Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

February 5, 2012

Ku mencintaimu…sepenuh jiwa


Ketika zaman aku belajar di matrikulasi dahulu, aku merasakan kesunyian dalam hidup ini Justeru itu, timbul rasa ingin mencintai dan dicintai. Pada suatu hari terdengar di telinga aku bualan rakan-rakan akan seseorang yang sangat istimewa. Aku semakin tertarik mendengarnya. Antara perbualan mereka adalah ada seorang itu yang cantik rupa parasnya mengalahkan bulan purnama. Susuk tubuhya cantik dan sedap dipandang. Wah! Wah! Hati saya menjadi seronok mendengarnya, tetapi masih tidak mampu membayangkan pemilik diri itu. Tambah bualan mereka lagi, Orang itu bukan sahaja cantik dan indah malah baik akhlaknya. Sesiapa sahaja yang bergaulnya dengannya pasti jatuh cinta dengan akhlaknya. Suaranya malah merdu dan menyedapkan. Wah! Hati saya semakin cair apabila mendengarnya. Meskipun tidak pernah bertemu dengannya di KMPK yang kecil ini. Tetapi hati aku seakan sudah mahu jatuh cinta dengannya. Aku terus mendengar dengan teliti perbualan mereka. Kata mereka lagi, seseorang itu, agamanya juga bagus. Dia juga terlibat dengan sebuah gerakan dakwah baru di zaman ini. Wah! Sudahlah baik malah dai lagi. Siapa yang tidak mahu mencari calon seperti itu. Meskipun masih di matrikulasi, sebenarnya jiwa aku dan rakan-rakan memang mahu rasa bercinta disebabkan kekeringan yang sangat akibat hanya mentelaah ilmiah sahaja.

Kemudian pada hari yang lain, aku bertemu dengan seorang rakan yang lain. Dia ini dulu seorang yang nakal jauh dari agama. Tetapi amat mengejutkan aku dia mula berubah dengan kembali kepada islam secara perlahan. Aku amat terkejut dan bersyukur. Ketika pertemuan hari itu, sahabat saya ini menangis secara tiba-tiba di depan aku. Aku terus simpati mungkin dia dilanda musibah. “sahabatku, mengapa kamu menangis?.” Tanyaku simpati. Lalu dia menjawab dengan nada teresak-esak. “ aku telah jatuh hati dengan seseorang itu dan aku amat merinduinya. Dia yang menolong aku berubah kembali kepada agama. Aku sangat merinduinya. Tetapi malam-malam begini bagaimana mungkin dapat bertemu dia” . aku   tersentak mengengar jawapan dia. Lalu aku bertanya siapa dia. Sahabatku terus menjawab . “ adakah kau masih tidak mengenali siapa dia itu yang sangat dikenali di KMPK ini? Dialah insan teristimewa di sini. Aku telah jatuh cinta dengannya setelah sekali sahaja pertemuan di dalam sebuah majlis seminggu yang lalu. Perkenalan aku yang singkat itu amat bermakna apabila dia memberi aku kata-kata nasihat yang sangat halus dan lembut. Hingga aku sedar tujuan hidupku dan menemui cinta sejatiku.  “Subhanallah! Ucapku dengan disambung “Alhamdulillah. Sungguh hebat kekasihmu itu sahabat. Bersabarlah kamu, insyaAllah kamu pasti dapat bertemu dia di masa lain. Hari sudah malam, banyakkan bersabar dan ikhlaslah kamu dalam melakukan perubahan ini. Kerana Allah hanya menerima amal yang ikhlas”

