Dakwah dan Jihad



"Dakwah ini tidak mengenal sikap ganda. Ia hanya mengenal satu sikap totalitas. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya barang siapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini."  (Imam Hassan Al Banna)

Inilah sifat dakwah ini, jika kita tidak bersamanya, maka orang lain akan bersamanya dan kita akan tertinggal ke belakang. Di saat jarum masa pantas berlalu, hidup kita rupanya semakin hampir kepada hari akhir kita. Maka sebenarnya kita perlu mengejar masa untuk mengorbankan apa yang terdaya untuk dakwah ini sebelum terlambat masanya bagi kita. Inilah jalan hidup paling mulia yang kita pilih dan di jalan inilah kita mahu kembali kepada Allah swt. 

Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya perjalanan (merantau) umatku adalah jihad dijalan Allah Azza wa jalla." (H. r. Abu Dawud)

Sungguh mulia dan hebat apabila kita melaksanakan maksud hadits ini dalam hidup kita. Kita menjadikan jihad sebagai perjuangan dalam dakwah yang kita bawa ini. Disaat inilah kita akan merasakan bahwa dakwah ini adalah perjuangan yang hebat dan paling mulia. Disaat itulah kita akan berusaha memberikan segalanya buat dakwah agar ia terus berjalan dan berkembang. Sehingga akhirnya kita menjadikan hidup bersama dakwah adalah jihad yang menggembirakan dan menanti-nanti saatnya kita syahid dijalan ini. Kerana kita telah meletakkan jihad sebagai jalan juang, maka mati dijalan juang adalah impian tertinggi kita demi mencapai redha Allah dan mengharapkan syurga-Nya yang abadi. 

Jika ruh jihad telah tertanam kukuh dalam diri kita, maka pastinya fikiran, hati dan amal kita akan gigih bekerja kearah menjayakannya. 
saat datang panggilan ke program dakwah pantas kita sahut kerana ia adalah jihad,
saat datang amanah dakwah, pantas kita sambut kerana ia adalah jihad,
saat terdengar kutipan infaq, maka selajunya kita menghulur harta kerana ia adalah jihad,
saat datangnya peluang medan dakwah baru, selajunya kita menggerakkan dakwah kerana ia adalah jihad,
maka ketika itu, tiada lagi kemalasan, tiada lagi alasan, kerana hati dan akal kita telah dicelupi dengan semangat jihad fi sabilillah.

Allahuakbar!! Beginilah seharusnya jihad kita. Beginilah seharusnya agenda harian kita. Penuh semangat dan amal.
Kerana dakwah adalah salah satu cabang jihad. Ia bukan sekadar teori-teori yang dibacakan, tetapi ia adalah gerak kerja yang tersusun rapi dan berterusan.

Maka menjadi tugas kita sebagai aktivis dakwah untuk merancang strategi dan agenda dakwah yang jelas.
Kerana kita punya cita-cita untuk;

"Membina Generasi Harapan dan Membina Ummat Beragenda"

Comments

Popular Posts