August 6, 2012

Dakwah dan Jihad



"Dakwah ini tidak mengenal sikap ganda. Ia hanya mengenal satu sikap totalitas. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya barang siapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini."  (Imam Hassan Al Banna)

Inilah sifat dakwah ini, jika kita tidak bersamanya, maka orang lain akan bersamanya dan kita akan tertinggal ke belakang. Di saat jarum masa pantas berlalu, hidup kita rupanya semakin hampir kepada hari akhir kita. Maka sebenarnya kita perlu mengejar masa untuk mengorbankan apa yang terdaya untuk dakwah ini sebelum terlambat masanya bagi kita. Inilah jalan hidup paling mulia yang kita pilih dan di jalan inilah kita mahu kembali kepada Allah swt. 

Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya perjalanan (merantau) umatku adalah jihad dijalan Allah Azza wa jalla." (H. r. Abu Dawud)

Sungguh mulia dan hebat apabila kita melaksanakan maksud hadits ini dalam hidup kita. Kita menjadikan jihad sebagai perjuangan dalam dakwah yang kita bawa ini. Disaat inilah kita akan merasakan bahwa dakwah ini adalah perjuangan yang hebat dan paling mulia. Disaat itulah kita akan berusaha memberikan segalanya buat dakwah agar ia terus berjalan dan berkembang. Sehingga akhirnya kita menjadikan hidup bersama dakwah adalah jihad yang menggembirakan dan menanti-nanti saatnya kita syahid dijalan ini. Kerana kita telah meletakkan jihad sebagai jalan juang, maka mati dijalan juang adalah impian tertinggi kita demi mencapai redha Allah dan mengharapkan syurga-Nya yang abadi. 

Jika ruh jihad telah tertanam kukuh dalam diri kita, maka pastinya fikiran, hati dan amal kita akan gigih bekerja kearah menjayakannya. 
saat datang panggilan ke program dakwah pantas kita sahut kerana ia adalah jihad,
saat datang amanah dakwah, pantas kita sambut kerana ia adalah jihad,
saat terdengar kutipan infaq, maka selajunya kita menghulur harta kerana ia adalah jihad,
saat datangnya peluang medan dakwah baru, selajunya kita menggerakkan dakwah kerana ia adalah jihad,
maka ketika itu, tiada lagi kemalasan, tiada lagi alasan, kerana hati dan akal kita telah dicelupi dengan semangat jihad fi sabilillah.

Allahuakbar!! Beginilah seharusnya jihad kita. Beginilah seharusnya agenda harian kita. Penuh semangat dan amal.
Kerana dakwah adalah salah satu cabang jihad. Ia bukan sekadar teori-teori yang dibacakan, tetapi ia adalah gerak kerja yang tersusun rapi dan berterusan.

Maka menjadi tugas kita sebagai aktivis dakwah untuk merancang strategi dan agenda dakwah yang jelas.
Kerana kita punya cita-cita untuk;

"Membina Generasi Harapan dan Membina Ummat Beragenda"

Kembali menulis

Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah dan maha Penyayang.
Setelah lama tidak menulis akhirnya mendapat semangat untuk menulis kembali. Bukannya apa, kadang-kadang apabila kita terlalu asyik menulis, akan membuatkan kita kurang bekerja dalam amal yang nyata. Sedangkan kita benar-benar memahami bahawa fasa dakwah kini mesti dilebihkan kepada amal tajmik dan pengkaderan. Justeru itu, sesekali harus berhenti daripada kebiasaan untuk merehatkan diri agar dapat melakukan perkara lain. Kemudian kembali kepada rutin. Saya sentiasa kagum dengan para bloggers yang aktif menulis dan menyumbang kepada karya-karya islam  yang sangat bermanfaat. Saya mohon doa kalian agar saya juga dapat menyertai mereka menyumbang tulisan-tulisan yang berguna buat ummat, bukannya tulisan-tulisan yang memuji diri sendiri atau meraih populariti.
Saya juga berpendapat sekiranya saya post gambar-gambar ketika program dakwah yang saya sempat sertai pastinya juga mampu memberi semangat kepada orang yang melihatnya, justeru itu saya selalu mengambil gambar2 ketika program, tetapi apa nak buat tidak sempat untuk mencuri masa untuk dikongsikan di dalam blog ini. Mungkin ke depan saya perlu istiqamahkan diri atleast seminggu sekali.
InsyaAllah saya merancang untuk fokus kepada bidang motivasi islami, kegiatan-kegiatan dakwah ISMA/Pembina dan hal ehwal ummat islam. Semoga niat baik ini terus istiqamah seiring dengan amal dakwah nyata. Amin.

berikut antara aktiviti-aktiviti terbaru

Melawat Pengarah urusan Maghfirah Bhd, di Bangi , akhi Koji merangkap AJK Pengkaderan UPIP. tahniah akhi Koji akan mengeluarkan produk terbaru Pen Alquran touch Screen..memang mantap. Semoga beliau terus maju dalam bisnes dan dakwah.

Majlis berbuka puasa sempena Program Aman Palestin Di UNIKL MIMET

Imam Gaza di masjid Sitiawan bersama Tn. Hj jamaludin, Pengerusi Masjid, Ust Shaharuzzaman, Perunding Aman palestin perak. Alhamdulillah kutipan derma palestin malam 29 Julai 2012 sebanyak RM11000 berjaya dikumpul. Alhamdulillah.

Pertemuan mahabbah ISMA Perak
Hari keluarga ISMA Sri Iskandar

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabat dan kaum keluargaku.

yang benar,
Mun'aim Idrus