Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

October 17, 2012

konvokesyen Ijazah Sarjana (master)

Alhamdulillah, Diberi kesempatan oleh Allah untuk kembali ke bumi Sarawak pada minggu lepas. Pergi meninggalkan sebentar ister dan anak-anak murid saya di UNIKL MIMET (hu..mesti mereka suka kelas cancel)
Sempena konvocation master yang sudah habis pada akhir tahun lalu. Masih teringat saat-saat menghabiskan dan menyiapkan thesis. Fuh..memang huru hara hidup dibuatnya. Namun alhamdulillah..berkat bantuan, sokongan dan ukhwah sahabat2 semua berjaya saya melaluinya bersama teman-teman semua.

Ketika saya bertemu ikhwah-ikhwah ISMA Sarawak. Subhanallah rasa bahagia dan bersemangat kembali jiwa saya. Ini kerana dakwah tetap berjalan bahkan menjadi semakin baik ketika ini. Saat pertama saya menziarahi Dr khairol di Klinik UNIMAS, terukir kata-kata dakwah dan amanat agar menghidupkan dakwah di Bumi Cinta yang baru dalam hidup ketika ini. Teringat saat-saat awal saya dan Dr Khairol mula bersama ISMA, di biliknya di Klinik UNIMAS selalu menjadi medan perbincangan saya dan dia tentang masalah yang saya hadapi dan mendengar nasihat-nasihat beliau yang simple, tetapi sangat-sangat membantu saya. Semoga beliau terus istiqamah mengemudi dakwah di sana dengan jayanya. InsyaAllah. 

Kemudian disusuli pertemuan dengan ikhwah-ikhwah lain yang seangkatan muda..Alhamdulillah..bertemu dengan hafidz, aizam, hamzah, afiq, syahmi, nizzal, amir, farisd, rasheedan, danial, munir dll...semuanya terus dewasa dijalan dakwah dengan peranan mereka yang semakin bertambah dan istiqamah. Semua mereka adalah merupakan sahabat-dunia dan akhirat dalam hidup saya. Mereka telah berjasa dalam hidup saya kerana kehadiran mereka telah membimbing saya kearah hidup yang jelas matlamat dan tujuannya. InsyaAllah semangat dan inspirasi kalian akan saya bawa ke mana sahaja saya pergi.






No comments: