May 22, 2012

Magnet Dakwah

Magnet dakwah itu ada 3 rencahnya. Perhatikan dan cubalah untuk memahaminya kerana ia adalah seni yang halus dan indah bagi sang dai...juga warisan mulia daripada sang ustaz...si pembuat jejak..

Pertama : Rasa, 
kedua: Masa 
dan ketiga adalah Jasa.

Cubalah kalian fikir-fikirkan..kerana ini adalah magnet yang bakal merubah hidup banyak jiwa...Aku juga sukar pada awalnya untuk memahaminya, namun akhirnya mampu untukku fahami. Cubalah untuk mengerti kenapa aku dan kamu selalu gagal mengikat hati si jiwa halus itu, selalu gagal menarik jiwa-jiwa ke arah jalan kebenaran ini...Justeru itu, untuk menjadikan magnet dakwah kita berhasil, mulailah mempraktikkan 3 rencah ini..selamat beramal sahabatku...



Magnet Dakwah : Sumber Ust Azizee Hassan via facebook chat...:-)

No comments: