kita adalah dai dimana sahaja

"1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." ( 103: 1-3).

Sungguh berat kepalaku apabila membaca ayat-ayat dalam surah ini.  Hari-hari ku yang kadang-kadang terasa kosong membuatkan aku berfikir, adakah aku redha dengan malam yang kosong atau di isikan dengan program dakwah. Kalau dulu semasa di Sarawak, malam-malam ku diisi dengan berbagai-bagai program dakwah. Sehingga kadang-kadang sampai mengeluh, bilakah masa untuk berehat dan bersantai. 

Tetapi alhamdulillah tarbiyah telah mengajarkan kita bahawa seharusnya hari-hari kita diisi dengan dakwah. Memikirkan masalah umat dan mencari penyelesaiannya. Terus bekerja tanpa menoleh ke belakang. Kerana kini adalah masa-masa genting untuk membina diri dan ummat di sekeliling kita. Kerana, jika kita berundur, maka hilanglah satu batu-bata dari bangunan islam. 

Suatu hari aku berkesempatan bertemu dengan Ust Zikroo, Aku meminta izin untuk mengadakan kuliah selasa di Surau Kolej setiap minggu. lalu ustaz menjawab dengan loghat Indonesianya.. "Ya..akhi silakan sahaja. jangan risau, ana tiada masalah. Kerja-kerja islam tidak perlu rasmi-rasmi sangat. " Terima kasih Ustaz jawabku. Kata ustaz lagi, kita ni dai kalau tidak diisi dengan dakwah hidup kita, takut2 nanti kita akan terbiasa dan tidak merasakan ia satu masalah. Maka ketika itulah syaitan akan mengisi malam-malam kita dengan aktiviti yang lagho dan melalaikan kita daripada dakwah.

Beberapa hari yang lepas aku juga ada betemu dengan Prof. Halim. Kerana sudah lama tidak membawa usrah, lantas aku terus meminta kepadanya . Akhi, boleh berikan kepada ana beberapa anak muda di Uitm yang boleh ana tarbiyyah? lalu dia bertanya kenapa tidak membawa pelajar unikl. Aku menjawab, memandangkan kini musim peperiksaan, justeru mereka masih sibuk dan agak sukar., Di unikl, ana akan gencar semasa pelajar baru masuk nanti. Tetapi jika Prof ada beberapa anak muda yang boleh di passing. Silakan, kerana ana rasa tidak sedap jika tidak membawa usrah. Prof lantas menjawab. InsyaAllah ada. memang kami sangat perlukan anta untuk bantu di sini. InsyaAllah akhi, ana akan sama-sama bantu antum mana yang termampu.

Aku bersyukur dikurniakan sahabat2 yang soleh2. Ketika aku membuka facebook, akan terlihatlah berita2 mereka berdakwah, ketika aku membuka email, akan terbacalah perbincangan2 dakwah mereka, ketika melayari laman web ISMA, bertambah semangat dakwah ku apabila melihat berita-berita dakwah isma diberbagai cawangan diseluruh malaysia dan luar negara. MasyaAllah, jika mereka yang sibuk bekerja dan mempunyai ramai anak-anak untuk diuruskan masih mampu untuk berdakwah dan melaksanakan tugas. manakan pula aku yang hanya punya seorang isteri masih boleh punya masa rehat dan santai yang berlebihan. Terima kasih ikhwah dan akhwat ISMA yang selalu memberi ispirasi kepada diriku.

Aku juga masih ingat, dahulu aku selalu berkata kepada ikhwah/ akhwat suatu masa dahulu. Dimana sahaja kita dihantar oleh Allah, maka disitulah medan dakwah kita. Disitulah amanah dakwah dibahu kita untuk menghidupkan islam. Dan kini adalah masanya untuk aku juga mengamalkan apa yang telah ku katakan. 
Syukur Ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku dan sahabat-sahabatku nikmat Islam dan tarbiyyah islamiyyah.

yang benar: mun'aim idrus

Comments

Popular Posts