Followers

Popular Posts

Jom sign petition bantahan COMANGO

March 1, 2012

Merealisasikan impian

Tahukah anda cara terbaik untuk merealisasikan impian anda ialah dengan bangkit kembali!! wake-up!!



semua orang yang berjaya di dunia ini pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Cuma apa yang membezakan mereka dengan orang yang gagal ialah kerana mereka selalu bangkit kembali dengan tabah dan sabar atas segala ujian yang datang. 

Selagi kita masih hidup, selagi itulah harapan itu masih ada. Apa sahaja impian yang kita kejar, kita pasti mampu mencapainya..bagaimana? rahsianya ialah....

bertindaklah sekarang!!  ya..kurangkan berkata-kata dan bermulalah sekarang...
Jika anda seorang pelajar, 
  • tetapkan target anda, tulis di kertas dan tampalkannya di bilik anda.
  • bukalah buku dan belajarlah.
  • sentiasalah berdoa selepas solat agar Allah membuka pintu kejayaan buat anda. semasa saya belajar dahulu. saya selalu berdoa agar Allah memberi kejayaan kepada saya. Agar Allah menemukan saya dengan tajuk2 dan soalan-soalan yaang akan keluar dalam peperiksaaan semasa saya mngulangkaji pelajaran. Alhamdulillah. Teringat semasa peperiksaan kimia kertas 2 SPM tahun 2003. Semasa menunggu di luar dewan exam. hanya beberapa minit  sebelum masuk dewan, tiba-tiba hati saya tegerak untuk membuka buku nota kimia dan membaca satu tajuk eksperimen. Ternyata kemudiannya semasa dalam dewan apabila membuka kertas soalan. Apa yang saya baru baca tadi keluar satu soalan yg punya markah 15 markah. Sekiranya saya tidak membaca sebentar tadi, pasti saya tidak dapat menjawab soalan itu dan kehilangan 15 markah kerana saya tidak pernah mengulangkaji tajuk eksperiman itu.  Alhamdulillah. Segalanya berlaku dengan izin Allah. Allah itu memang Maha mendengar dan Pemurah.
  • carilah kawan yang rajin belajar dan tinggalkanlah kawan yang malas belajar.
Jika anda masih belum berkahwin dan punya keinginan yg kuat, maka bertindaklah sekarang...
  • nyatakanlah hasrat anda pada keluarga anda
  • carilah bakal isteri anda sekarang..jika tidak temui..berjumpalah dengan alim ulama/ ustaz dan mintalah pertolongan mereka. kerana org soleh, pasti akan membantu mencarikan isteri yg solehah buat anda.
  • jika sudah punyai calon, tetapi tidak berani bertindak, gunakan orang tengah utk merisik..jgn takut dalam urusan yang penting dalam hidup anda ini. jangan biarkan diri anda menyesal kemudian hari hanya kerana kelewatan anda. Pinanglah wanita itu yang anda cintai..kerana Allah sentiasa membantu hambanya yang ikhlas dan ingin mencari redha-Nya.  Saya berani berkata begini kerana saya sudah melaluinya. ketika kita hanya berimpian , tetapi tiada tindakan. Percayalah tiada apa pun akan berlaku. Tetapi apabila anda mula bertindak, mula berkata dan melangkah. Percayalah seperti apa yang saya alami nescaya Allah akan membuka jalan pertolongan-Nya seluas-luasnya. ketika itu anda akan berbahagia dan bersyukur. ketika saat anda melafazkan lafaz sakinah..aha..tungu apa lagi bertindaklah..tidak kira anda lelaki atau wanita..beranilah seperti khadijah yang meminang Rasulullah, beranilah seperti sahabat yang meminang wanita ansar..tidak ada tercelanya tindakan anda, bahkan andalah insan yang mulia kerana berani  bertindak demi mencari redha Allah.
  • percayalah pada Allah, berdoa dan memintalah sepenuh jiwa dan perasaan.
  • mulai mengumpul wang dan dapatkan kerja yang sesuai.
  • ubahlah diri dan akhlak anda. kerana lelaki yg baik, untuk perempuan yang baik..
Jika anda seorang yang jahat dan ahli  maksiat, bangkitlah kembali untuk berubah..kerana pintu taubat itu selalu terbuka..bertindaklah sekarang..jgn ditunda lagi..
  • ikhlaskan niat.
  • tinggalkan perbuatan dan tempat maksiat. berhijrahlah ke tempat lain jika anda tinggal di lingkungan maksiat dan kotor. pindahlah ke kawasan org 2 soleh dan dekat dengan masjid/surau.
  • ingatlah betul-betul!! selagi anda tidak berubah, selagi itulah pintu rezeki anda akan tertutup dan bertambah pendek umur anda. Kerana Ahli maksiat itu dilaknat oleh segala penghuni langit dan bumi..takutlah anda..kehidupan anda tidak tenang dan sentiasa suakr kerana maksiat yg anda lakukan. lihatlah mengapa ramai orang miskin, tetapi hidup mereka bahagia..ini kerana mereka sentiasa bertaubat kepada Allah...bagaimana anda dan diri saya?..berfikirlah sejenak..
  • segeralah selepas anda membaca post ini, bangkit dan solatlah 2 rakaat sunat taubat dan berdoalah memohon ampun. kerana Allah ketika ini sedang menanti-nanti untuk saat anda solat dan memohon ampun. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan dia suka kepada anda  yg mahu bertaubat.
  • carilah sahabat yang baik2. sertailah pertubuhan NGO yg punya sistem tarbiyyah seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Di sana anda akan menemukan sahabat yg soleh dan merasakan nikmat ukhwah islamiyah. Di sana anda akan mengikuti usrah dan berbagai program yang membina diri anda semula. saya berkata begini kerana saya juga berubah dan bangkit setelah mengikuti sistem tarbiyyah ISMA. Ayuh!!  apa tunggu lagi.. layarilah : www.ismaweb.net
Saya tidak mampu menuliskan banyak perkara, cuma berharap anda dan saya sentiasa mahu berubah menjadi lebih baik. Kita sedar diri kita sangat lemah dan banyak melakukan kesilapan dan dosa. Kerana kita sedar betapa teruknya diri kira , justeru kita nekad hari ini kita mahu berubah dan menjadi lebih baik..

Ingat!! Bertindak sekarang!!          Jika tidak  
"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"

No comments: