Followers

December 25, 2012

Alasan oh Alasan


Alasan tidak pergi progam

Kita jangan selalu memberi alasan tidak dapat hadir ke program dakwah kerana ada hal keluarga. Ya, dakwah tidak pernah meminta kita meninggalkan keluarga dan sibuk dengan mereka sampai tidak dapat memberi komitmen kepada dakwah.

Juga menjadi satu kesilapan kepada para dai apabila selalu tidak dapat bersama keluarga dalam hari-hari yang penting dan penuh bermakna. Ada dai yang tidak hadir ke majlis perkahwinan adik/abangnya kerana ada program dakwah, sedangkan dia boleh sahaja meminta excuse daripada mas'ul untuk tidak hadir dan mencari pengganti selainnya. Apa yang saya belajar dalam bab Fiqh keutamaan, ialah harus memberi keutamaan terhadap perkara-perkara yang lebih penting dan memberi kesan baik atau buruk. Tetapi sekiranya program itu terlalu penting, maka dia bolehlah memperuntukkan beberapa masa atau mencuri masa untuk hadir juga. Kerana dikhuatiri memberi gambaran negatif terhadap dakwah dan merenggangkan hubungan antara saudara.

Fahamkan keluarga kita adalah Aktivis Dakwah

Selalunya hanya kita yang perlu faham akan keluarga. Nah! Keluarga juga perlu kita fahamkan bahawa kita adalah aktivis dakwah sebuah harakah islamiyah. Kita punya tanggungjawab yang telah diberi. Ceritakan kepada mereka bahawa kita ada mesyuarat pada hujung minggu ini, kita ada program pada tarikh sekian-sekian dan sebagainya. Saya percaya, apabila keluarga faham kesibukan kita sebagai dai, maka mereka pasti akan menghormati jadual atau masa kita.  Selain kita juga kena bijak mencuri masa untuk bersama mereka.

yang kita tidak mahu ialah dai dengan mudah tidak hadir ke program dakwah dengan alasan keluarga, alasan isteri, alasan anak dan sebagainya. Kerana kalau kita lihat, dakwah tidak akan berjaya jika dai selalu tidak hadir program, kemudian dengan alasan yang sama. Kecuali memang hal penting, itupun perlu ada maklumkan kepada mas'ul. Juga dikhuatiri, ia akan menjadi penyakit dan merebak kepada dai yang junior. Sudah tentu ini sangat tidak sihat untuk dakwah.

Tak nak nikah akhwat kerana Mak tidak berkenan

Ini satu lagi alasan bodoh yang boleh diterima, tetapi kene diperincikan lagi. Bagi saya tidak wajar seorang dai memberi alasan tidak dapat menikah dengan akhwat kerana mak tidak bersetuju. Saya hanya akan setuju dengan alasan itu, setelah beberapa syarat ini dilaksanakan:
  • Berusaha meyakinkan mak bahawa itulah pilihan hidup dia
  • Berusaha menerangkan mak bahawa calon itu baik, bagus dan sesuai dengan kita
  • Berusaha sedaya upaya memujuk mak dengan berbagai cara, lobi bapak, lobi abng atau kakak untuk pujuk mak terima.
  • berdoa, solat hajat agar Allah membuka pintu hati mak.
kadang-kadang dai ni, tak tahu la saya nak kata **** , tapi berpelajaran.  Dalam keadaan dakwah kita yang lebih ramai daripada akhwat, janganlah menggatal nak kawin dengan orang umum. Sebab dalam fiqh keutamaan, dalam urusan membina keluarga dai, maka bukankah kita faham yang mana lebih utama. Akhawat bukanlah wanita sempurna, sama seperti kita. tetap ada kelemahan. Tetapi tahukah kita ramai akhwat yang menolak pinangan orang umum, semata-mata kerana ikhwah....kenapa mereka buat begini? 
Kerana mereka faham, mereka perlukan ikhwah untuk sama-sama mengharungi jalan dakwah ini. Mereka juga faham ikhwah bukanlah sempurna dan bagus sangat pun..tapi mereka tetap memberi ikhwah keutamaan. Bukanlah menjadi dosa jika mengahwini orang umum, bahkan kadang-kadang dakwah perlukan kita kawin orang umum jika ada kena pada strategi dan matlamatnya. :-).. cuma tepuk dada tanyalah iman..

kalau yang sudah lepas tiada masalah, tetapi pesanan saya buat ikhwah-ikhwah yang belum nikah, cepat-cepatlah isi borang kalau dah mampu. Kalau ada suka/berkenan pada mana-mana akhwat janganlah segan untuk mengkhitbah/booking (ops). Bagitahu je kat mas'ul yang anta suke kat akhwat tu, aha..nanti bolehlah taaaruf dan kalau ada jodoh, Nikahlah nanti. Zaman sekarang ni, jangan nak malu-malu buat masjid ni, nanti anta juga yang rugi tau. he.he..

 








No comments:

Popular Posts