggantikan duit itu berlipat kali ganda selepas ini. In sya Allah. itulah infaq di jalan Allah ayng kita belajar dalam usrah. Fuuh...memang pada mula terasa. tetapi akhirnya apabila kita faham. insyaAllah tiada masalah.

Aku mengharapkan Allah akan terus memberi aku kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, agar aku dapat terus menyertai sahabat2 yang lain berkempen dan memacak bendera.. yang mana memang suatu pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Sekarang aku faham akan hikmah ISMA masuk PRU, bagi aku bukan soal menang kalah PRU. bagi aku kemenangan itu adalah apabila kita tetap pegang kebenaran dan terus memperjuangkannya. Kita yakin akan fikrah ini dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan dalam membuat keputusan. Kita adalah apa yang kita bawa. Kita tidak masuk mana2 parti secara sembunyi-sembunyi, kita tidak menyembunyikan fikrah kita, kita tidak membuat pakatan yang merugikan islam, kita keluarkan duit sendiri, kita gunakan tenaga kita sendiri, kita membawa arus baru politik yang telah lama hilang dalam negara kita. Ya.. Inilah kemenangan pertama kita. Berjaya mengatasi rasa takut dan terjun ke medan politik. Semoga Allah membantu kita dalam perjuangan ini. Meskipun ita kelihatan kecil. tetapi satu tenaga kita adalah bersamaan 10 orang jentera. Allahuakbar!!
 











April 22, 2013

Pengalaman pertama ke penamaan calon

 


Kita hanyalah sebuah jemaah,
Walau di pandang kecil,
Namun cita-cita besar pembakar semangat,
Rasa seronok apabila ini adalah perjuangan kita,
Kini kita terjun ke gelanggang politik,
Dengan bekal iman dan akhlak mulia,
Kita membawa gaya politik baru di Malaysia,
Semoga kehadiran kita membantu sahabat2 jemaah lain,
menguatkan kembali suara perjuangan islam,
membawa rahmat keseluruh arena tanah air,
Kerana kita 1 akidah, 1 ummah






Alhamdulillah berkesempatan mengiringi calon ISMA di bawah tiket parti Berjasa. Ustaz Shaharuzzaman Bistamam. Calon Parlimen Tapah P072. Pertama kali berarak membawa calon ke pusat penamaan calon. memang mengujakan. Apatahlagi calon yang dibawa adalah muslim berwibawa..InsyaAllah.





April 19, 2013

Ustaz Lah menjawab Ustaz Hadi

 

Assalamulaikum, Hari ini saya nak kongsikan jawapan Ustaz  Lah kepada sahabatnya Ustaz Hadi. Sama2 kita baca dan mendoakan agar jemaah yang mereka pimpin akan sentiasa istiqamah membawa islam. Semoga Ukhwah tetap terjalin, dan semestinya tegur menegur amalan mulia..:-)   peace...

