Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

November 17, 2012

Boikot Israel

Assalamulaikum,


Kepada saudaraku yang dicintai sekalian. Saya menyeru kalian yang mengaku orang beriman, kalian yang masih punya hati dan perasaan, kalian yang merasa mulia sebagai muslim, kalian yang mencintai Allah swt, kalian yang mencintai Nabi Muhammad saw, kalian yang cintakan jihad, kalian yang cintakan syurga.
Saya menyeru untuk sama-sama kita membantu saudara kita yang dizalimi di Palestin terutamanya di Gaza sekarang. 


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. " (5:2)

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong. "(22:77)
  
sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berikut:
“Bandingan orang mukmin dalam berkasih sayang, bekerjasama seperti satu jasad. Apabila ada anggota yang sakit, seluruh jasadnya berasa sakit, panas dan berjaga malam.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam satu lagi hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
"Sesiapa yang tidak peduli terhadap nasib kaum Muslimin, dia bukanlah daripada kalangan mereka."
(Riwayat al-Baihaqi)


 Saya tidak minta wang anda yang banyak itu, saya juga tidak minta anda pergi ke Gaza untuk berperang, saya juga tidak minta anda membunuh mana-mana orang israel atau amerika. Apa yang saya mahu saya dan anda lakukan ialah:
  1. Fahami isu palestin. baca di sini amanpalestin.net atau infopalestina.com
  2. Sebarkan berita-berita Palestin dan kezaliman Israel kepada kawan-kawan. dapatkan info terkini di amanpalestin.net atau infopalestina.com
  3. sumbangkan sedikit wang anda minimum 1 % kepada saudara kita melalui Aman Palestin. Net atau mana-mana NGO yang membantu Palestin.
  4. Kembali kepada ajaran islam, jaga solat 5 waktu, jaga solat berjemaah. tinggalkan maksiat dan hiburan melalaikan.
  5. Berdoa selepas solat supaya Allah membantu saudara kita di Palestin
  6. Jihad untuk BOIKOT barangan Israel. 
Jangan fikirkan berjaya atau tidak kempen boikot ini, yang penting kita buat dan ada usaha serta hujah untuk menjawab di hadapan Allah nanti.
 
Ayuh!! Kita boikot Israel..

 
Tahukah anda ada beberapa company barangan yang kita selalu guna setiap hari sebenarnya adalah milik orang israel. Ya itu tidak ada masalah kerana barang itu halal. yang menjadi masalahnya ialah rupa-rupanya kita telah dikhianati oleh pemilik company itu..kenapa?? mesti anda pelik..Ini kerana mereka sebenarnya ada menyumbang dana kepada tentera israel daripada keuntungan dan israel menggunakan dana itu untuk menjajah palestin, membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, meroboh rumah, masjid, sekolah dll. 
Nah! disini saya tunjukkan buktinya.. zaman sekarang kita nakkan fakta dan hujah baru percaya..ya, kalau tidak percaya mari lihat di laman web ini..


  • Sebenarnya kempen ini telah lama dilaksanakan dan telah ramai umat islam menyahut seruan jihad ini. Rupanya kita sahaja yang masih tertinggal dengan jihad boikot ini..Astaghfirullah..semoga Allah ampunkan kelalaian kita ini.
  • mesti anda terkejut kerana di sana ada Coca Cola , Mcd dan Nestle..hu..berat tu..Itulah produk kegemaran kita kan?...
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar" (3:142)

[232]. Jihad dapat berarti:
1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam;
2. memerangi hawa nafsu;
3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam;
4. Memberantas yang batil dan menegakkan yang hak. 












No comments: