December 1, 2011

Kepulangan mujahid muda!!

Akh Hisyam, Shuhaimi, penulis dan Hafidz di masjid unimas


Turunnya hujan di Kota Samarahan malam ini disambut dengan rasa syukur serta bersama mengalirnya air mata cinta. Meskipun lelaki agak sukar mengalirkan air keramat ini. Tetapi sebuah perpisahan setelah 7 tahun bersama dalam susah dan senang adalah memori yang sangat bermakna dan menyentuh jiwa perwira. Lebih bermakna dengan kehadiran ikhwah ini dalam hidupku telah memberi rasa ukhwah dan membantu membina kekuatan iman semasa hidup di perantauan. Ditambah dengan senyum manis dan gurau senda sekali sekala dengan jenaka yang selalu sahaja menghiburkan. Kekaguman diriku terhadap ikhwah ini juga kerana daya hafalannya yang hebat dan keluasan ilmu yang dimilikinya selalu sahaja mengeluarkan khazanah ilmu di dalam pengisiannya samada ketika tazkirah mahupun daurah dan rehlah. Bagi diriku, selayaknya aku memberikan pujian penghargaan kepada mu kerana terus setia menjadi ikhwah dalam hidupku dan juga kerana setia bersama dakwah ini. Siapakah dia? Akhi Hisyam namanya. Selamat pulang ke Semenanjung akhi. Semoga terus istiqamah di jalan dakwah ini. Juga semoga bertemu lagi. InsyaAllah