Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

January 6, 2013

ISMA dan Isu Amanat TGHH

Rentetan isu orang ada org Pas mengkafirkan UMNO. benda ni dah lama dah saya dengar, cuma ia bukanlah satu fatwa dalam pas rasanya. Cuma yang saya ingat ada ustaz sebut, kafir hukumnya kalau tolak hukum islam macam umno. Begitulah ceritanya sehingga orang2 kampung yang jahil pun  cakaplah dimana2 kalau tolak hudud kafir dan sebagainya. Kemudian tiba-tiba akhbar Utusan mengeluarkan hampir setiap hari tajuk Amanat Tuan Guru Haji Hadi baru-baru ini. Sehingga semua orang sibuk dan bertambahlah orang Pas benci UMNO dan sebaliknya. Maknanya siapa yang untung pak? Apa sahaja isu, makin parah. kalau macam tu, baik tok sah sebut pasal isu ni. Adoi Umat Malaysia. masih tiada sepakat. Musuh islam mesti seronok lihat kita asyik bertekak lidah.  Tidak tahulah saya kenapa isu ini tiba2 hangat macam pisang goreng. Mungkin strategi UMNO nak dekat pilihanraya?

Ok lah , walau macam mana pun sama-samalah kita mendoakan agar kita umat islam bersatu teguh, supaya tidak bercerai roboh. ISMA sebagai jemaah dakwah juga turut mengeluarkan kenyataan media setelah ramai pihak menghubungi dan minta ISMA kelaur kenyataan. Oleh itu, untuk elak kenyataan ISMA diputar belit, maka ISMA pun membuat media press sendiri. Lalu banyaklah komen positif dan negatif yang keluar. Saya seperti anda semua ada ramai kawan2 daripada ahli pas dan umno. makin dalam dilema bila kita ada kat tengah-tengah ni. Apa-apapun saya nak kongsikan pendapat seorang ahli isma di mesir ttg isu ni. macam menarik. silalah baca. saya copy dari facebook.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Neraca perhubungan seseorang muslim dengan orang lain adalah akidah dan kepercayaan. Apabila dia masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, maka dia adalah saudaranya, dan ia tidak boleh dituduh atau didakwa terkeluar dari agama hanya semata-mata perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Antara perkara yang mengkafirkan seseorang adalah ;

1. Menolak hukum sabit Al-Quran dan Sunnah
2. Menghina nabi SAW
3. Menolak kefardhuan rukun-rukun Islam
4. Mengingkari perkara dharurat dalam Islam
5. Melakukan suatu perkara yang tidak boleh ditakwil melainkan kufr (seperti amalan Black Metal dan yang sewaktu dengannya)

.. serta beberapa perkara lain yang cukup ketat.

Pandangan saya ;

1. Sekiranya amanat TGHH itu masih dilaungkan dan dikira relevan oleh sesetengah pihak pada waktu kini, maka secara TAK LANGSUNG ia akan membawa hukum yang sama (dalam amanat itu) kepada institusi DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini menolak Islam sebagai Sumber Perundangan Tertinggi negara dan politik, juga membawa maksud bahawa DAP dan PKR juga mesti diperangi dan memerangi mereka adalah jihad fi sabilillah.

2. Atas sebab itu, sekiranya TGHH menarik balik amanat yang dibuat pada waktu tersebut, tidaklah dikira aib kerana ijtihad semasa bergantung kepada waktu semasa. Walaupun saya secara peribadi tak berapa bersetuju dengan amanat tersebut walaupun dilakukan pada waktu tersebut, namun beliau pastinya ada hujjah tertentu yang perlu dijelaskan.

3. Namun bagi saya, isunya yang terbesar adalah sejauhmana ia memberi kesan kepada kefahaman dan perpaduan umat Islam, dan sampai bilakah kita nak bergaduh hanya semata-mata nak mendapat Putrajaya ?

4. Bila saya melihat komen-komen orang yang kritik press statement Presiden ISMA terhadap amanat tersebut, ramai melihat konteks 'Daripada Siapa kepada Siapa' dan kurang melihat konteks yang lebih penting iaitu kesannya kepada umat Islam awam, dan sejauhmana ia menguntungkan Islam di Malaysia ?

5. Sebab itu isu yang timbul adalah 'Kenapa tak tabayyun dulu ?', atau 'Kenapa tak kritik UMNO sekali' atau 'Kenapa terikut-ikut rentak politik UMNO' atau apa-apa yang sewaktu dengannya, tanpa menyebut BERSETUJU atau TIDAK BERSETUJU dengan kandungan statement ISMA itu secara akademik.

6. ISMA sudah melepaskan taklifan memberi kefahaman kepada umat isu yang cukup bahaya. Beberapa kesalahan atau ketidaksempurnaan pihak ISMA adalah sedia maklum kerana ia bukanlah jemaah para malaikat yang maksum. Mahu terima atau tidak, pihak ISMA sudah melaksanakan satu kewajipan fardhu kifayah bagi pihak umat Islam yang jahil atau tak mahu mencerahkan keadaan atau senyap sebentar kerana menunggu PRU 13 atau iktibar yang lain.

7. Apapun, bagi saya berlainan bahasa lebih baik daripada diam seribu bahasa.

Wallahua'lam.

Ustaz Syamil Esa
Exco Akademik dan Latihan ISMA Mesir

January 4, 2013

Pentingnya ziarah sheikh dakwah

Baca Buku Al-Munthalaq Bab 12

Sheikh ada menyebutkan bahawa pentingnya kita melihat dan memahami kata2 ulama dan orang-orang terdahulu dalam dakwah. Kerana kata-kata mereka walaupun ringkas tetapi sungguh mendalam dan sangat berguna buat kita. Kerana ia lahir daripada pengalaman dakwah hidup mereka. Mereka itu tidak jauh dengan kita sebenarnya. 

Ya, boleh jadi mereka adalah murabbi kita sendiri. Cuma kadang-kadang kita telah selalu bertemu dengannya tetapi tidak pernah kita meminta dia menceritakan pengalaman dakwahnya, bagaimana dia terlibat dengan dakwah dan sebagainya. Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan. 

Mereka itu juga ada dalam kalangan masyarakat kita. Orang-orang tua di masjid, para imam dan para ustaz yang aktif dalam mana2 NGO atau jemaah dakwah. Jika kita menjejaki sejarah dakwah di Malaysia, sebenarnya ramai para pendakwah generasi awal masih hidup dan punya pengalaman yang boleh kita cedok dari mereka.

Murabbi saya mengingatkan bahawa sangat penting untuk kita menziarahi para sheikh dakwah dan para ustaz. Membawa anak usrah menziarahi para ustaz dan sheikh dakwah adalah aktiviti yang sangat penting. Di sana akan terjadi pertemuan yang penuh dengan nasihat dan kasih sayang.