September 24, 2012

Doa dan Halal

Minggu lepas pergi usrah, hanya saya dan Murabbi sahaja. Ahli usrah yang lain tidak dapat hadir kerana masing2 kebetulan ada komitmen lain. Malam itu benar-benar menyentuh jiwa saya kerana hanya saya dan Murabbi berusrah. Bertalaqqi dengan seorang ustaz yang tawadhuk dan lembut orgnya pada malam itu benar2 memberi kesegaran kembali kepada iman. Teringat semasa berada di Sarawak, kenangan membawa halaqah dengan seorang anak halaqah. Fuh..terus call anak halaqah tersebut bile teringat kembali. Alhamdulillah dia juga skrg sudah berjaya, bekerja dan masih konsisten dgn usrah. baik poit saya nak berkongsi ttg hadith yang kami kupas dalam usrah iaitu hadith ini..


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para Rasul. Allah SWT berfirman 'Hai para Rasul, makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal soleh'(Surahal-Mukminun 23:51). Dia juga berfirman:'Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kepadamu.'(Surah al-Baqarah 2:172). Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal seseorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia menadah kedua-dua tangannya ke langit dan berdoa'Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!', sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan perutnya dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya(doanya)?"
(Riwayat Ahmad no.8348, Muslim no.1015 dan at-Tirmizi no.2922)

Huraian Hadis:
Kata "Thayyib" (baik) dalam hadis ini adalah berkenaan dengan sifat Allah maksudnya "bebas daripada segala kekurangan dan celaan)

Hadis ini merupakan salah satu dasar dan landasan pembinaan hukum Islam. Hadis ini berisi unjuran membelanjakan sebahagian daripada harta yang halal dan melarang membelanjakan harta yang haram. Makanan, minuman, pakaian dan sebagainya hendaklah diperoleh dari sumber-sumber yang halal tanpa bercampur baur dengan yang shubhah.

Orang yang ingin memohon doa kepada Allah hendaklah memperhatikan syarat-syarat yang tersebut dalam hadis ini. Hadis ini juga menyatakan seseorang yang membelanjakan hartanya dalam kebaikan bererti dia telah membersihkan dan menyuburkan hartanya. Makanan yang enak tetapi tidak halal menjadi mala petaka bagi mereka yang memakannya dan Allah tidak akan menerima amal kebajikannya.

Pengajaran:
1. Allah tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Maksudnya sesiapa yang bersedekah dari sumber yang haram tidak akan diterima.
2. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik di sisi Allah.
3. Berlarut-larut dalam perbuatn haram akan menghalang seseorang dari termakbul doanya.
4. Orang yang melakukan maksiat tidak termasuk dalam golongan yang termakbul doanya kecuali mereka yang Allah kehendaki.
5. Makanan yang haram merosakkan amal kebajikan dan menjadi penghalang penerimaan amal kebajikan.
6. Dianjurkan berinfak dengan sesuatu yang halal dan dilarang berinfak dari sesuatu yang haram.
7. Seseorang akan diberi ganjaran jika memakan sesuatu yang baik dengan maksud agar dirinya diberi kekuatan untuk taat kepada Allah SWT.
8. Sebahagian daripada sebab dimakbulkan doa adalah:
a) Sedang bermusafir
b) Hati yang sedang mengharap
c) Kondisi yang bersahaja dalam berdoa.
d) Mengangkat kedua-dua tanga ke langit.
e) Merayu dalam berdoa
f) Keinginan yang kuat dalam permintaan.
g) Memakan makanan dan minuman yang halal.
h) Memakai pakaian yang halal.


sumber rujukan: hadits copy paste daripada web:
http://apalahdayaku.blogspot.com/2012/03/hadith-ke-10-baik-dan-halal-syarat.html.

September 13, 2012

Bahasa dan budaya

Pada minggu lepas, sempat saya pergi ke Pahang dan menziarahi pak cik. Semasa berbual, banyak kami berbincang isu tentang pendidikan. Satu perkara menarik tentang perbualan kami ialah mengenai penggunaan bahasa. Pada pandangan beliau, menguasai bahasa asing memang tidak dinafikan bagus, tetapi kita kena berhati-hati dalam nak membudayakannya. Ini kerana apa sahaja bahasa yg dibawa, ia bukan sahaja membawa bahasa itu sendiri, malah ia turut akan membawa budaya dan cara hidup bahasa itu. Maka dari segi ini yang kita perlu berhati-hati. Seharusnya memastikan bahasa ibunda kita diutamakan agar segala budaya Melayu Islam itu kekal. Inilah identiti kita. Maka jika nak meleburkan jati diri dan identiti orang Melayu, mudah sahaja. Pinggirkan bahasa Melayu, masukkan bahasa asing. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya statement ini, tetapi kita boleh fikir-fikirkan bersama.
Yg benar
Mun' aim idrus