February 23, 2012

Bumi Cinta: dari sarawak ke Perak

Sungguh mengharukan ketika bertemu satu jiwa selepas solat maghrib.  Seprti dijanjikan. Pertemuan  dimulakan dengan tilawah Al-Quran. Selesai membaca surah Al-Hujurat ayat 13-15. Aku mengupas sedikit makna ayat itu yang berkisar mengenai taaruf dan taqwa. Sedang memberi kupasan, terdengar tangisan sayu jiwa muda itu...ternyata baginya ayat Al-Quran  itu seakan menghidupkan kembali hatinya. Barangkali dialah anak halaqah pertamaku di Bumi Lumut ini..Bumi cinta seterusnya dalam hidupku...teringat kembali surau lot 77..saat berjumpa dengan hanis, fuad, pak ya dan lain-lain..semua mereka sudah besar dan hebat2 sekarang....Alhamdulillah...