November 2, 2011

memori di KL dan komen KKMM 2011


Sepanjang tempoh beberapa hari  berada di Kuala Lumpur ini telah memberi saya banyak pengalaman. Bumi Sarawak dan bumi kuala Lumpur memang sangat berbeza. Pada awal kepulangan saya, sempat saya menziarahi Ust Nazri dan Ust Munthaha. Kedua-duanya merupakan orang kuat ISMA Sarawak sebelum ini yang telah berhijrah ke KL. Seronok bertemu mereka kerana adanya memori manis dari Sarawak sebelum ini. Dalam pertemuan penuh mahabbah itu, ternyata memberi banyak nasihat dan pedoman. Ya..sememangnya segalanya ada di sini..berbanding Sarawak..tetapi ternyata disini juga hebat ujian dan kesibukannya berbanding Kota Samarahan. Apatahlagi kata Ust apabila memasuki dunia pekerjaan dan berumah tangga. Memang berbeza dan akan memerlukan masa untuk menstabilkan kehidupan. Pesan Ust agar terus menghadiri usrah mingguan di KL ini adalah ubat mujarab untuk membantu ikhwah dan akhwat terus bersama dakwah. Melihat Ust Munthaha sahaja saya sudah dapat merasa kesukaran beliau di saat-saat awal berada di sini. Urusan untuk mendaftarkan anak-anak ke sekolah baru sahaja sudah memakan masa dan kudrat yang banyak. Lalu apabila membandingkan dengan diri saya yang bujang ini membuatkan saya merasa kerdil dan tidak punya apa-apa. 

Konvensyen keluarga Melayu Muslim 2011

Alhamdulillah sempat juga saya hadir ke KKMM di Putrajaya dengan Ust Nazri. Seronok bila pergi program besar ISMA kerana dapat bertemu dengan semua ikhwah dari seluruh Malaysia. Selain dapat bertukar cerita kami juga dapat merapatkan ukhwah. Daripada program ini, antara yang menarik ialah ucapan dasar Presiden ISMA, Ust Abdullah Zaik. Sayang sahabat saya Azrin tiada disini, kalau ada kan bagus.  Dalam ucapan beliau membawa kami berfikir akan asas pembinaan ummah adalah bermula dengan individu seterusnya keluarga muslim. Masalah yang berlaku kini melibatkan keluarga melayu muslim memang sudah pada tahap membahayakan. Apabila saya mendengar kata-kata Ust Lah, saya sudah mampu membayangkan realitinya. Kenapa? Ini kerana saya dan keluarga tinggal di kawasan setapak jaya, wangsa maju, keramat, ampang, taman melati sekitar KL. yang mana disinilah ramai keluarga melayu tinggal. Setiap hari saya boleh melihat sendiri realiti keruntuhan jatidiri dan moral dikalangan jiran tetangga saya. Memang menyedihkan. Tidak hairanlah apabila Ust Lah berkata lebih 6 juta belia menghadapi kecelaruan identiti di Malaysia mendapat liputan luas dalam media elektronik dan cetak. Ini kerana ia sememangnya masalah yang berlaku. Apabila saya pergi ke shopping kompleks, boleh dilihat majoriti melayu islam sudah luntur pegangan agama. Dilihat sahaja cara berpakaian, pergaulan, hiburan yang dipilih dll. Bukan tidak ada yang baik. Tetapi yang jelas kelihatan ialah jahiliyah sudah bermaharajalela.

Realitinya banyak individu yang hilang jatidiri, tidak ada rasa bangga dan mulia sebagai muslim. Belum lagi apabila kita bertanyakan kepada diri kita. Siapa kita? keturunan apa kita? Siapa atuk nenek kita? Saya yakin kebanyakkan kita keluarga melayu muslim tidak melihat ia sebagai sesuatu yang penting. Sedangkan menurut Ust Lah, kalau dalam masyarakat Arab, mereka begitu menjaga dan mewariskan kepada anak-anak akan susur galur keluarga mereka dan berbangga dengan datuk nenek moyang mereka. mereka berbangga bukan kerana kejahatan tetapi kerana kemuliaan dan kebaikan daripada atuk nenek mereka.  Ya, bagi saya memang saya setuju. Kalau saya mengkaji sejarah dan sasilah kelaurga saya. lalu saya menemukan bahawa atuk nenek saya adalah merupakan golongan yang terhormat di dalam masyarakat. Atuk belah mak saya  Rahmad bin Meru merupakan seorang pejuang melawan komunis dan pernah diberikan anugerah oleh sultan perak atas jasanya. Atuk saya adalah pemimpin melayu yang berjaya membawa kemajuan di kawasan chemor yang mana dengan pengaruhnya dia berjaya meminta agar pemimpin UMNO ketika itu membuat jalan raya, elektrik dan kemudahan air. Malah Kg Jasa dan tanah yang atuk diami adalah hasil pemberian kerajaan atas jasa mereka dalam mempertahankan negara. Atuk merupakan pemimpin dan ketua kampung disegani. Malah ahli politik juga turut segan dan takut dengan pengaruh atuk yang besar. Dikatakan atuk boleh mempengaruhi 5 ribu undi orang melayu ketika itu. Sebab itu pemimpin ketika itu begitu mengikut kehendak dan permintaan atuk ketika itu. Hasilnya, penduduk kampung dapat menikmati kemudahan asas dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. malah sesiapa sahaja yang pergi ke Kg JASA pasti mereka akan dapat melihat satu jalan diberi nama  jalan Rahmad sempena menghargai jasa beliau.  Mungkin darah keberanian atuk itu mengalir dalam diri saya yang membuatkan saya ingin mencontohi beliau. InsyaAllah.  Atuk sebelah bapa pula daripda golongan bangsawan dan merupakan pegawai kastam terhormat dan disegani masyarakat juga. Atuk telah berkahwin dengan golongan kerabat diraja yang menguatkan asas sejarah beliau daripada golongan bangsawan. Juga merupakan seorang yang terkenal dalam masyarakat sebagai orang yang soleh dan terhormat. Apabila mengkaji sejarah keluarga, ia membuatkan saya rasa lebih rasa izzah dan berbangga dan termotivasi untuk meneruskan catatan sejarah keluarga yang mulia ini. Saya kira inilah antara point-point yang Ust Lah nak sampaikan supaya kita menghidupkan kembali sejarah mulia setiap keluarga melayu muslim selagi ia tidak bercanggah dengan syariat islam. 
Antara point lain ialah kurangnya pendidikan agama dalam keluarga muslim dan ancaman-ancaman luar yang menyerang masyarakat kita oleh musuh-musuh islam secara halus sangat membahayakan. Dalam slot yang lain juga ada membincangkan masalah yang sering dihadapi oleh keluarga melayu muslim ialah masalah kewangan. Banyak kelaurga menghadapi masalah akibat daripada tidak pandai merancang kewangan. Slot ini menarik kerana melibatkan seorang tokoh pakar kewangan. InsyaAllah menjadi bekal kepada saya sebelum mendirikan rumah tangga.

Sudah semakin jelas kini mengapa bagi saya dakwah tidak harus sembunyi-sembunyi lagi. Dakwah tidak harus pada mahasiswa sahaja. Baru saya lebih faham dan yakin mengapa Dakwah ISMA mahukan juga kita bersama masyarakat dengan amal Am. Antum faham? Antum ikut usrah? Adakah antum mampu membawa mak  ayah, adik dan abang2 ke Usrah? susah bukan..maka disinilah pentingnya program umum seperti NAZIM, KriM, Aman palestin, dll. Disinilah kita boleh membw sahabat dan keluarga bersama mengenali dakwah dan fikrahnya.

Membina Masjid

InsyaAllah mudah-mudahan jika tiada aral melintang saya punya rencana untuk mendirikan masjid pada umur 25 tahun. Soalnya jodoh saya serahkan kepada Allah swt agar mengurniakan seorang isteri yang solehah dan sudi menjadi teman setia hidup ketika susah dan senang di jalan dakwah. Ya, seperti yang semua ikhwah impikan agar terus menjadi bahagia dibawah rahmat Allah swt. Sahabat semua yang membaca tulisan ini akan saya umumkan secara rasmi bila masanya sesuai. InsyaAllah.

Sekian. terima kasih