December 14, 2012

Rahsia sukses Briged Izzuddin Al- Qassam

Rahsia sukses Hamas

Apabila membaca liputan akhbar tentang kehebatan tentera HAMAS iaitu Briged Izzuddin Al-Qassam di Gaza Palestin. Hati ini kagum dan terasa aura kehebatan mereka. Ada rasa bangga dan gembira apabila melihat mereka. barangkali itulah perasaan ukhwah sesama muslim. Sebuah pasukan yang kecil dengan senjata terhad, tetapi mampu melawan tentera Zionis yang memiliki senjata canggih dan mahal.

Apa sebenarnya rahsia kehebatan mereka.?
senjata? tidak mungkin. senjata mereka hanyalah biasa-biasa sahaja. Roket Al- Qassam? Bom? kapal terbang?

Sebenarnya , Rahsia utama mereka ialah iman dan taqwa. Lihat sahaja syarat ketat untuk masuk menjadi Askar Briged Izzuddin Al-Qassam.
  • Solat subuh berjemaah 6 bulan istiqamah
  • solat sunat tahajjud
  • hafal Quran dan hadis
  • fizikal fitness
  • boleh tahan masuk bawah tanah
  • bukan ahli maksiat dll.
 
 Apabila mereka beriman dan bertaqwa, maka setiap langkah dan peperangan mereka dirahmati dan dibantu oleh Allah swt.

Apa pelajarannya buat kita? Sebenarnya itu bukan sahaja syarat untuk menjadi askar, sebenarnya itulah ciri-ciri yang perlu kita ada. Sebagai pemuda islam.

kita perlu melatih jiwa dan nafsu agar dapat bangun solat subuh berjemaah, membaca Quran, hafal Quran dan hadis, dll.
Apatah lagi meninggalkan perkara-perkara sia-sia.