Jawapan kepada surat terbuka Presiden PAS

Merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS pada 17 April 2013 yang disiarkan dalam Harakahdaily dan dipetik oleh Sinar Harian, saya terpanggil untuk menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam surat tersebut bagi pihak ISMA.
Oleh kerana perkenalan saya dengan Tuan Guru Hj Hadi merupakan satu rakaman sejarah yang lama, maka izinkan saya memilih untuk memanggilnya dengan Ustaz Hadi, gelaran yang biasa saya panggil sebelum beliau popular dengan gelaran Tuan Guru dan Dato’ Seri.
Dalam surat terbuka kali ini, Ustaz Hadi menyebut ISMA secara langsung dan menyifatkannya sebagai ‘khadam UMNO’ dan ‘askar upahan’. Ustaz Hadi juga mempertikaikan tujuan ISMA bertanding dalam PRU kali ini yang mengikut andaiannya adalah untuk memenangkan calon-calon BN.
Saya percaya manusia semua tahu dan Allah Maha Mengetahui bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau. Ia merupakan dakwaan palsu yang bermotifkan politik. Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ‘Tuan Guru’ boleh membuat kenyataan tersebut.
Ustaz Hadi kelihatan terperangkap dalam kotak pemikiran politik kepartian PAS lawan UMNO dan gagal melihat maksud politik dalam konteks kepentingan umat yang lebih menyeluruh. Ustaz Hadi juga gagal menampilkan pemikiran demokratik yang beliau imani.
Ustaz Hadi sepatutnya faham bahawa UMNO adalah musuh politik dan ‘mungkin’ juga musuh akidah bagi PAS tetapi ia tidak semestinya bagi umat Islam yang lain. Oleh itu pendirian permusuhan antara PAS dan UMNO adalah ekslusif bagi dua parti itu sahaja dan tidak sepatutnya menjadi pendirian umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam tidak sepatutnya diheret ke dalam perbalahan politik melampau yang tidak berkesudahan sehingga merugikan masa depan mereka sendiri. Sebaliknya semua pihak wajib memupuk semangat ke arah perpaduan dan memperkasakan Ukhuwah Islamiah.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat: 10)
Juga firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya ini adalah umat-mu, umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Al-Anbiya’: 92)
Politik Islam adalah lebih luas daripada perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu. Apabila kita bercakap tentang politik bermakna kita berbicara tentang kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh yang sedang bertembung antara satu sama lain. Di sana ada kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh daripada berbagai-bagai latar belakang ideologi, agama dan kaum dari dalam dan luar negara yang sedang mencatur senario politik tanah air untuk kepentingan masing-masing.
Sebagai contoh, di luar sana ada kuasa imperialis barat (globalisasi) yang membawa perang pemikiran dan tamadun, ada pengaruh kristian Evangelis yang ada hubungan dengan Israel yang membawa agenda Yahudi Kristian, adanya pengaruh cauvinis kaum yang tamak dan inginkan kekuasaan, ada kaum yang ingin kembali ke zaman sebelum Islam (zaman Majapahit) yang menganggap Islam sebagai pendatang, juga ada proksi-proksi di kalangan penduduk tempatan yang membawa agenda asing.
Politik Islam ialah politik yang dapat mengekalkan dan mempertahankan kuasa dan pengaruh di tangan orang Islam agar survival dan kepentingan umat Islam terus terjamin dan terpelihara berdepan dengan pelbagai ancaman kuasa-kuasa dan pengaruh dari dalam dan luar negara.
Ya, kita kena perbetulkan salah laku dan penyelewengan politik di kalangan penguasa Islam tetapi kita juga perlu faham lingkungan politik yang kita sedang bertarung. Justeru, kita perlu membuat imbangan yang teliti dan cermat, yang mana satu musuh sebenar yang harus kita perangi, dan yang mana satu kaum sendiri yang perlu kita perbetulkan.
Untuk pengetahuan YB Ustaz Hadi walaupun ISMA masih baru dari segi usia berbanding PAS, itu tidak bermakna ISMA masih budak-budak dan tidak faham apa-apa. Kami telah menimba sebanyak mungkin ilmu agama dan pengalaman ilmu dakwah. Di kalangan kami ada yang berstatus ulamak dan intelektual yang disegani.
Kini kami telah berjaya membentuk sebuah pertubuhan yang independent (merdeka/tidak dikuasai) yakni memiliki keupayaan ijtihad dan pengurusan dakwah secara mandiri. Dengan memiliki keupayaan intelektual dan barisan ulamak yang mampu melakukan kajian ilmiah dan aktiviti keintelektuan secara independent. Itu semua telah mengeluarkan ISMA dari daerah taklid (ikut-ikut buta).
Tidak harus bagi ISMA mentaqlid ijtihad atau pendapat mana-mana badan atau individu tanpa melakukan pemeriksaan wajar terhadap dalil dan hujjah yang digunakan untuk satu-satu pendapat atau pendirian.
Keupayaan ini telah membolehkan ISMA melakar rukyah siasiyah (pandangan politik) tersendiri berdasarkan fiqh siasi yang dibongkar daripada sumber Islam yang asli dan pemahaman yang mendalam terhadap realiti politik negara dan juga antarabangsa. ISMA  bukan badan dakwah berlindung di bawah agenda parti atau tokoh-tokoh lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah parti dan NGO Islam yang lain.
Saya juga ingin tegaskan bahawa ISMA bukan proksi kepada mana-mana pihak dan tidak beriman sama sekali dengan pendekatan dakwah cara proksi.
ISMA telah meneliti hujah-hujah PAS berkaitan dengan konsep Negara Berkebajikan dan Tahaluf Siasi dan berpendapat bahawa ia adalah pendapat yang lemah, celaru dan tidak tepat.
PAS perlu menjelaskan dalil dan kaedah ijtihad yang dipakai dalam tahaluf siasi yang dibuat dengan bertanggungjawab. Ia tidak cukup sekadar mengatakan secara umum bahawa Nabi buat tahaluf maka PAS pun boleh buat tahaluf.
PAS perlu membuktikan bahawa wujud persamaan kuat (al-Jamik) antara bentuk tahaluf yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan tahaluf PAS dalam PR dari segi syarat dan rukunnya.
Di samping itu, masih wujud persoalan, adakah negara berkebajikan PAS (Islamik) sama dengan kebajikan PKR dan DAP yang bersifat liberal, sosialis dan sekular?
Memandangkan semua parti dalam PR merujuk  kepada Buku Jingga, adakah sistem pemerintahan yang akan ditegakkan oleh PAS berlainan dengan sistem yang akan dipakai oleh PKR dan DAP yang berasaskan liberalisme dan pluralisme?
Saya berpendapat bahawa PAS kini mungkin berada dalam situasi hilang motivasi perjuangan akibat kecelaruan dalam mesej dan risalah perjuangan yang menyebabkan ia lemah, merasa kalah dan berpecah.
ISMA bimbang keadaan itu mendorong Ustaz Hadi untuk mencari kambing hitam bagi menutup kelemahan dalaman PAS. Janganlah nanti ISMA pula akan dipersalahkan jika PAS atau PR tewas dalam pilihan raya akan datang.
Kenyataan Ustaz Hadi juga mungkin bertujuan untuk menyuntik semangat jentera PAS yang diarah supaya membantu calon bukan Islam berdepan dengan ISMA yang menawarkan calon muslim berwibawa.
Mereka berada dalam keadaan konflik dalaman antara iman dan keyakinan sendiri dan keputusan parti. Iman dan keinsafan mereka menuntut mereka membantu calon muslim tetapi parti mengarahkan supaya membantu calon bukan Islam yang sesetengahnya dengan nyata menentang Islam.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa ISMA sentiasa bersedia mendengar penjelasan PAS atau Ustaz Hadi sendiri tentang apakah kandungan fiqh siasi yang disebut berkali-kali bahawa kami tidak faham fiqh siasi tersebut. Kami menunggu penjelasan segera agar kami dapat membuat penelitian yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
Abdullah Zaik Bin Abd Rahman
Presiden ISMA
18 April 2013

sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/jawapan-kepada-surat-terbuka-presiden-pas/

April 18, 2013

sinar matahari




Sinaran matahari yang memancar di setiap pagi, memberi kita harapan baru dalam kehidupan. Selagi ada siang dan malam, selagi itu ada masa dan peluang untuk menjadi insan. Namun pilihan insan itu sentiasa ada dua. menjadi insan mulia atau hina. 

Diantara dua pilihan itu maka ada agama yang memimpin atau syaitan yang memimpin. Ambillah agama sebagai panduan, maka hidup menjadi mulia meskipun manusia membencimu, ambillah syaitan sebagai teman, nescaya ramai manusia menyukaimu. Kerana zaman ini zaman asing bagi agama. 

Zaman ini adalah zaman kekuasaan, kemegahan, kehebatan dan ketaksuban. Lebih senang engkau tiada agama daripada engkau beragama. Kerana engkau akan menjadi musafir di bumi sendiri jika engkau mengenggam kebenaran, engkau akan menjadi juara jika engkau membaluti kebatilan dengan agama.

Aku bukanlah sang guru besar, aku hanyalah insan yang berpaut pada sebuah kenderaan menuju agama yang benar, menuju Tuhan yang satu. Jika engkau tidak ragu-ragu, marilah bersamaku. kenderaan yang aku tumpang ini tidaklah besar dan tidaklah sempit. tidaklah ia laju dan tidak pula ia perlahan. Tetapi kenderaan ini punya pemandu yang biasa-biasa juga. 

Tetapi aku suka kerana aku merasa besarnya jiwa dan kemuliaan pemilik kenderaan ini. Aku tidak akan paksamu, kerana kamu boleh berfikir dahulu sebelum matahari terbenam. tetapi jika matahari terbenam, aku berdoa semoga esok masih ada lagi. 

Kebenaran itu adalah kemuliaan, dan kemuliaan itu tiada harganya melainkan sebuah keimanan yang mesti aku dan kamu mencari hidayahnya. Kerana Allah itulah pemiliknya. Aku dan engkau adalah insan biasa, tetapi janganlah mencari kehinaan jika tidak mahu menjadi luar biasa. 

Disaat matahari kian hilang ini, Biarkan aku berterus terang padamu insan. Selagi ada udara, selagi ada mentari, carilah kenderaan yang membawa kepada kebenaran, dan jangan sekali engkau menaiki kenderaan yang meruntuhkan kebenaran, mensyirikkan Allah, mencari kekuasaan demi dunia, membuat dan menebar fitnah di pelusok lorong, memecahbelahkan insan dan apa sahaja yang merugikan semua insan. 
Jika engkau masih ragu dan tiada hala tuju, maka tunggulah di perhentiaan kehidupan, disana ada rumah untuk musafir seperti aku dan kamu, berjumpalah dengan guru-guru mulia demi mencari kebenaran. Lalu peganglah kebenaran itu pada angka Dua. Angka keramat yang wajib engkau genggam walau maut akibat untuk mu....Angka dua itulah Kitab suci dan Sunnah mulia Nabi mu.

Selamat tinggal insan, semoga esok masih ada sinar kemuliaan...

mambi...18/4/13