August 5, 2011

Tetamu dakwah sebelum Ramadhan 2011

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam. Kemudian ditambah lagi kita telah dipilih oleh Allah mendapat nikmat tarbiyyah islamiyyah. Semoga kita terus istiqamah di jalan dakwah ini.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

Di Kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. kepada semua yang mengenali atau baru sahaja mengenali diri saya. Semoga Ramadhan kali ini kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa disisinya.  Berada di bulan Ramadhan sahaja merupakan nikmat yang sangat besar. Sebelum bulan Ramadhan datang lagi kita sudah berdoa semoga diberikan kesempatan untuk berada di bulan ini, maka sudah sewajarnya kita memanfaatkan masa yang ada untuk beribadah dan memperbanyakkan amal kebajikan di bulan mulia ini. 
Sebenarnya banyak perkara ingin dikongsikan  dengan antum berkenaan beberapa perkara yang berlaku dalam bulan ini dan lepas setelah lama tidak mengemas kini blog ini, justeru itu dibwah ada beberapa perkara suka untuk saya kongsikan.

  1. Pembukaan pejabat ISMA yang pertama di Bumi Sarawak.

Alhamdulillah kami di sini sudah berjaya membuka sebuah pejabat untuk aktiviti dakwah dan masyarakat. Apa yang menarik ialah semua duit yang digunakan adalah hasil daripada sumbangan ikhwah dan akhwat dari seluruh malaysia, bahkan daripada Australia pun ada ikhwah yang menyumbang. Malah ada juga dari kalangan orang perseorangan, rakan office ikhwah dan akhwat yang turut menyumbang.Teringat kata-kata sheikh Hasan Al-bana duit-duit kegiatan dakwah kita adalah daripada poket2 kita sendiri. Dalam dakwah ini memang kita tidak akan mendapat harta kekayaan berlimpah ruah, pangkat dan gelaran. Sebaliknya kita yang akan menginfaqkan harta kita dijalan-Nya. Semoga dengan adanya pejabat ini akan dapat membantu gerak kerja dakwah lagi pada masa akan datang memandangkan jumlah ikhwah dan akhwat semakin ramai serta program-program dakwah juga akan bertambah dari semasa ke samasa. Alhamdulillah kehadiran pejabat ini tepat pada masanya. Syukur kepada Allah yang telah memberi kita segala nikmat ini. Jutaan terima kasih kpd semua ikhwah dan akhwat yang telah ikhlas menyumbang dalam projek pejabat ini.

  1. Kedatangan Prof. Dr. Hesham Sakr "Masa depan dakwah di tangan pemuda" 
 
Buat pertama kalinya salah seorang tokoh dakwah hebat daripada Ikhwan Mesir menjejakkan kaki ke bumi Sarawak dan menziarahi kami di sini. perasaan ketika itu sangat gembira dan memang penuh ukhwah. Saya mengenalinya sebelum ini ketika mendengar pengisian ikhwah di dalam halaqah sahaja. Serta kebetulan semasa saya pulang ke KL semasa EGM ISMA saya ada membeli buku tulisan beliau bertajuk Ghulam Dakwah hasil rekomen daripada sahabat saya akhi Adli. Sejak membaca buku beliau terutama di bahagian mukaddimah saya mula mengerti akan kesibukan beliau dalam dakwah sehingga buku tersebut mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Buku tersebut mengupas tentang kisah penuh hikmah antara pemuda dan ahli sihir dan seorang ahli kitab. Kupasan beliau memang menarik dan penuh pengajaran. Ceramah bellau di dalam bahasa inggeris amat mudah difahami dan memberi banyak input baru dalam hidup saya di jalan dakwah ini. Semasa pertemuan  secara personal ketika menjadi pemandu beliau di Sarawak banyak soalan saya sempat bertanya berkenaan ikhwan dan juga beberapa perkara yang menjadi kemusykillan saya selama ini tentang dakwah di malaysia. Alhamdulillah beliau menjelaskan segalanya dengan terang dan amat baik sekali sehingga membuatkan saya terus bersemangat untuk menjadikan ISMA sebagai wadah perjuangan dalam membawa risalah islam dalam hidup saya.


  1. Kedatangan Dr. Rizuan YDP ISMA Sg petani dan "Antara ijazah dan risalah" 
Saya pertama kali mengenali beliau adalah semasa beliau datang baru-baru ini. Kedatangan beliau adalah atas urusan rasmi sempena sebuah acara seminar kerana beliau merupakan seorang pensyarah, namun beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan ikhwah dan akhwat di sini. Ceramah beliau bertajuk "Antara Ijazah dan risalah" telah memberi menambahkan kefahaman sebagai seorang muslim dan tanggungjawab dakwah. Saya kagum dengan beliau kerana ilmu yang dimiliki dan juga kejayaan beliau dalam akademik. Seorang yang memiliki lulusan sarjana dan Phd lalu berbicara soal islam memang menjadi impian saya. memberi iinspirasi bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi seperti beliau. Terus istiqamah dalam dakwah meskipun bergelar Doktor dalam bidang kepakaran beliau.


  1. kedatangan Presiden Pembina "bersama bekerja menjayakan objektif isma"
Rasa kesyukuran terus dipanjatkan kepada Allah atas keizinan daripad Allah, kami akhirnya menerima kunjungan mahabbah daripada Presiden PEMBINA, akhi Norzafry.  Beliau merupakan ikhwah yang telah ditarbiyah di bumi Australia. Kebetulan juga 2 akhwat JKC pembina Sarawak juga ditarbiyah di sane. Nampaknya dakwah ikhwah dan akhwat  di sana memang sangat berjasa kepada dakwah di bumi Malaysia dengan saban tahun mereka membekalkan tenaga kerja dakwah buat ISMA. Semasa sesi pertemuan dengan JKC pembina Sarawak, amat banyak imput dan penerangan daripada beliau telah menambahkan kefahaman saya akan peranan pembina di dalam organisasi dakwah ISMA. Menjadi pengerusi Pembina Sarawak bukanlah satu kebanggaan bagi saya, tetapi ia merupakan satu amanah yang berat dan memerlukan kesungguhan untuk dilaksanakan. Malah sehingga kinipun saya masih belum dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas2 yang baru ini disebabkan ada banyak komitmen2 lain yang harus dilaksanakan juga. Namun saya punya keyakinan bahawa dakwah akan terus berjalan jika benar caranya dan mendapat pertolongan daripada Allah swt jika kita benar2 beriman dan membantu agama-Nya.
 Sekian. terima kasih. Oleh:  Mun'aim  Idrus