Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

January 18, 2012

kaedah memotivasi diri dan mengatasi (futur) lemah semangat

Assalamulaikum,

Saudara, setiap daripada kita pasti pernah mengalami suatu saat yang dinamakan lemah semangat. Kurang motivasi dan tidak bertenaga untuk melakukan sesuatu. Ada masa kita rasa sangat bermotivasi untuk belajar, bekerja, bermain dan sebagainya. Ada masa juga kita lemah dan tidak bersemangat. Disini saya inginkan kongsikan tips yang saya baca daripada sebuah buku karangan Satria Hadi Lubis yang bertajuk Total Motivation. Beliau menggariskan 99 kaedah memotivasi diri dan mengatasi lemah semangat. Justeru itu, semoga bermanfaat buat anda dan diri saya.
  1. Cari manfaat perbuatan tersebut untuk anda. Fikirkan faedah yang akan anda dapat daripada aktiviti yang akan anda lakukan. fikirkan sebanyak-banyaknya.
  2. siasat berbagai kesan negatif sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan itu. ketahuilah akibat buruk daripada anda tidak melakukan aktiviti itu.
  3. baca buku-buku tentang motivasi. sekarang ini banyak sekali buku motivasi di kedai buku. cari dan baca yang simple2 dahulu. Dengan membaca buku motivasi, akan membantu anda kembali bersemangat.
  4. Tampal kata-kata pembakar semangat di tempat  yang mudah dilihat. pada pintu, meja belajar dan sebagainya. dibilik tidur. cara ini juga telah dilakukan oleh  org berjaya seperti Bill gates, Stephen Covey, Andrew Matthewys, Anthony Robbins atau Billy J. S. Lim.
  5. Mimpikan/bayangkan tujuan anda. Anda pernah berangan kan. seperti angan-angan mat jenin. Cuba mimpikan sesuatu yang produktif dan positif, pasti hasilnya akan membangkitkan motivasi. Jika anda seorang mahasiswa, cuba bayangkan anda lulus cemerlang di dalam peperiksaan dan berjaya di dalam majlis convocation bersama keluarga. Semasa saya belajar di UNIMAS dahulu. Semasa saya mula-mula mendarat di lapangan terbang Kuching . Demi Allah, saat itu saya sudah membayangkan bahawa dalam masa 4 tahun saya akan berjaya menggenggam segulung ijazah. Saya telah berbisik kepada sahabat saya ketika itu, bahawa kita pasti akan melakukan perubahan di Bumi ini. Ya, ketika itulah semangat saya berkorbar-korbar. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjaya menggapai impian saya itu, bahkan Allah swt menambahkan nikmat itu dengan saya berjaya juga menyambung master dan lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah. begitulah hebatnya kuasa mimpi yang membangkitkan motivasi.
  6. Tuliskan semua mimpi2 hebat anda. Ini juga merupakan sesuatu yang sangat membantu. Ambillah sehelai kertas, dan tuliskanlah 10 impian dalam hidup anda berdasarkan siapa dan dimana anda sekarang. mulakanlah dengan impian/mimpi2 yang dekat. yang mampu anda capai sekarang, tahun ini. kemudian barulah mimpi2 tahun akan datang. tulislah. kerana ia akan memberitahu diri anda bahawa anda ada sesuatu yang wajib dicapai dalam hidup anda. Anda bukan orang sebarangan. anda adalah diri anda yang penuh dengan mimpi-mimpi hebat. Semasa zaman saya belajar dahulu, inilah yang sering saya lakukan. Saya menulis semua impian saya yang saya gelar sebagai mimpi-mimpi hebat dalam hidup saya. saya menulis pada kertas A4 lalu menampalnya di dinding bilik saya. ada juga yang saya tulis dan simpan di dalam dompet saya. bahkan sekarang ini juga saya punya sehelai kertas di dalam dompet saya yang tercatat beberapa mimpi-mimpi hebat saya. saya akan sesekali membuka dan membacanya apabila saya terlupa. 
  7. buat perencanaan harian. Anda mungkin selalu tidak termotivasi kerana anda tidak tahu apa yang nak dilakukan pada hari ini. cuba ambil sehelai kertas kecil. tuliskan beberapa aktiviti yang perluanda lakukan hari ini. kalau pelajar contohnya: hantar assigment fizik, group discussion jam 3 ptg, usrah jam 9 mlm. main bola jam 5 ptg. study malam. Saya rasa dengan menulis beberapa aktiviti anda pada hari ini, nescaya akan membantu anda menyusun masa dan termotivasi untuk melakukannya. dengan perencanaan yang ditulis, tidak bersandar pada ingatan sahaj, anda akan lebih termotivasi  dan mudah ingat apa kegiatan anda hari ini.
  8. jangan bandingkan diri anda dengan kejayaan orang lain. Jika ingin berjaya, janganlah suka membandingkan diri anda dengan kejayaan ornag lain. sebab anda akan merasa tertinggal dan merasa diri anda tidak sukses. sedangkan anda sedang menuju sukses. fokuskan diri anda pada apa yang anda lakukan dan apa yang anda ingin capai. setiap orang mempunyai perbezaan dalam berjaya. tawakal kepada Allah setelaha nda berusaha.
  9. baca kisah-kisah para nabi, ulama, pejuang palestin dan pejuang tanah air. agar anda termotivasi, belajarlah daripada kisah hidup dan perjuangan orang-orang hebat di dalam negara dan luar negara. Kisah para nabi, ulama dan pejuang palestin pasti memotivasikan anda.
  10. baca juga kisah orang-orang berjaya seperti Bill gates, Steve Jobs, mahatma gandhi dan siapa sahaja yang berjaya yang boleh memotivasikan. Ambil sahaja yang bagus2 dan tinggalkan yang tidak bagus.
  11. Ikuti program-program motivasi. Ini pasti sangat membantu. diluar sana terdapat banyak program motivasi. seperti ESQ, Dr fadhilah kamsah, MAP, Marketingpower oleh Dr Azizan dan banyak lagi. dalam program ini, anda akan dilatih kaedah-kaedah untuk memotivasi diri anda dan juga bertemu dengan orang-orang yang hebat. Sayajuga sehingga kini masih mencari2 peluang dan masa yanga da untuk menyertai program2 motivasi yang ada. terbaru, InsyaAllah saya akan menyertai seminar motivasi oleh Dr Azizan yang tengah popular sekarang ini. Seminar marketing power. bagaimana pula anda?
  12.  Biasakan berfikir positif bahawa " Saya adalah orang yang bersemangat". Lihatlah sesuatu dari sisi positif dan bukan negatif. pernah suatu ketika dahulu, saya dijemput memberi ceramah. Padahal saya tidak mempunyai pengalaman dan berasa sangat gugup. tetapi setelah mempelajari teknik berfikir positif ini. saya berjaya menyakinkan diri saya dan akhirnya dengan melakukan persiapan fizikal dan mental, saya berjaya melakukannya. ia tidaklah susah sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita kalah dengan mental kita yang terlalu negatif sehingga hilang segala yang positif.
          
Maaf. akan bersambung lagi.