Malam itu aku pulang ke bilik dengan perasaan aneh dan kagum akan apa yang aku lihat dan dengar. Apakah masih ada rasa cinta di dunia KMPk ini yang mampu merubah manusia menjadi baik. Pengalaman silamku, apa yang aku rasai. Cinta itu hanyalah melalaikan dan merosakkan jiwaku. Cinta itu buta dan tuli. Tetapi semakin aku berfikir semakin aku tertanya-tanya siapakah gerangan kekasih mereka itu. Kekasih itu yang semua orang puji dan jatuh cinta itu. Mana mungkin mereka semua suka pada seorang kekasih. Bukankah cinta itu hanya milik seorang sahaja. Apakah mereka sudah gila merebut seorang kekasih. Bukankah masih banyak jiwa-jiwa cantik dan bersih di KMPk ini. Mengapa kekasih itu yang mereka rebutkan.  Fikiranku masih tidak dapat membayangkan kekasih mereka itu. Terbaring aku di atas katil dan terus berfikir. Tiba-tiba aku tersentak, jiwaku bertanya mengapa aku tidak bertanya kepada sahabatku itu siapakah gerangannya nama kekasih yang dia amat cintai dan kasihi itu. Ya, kekasihnya itu jugalah yang menjadi bualan beberapa rakan-rakanku tempohari. Tetapi mengapa aku begitu lembap untuk bertanya gerangan namanya. Mungkin aku boleh mencari dan melihat dengan mata kepalaku sendiri keesokan harinya. Hatiku berdegup kencang dan juga seakan merasai kecantikan dan keindahan kekasih itu. 

Tanpa ku sedari, aku bangkit dan terus berlari keluar. Aku berlari menuju bilik rakanku itu dengan sepenuh hatiku. Seakan orang gila. Tibanya di sana, aku terus menemui sahabatku itu. “sahabat, jika kau tidak keberatan, izinkan aku mengetahu nama kekasih istimewamu itu, kekasih yang kau amat cintai itu, kekasih yang merubah hidupmu ini.” Tanyaku dengan bersungguh. Sahabat ku kebingungan dan terus memegang kedua bahuku. Dia merenung tajam mataku lalu memeluk erat jasadku. Dia tiba-tiba menangis di dalam pelukan ku. Dia menangis teresak-esak. “oh tidak, maafkan aku sahabatku, aku tidak bermaksud untuk melukai hatimu, aku tidak bermaksud untuk merampas kekasihmu, aku hanya kagum akan dia dan ingin mengenali sahaja dia yang telah merubah hidupmu” kataku dengan perlahan. Sahabatku itu terus menangis..dengan nada yang tersesak-esak dan terputus dia menjawab “ Sebenarnya kekasihku yang aku sangat rindui itu telah pergi meninggalkan ku selama-lamanya.” Tersentak aku mendengar jawapannya. Rupa-rupanya kekasihnya itu telah tiada..”maafkan aku sahabat, aku tidak bermaksud melukaimu”. Jawabku dengan perlahan. Tidak semena-mena tiba-tiba mengalir perlahan air mata ku yang sangat mahal untuk dikeluarkan ini. Aku menangis kerana merasai simpati dan aura cinta sahabatku itu. 

Sahabatku itu tiba-tiba memandang tepat ke wajahku. Dia merenung mataku lantas berkata “ apakah kamu ingin tahu siapakah nama kekasihku itu?.  Kamu pasti kenal dia..dialah Muhammad saw”
“Dialah nabi Muhammad saw. dan hari ini adalah hari lahir dia 12 rabiul awal 1433 masihi wahai sahabat”..tersentak jiwa dan ragaku apabila mendengarnya..betapa aku jauh dari mengenali dia disaat orang lain mencintai dan merinduinya. Sambung dia lagi,” wahai sahabatku, kenalilah dia dan ikutilah dia nescaya kamu akan merasai cinta yang ku rasa. Terlalu indah meskipun dia sudah tiada”. Tinggalkanlah kekasih gelapmu itu, tinggalkanlah kekasih yang tidak halal bagimu itu, lalu isilah ruang cintamu itu dengan cinta kepada Muhammad Saw.”..Aku terus menangis deras tanpa ku sedari. Tangisan air mata syahdu dan penuh rasa cinta. :”Sahabat, benar katamu, diriku mungkin dipenuhi cinta palsu selama ini sehingga aku tidak menikmati apa yang kamu dan sahabat yang lain rasai”

Terus aku minta izin mengundur diri dan ku ayunkan langkahku di malam yang teristimewa ini menuju ke masjid. Malam itu, aku membawa hati yang penuh rasa cinta dan rindu melayari sejadah cinta dan ayat-ayat cinta...indahnya..cinta kepada insan mulia ini..Muhammad Saw. 

Salam Maulidur Rasul..

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(3:31)

No comments: