Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

December 21, 2012

300 000 india tiada sijil lahir? betul atau auta?


Membaca artikel oleh saudara Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah bertajuk

Politik angka yang menjijikkan link: http://ridhuantee.blogspot.com/2012/12/politik-angka-yang-menjijikkan.html

Petikan blog: "Pemimpin India dari PKR mendakwa lebih 300,000 kaum India yang tinggal di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tiada status warganegara. Melihat kepada angka tersebut, jelas bermotif politik atau politik desperado, kecuali dibuktikan satu-persatu. Jikapun ada kebenaran, apakah kumpulan perlu benar-benar hidup sebagai warganegara yang menjunjung perlembagaan."

Teringat saya  semasa mendaftarkan nama anak di pejabat JPN Kuala kangsar.  Semasa berurusan saya bertanya betulkah ada 300 000 org india tidak mempunyai sijil kelahiran. Staff JPN jawab tidak betul kerana permohonan yang mereka terima tidak sampai seribu pun. Malahan mereka sentiasa menjelajah ke seluruh negara untuk mencari mereka2 yang tidak mempunyai sijil kelahiran.  Seolah-olah mereka menghina JPN yang selama ini tidak buat kerja..kalau dakwaan 300-3000 mungkin masuk akal. tapi 300 000, agak-agak la juga kalau nak popular dgn isu sebegini. Kalau saya jadi menteri, siap la...opps..marah pulak.sorry

Menurut staff JPN, sebenarnya bukan mudah untuk memberi sijil kelahiran. mestilah mempunyai sijil atau apa2 dokumen yang boleh mengesahkan.  Sebab kalau mudah2 sahaja beri, maka bukankah betapa ramainya rakyat asing dinegara kita sekarang dan mudahlah mereka akan mendapat taraf kerakyatan. Sekarang ini pun saya perasan banyak kedai mamak mengambil pekerja daripada india dan beragama hindu, mereka bekerja memakai songkok, tapi bila saya tanya islam? mereka jawab hindu. fuh..mamak2...

Kerana politik, isu kerakyatan pun boleh dipermainkan.. 

 

 

No comments: