Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

November 5, 2012

tiada mad'u tidak berpotensi

Dalam dakwah, Apa yang saya fahami tiada istilah mad'u tidak berpotensi. Kerana siapa sahaja mereka, maka pasti ada sumbangan yang boleh mereka mainkan dalam membangunkan kembali islam.  Yang ada hanyalah sama ada cepat atau lambat mereka faham dan membawa dakwah ini.

sekiranya kita memahami perkara ini, maka siapa sahaja yang kita temui adalah objek dakwah kita. Sama ada dia seorang pelajar pintar atau lemah, rakan sekerja atau tukang cuci, Bos kita atau pekerja kita. kawan kita atau ikhwah kita. Semuanya harus menjadi mad'u kita. Cuma bagaimana kita memberi keutamaan dan perhatian sahaja menjadi pembeza.

Layani dan santuni dengan akhlak yang baik, menjaga waktu solat kita dan sentiasa solat berjemaah, komitmen terhadap tugas dan sebagainya. Bergaul tetapi tidak bercampur pasti akan menjadi qudwah islam di mana sahaja kita berada..

serta tidak malu untuk mengajak kepada program dakwah, menceritakan tentang kebaikan dan kelebihan jemaah kita...tiada istilah malu dan segan kerana ini adalah islam..

Kenapa?  Kerana umat hari ini kekurangan pemuda yang boleh menjadi qudwah, contoh real pemuda dan pemudi mengaplikasikan islam  tersangat kurang..dan kedahagaan umat ini memerlukan untuk kita bangkit dan komitmen dengan adab2 islam, sunnah2 islam. seperti kata syed Qutb..generasi Al-quran seperti sahabat..
menjadi tugas kita untuk tarbiyah diri dan masyarakat.




No comments: