Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

April 9, 2011

Bangkitlah!

Wake-up!! 

bangkit dari kelemahan dan kekalahan menjadi hebat

Apa pentingnya sebuah kebangkitan ini? 

Selalunya ia dikaitkan dengan orang yang sedang tewas dalam hidup, hampir putus asa dan merasakan hidupnya sudah habis. Maka bagi mereka inilah solusi yang tepat iaitu bangkit dari satu keadaan yang kalah menjadi juara dalam hidupnya.

Untuk menggambarkan betapa hebatnya kebangkitan ini lihat sahajalah revolusi rakyat mesir yang berlaku baru-baru ini. Mereka hidup susah, pemimpin kaya raya, dakwah di sekat, rakyat miskin, pemimpin kaya-raya. Dari mana ia bermula?   dengan yakin saya berani nyatakan ia bermula dengan kebangkitan individu individu tertentu yang mempunyai semangat juang yang tinggi lalu mempengaruhi orang sekeliling untuk bangkit mengubah masa depan diri dan negara mereka.


Bagi anda yang sedang mengalami zaman jatuh, maka sebuah kebangkitan adalah kemestian dalam hidup anda, bagi anda yang merasakan tidak perlu bangkit, mungkin anda tidak sedar yang anda sedang jatuh,atau sebenarnya anda sememangnya sudah lama jatuh dan tidak sedar anda berada di kedudukan itu. Jika anda rasa ia tidak penting, maka anda salah, kerana agama islam sentiasa menuntut anda menjadi lebih hebat dan terus bekerja sehingga anda mati.

Anda mungkin:

1.melihat masa depan anda menuju zaman gelap,
2. tidak tahu apa akan jadi dengan diri anda,
3. merasa hampir putus asa kerana masalah hidup.

Anda bukan seperti yang anda fikirkan, tetapi anda adalah apa yang anda fikirkan...

Saya ingin katakan, sebenarnya anda dilahirkan sebagai seorang yang hebat! Ya anda adalah manusia pilihan Allah menjadi seorang muslim. sebuah kenyataan anda tinggi darjat kerana anda islam.  Bukalah Al-quran dan fahamilah kalam Allah pada ayat surah 3 ayat 139.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

Jangan sesali apa yang sudah berlaku, jangan tangisi apa yang sudah berlalu. Sebaliknya bangkitlah dan binalah kembali apa yang sudah hilang.

ketika satu jalan kelihatan tertutup, sebenarnya masih ada banyak lagi jalan sentiasa terbuka. Namun seringkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup.

langkah-langkah sebuah kebangkitan

Jangan biarkan diri anda terus tewas kerana lihatlah dunia yang luas ini. Betapa semua orang yang berjaya bermula dengan sebuah kegagalan. Apa yang penting ialah bagaimana anda bangkit dari kekalahan menjadi juara. Sudah semestinya bukan dengan cara mengalah....tetapi kekalahan adalah sebuah pengalaman untuk menjadikan anda hebat.
 

Firman Allah swt:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (2:286)

Orang yang ingin bangkit  dalam hidupnya akan mencari jalan untuk mengubah hidupnya, dan orang yang putus asa akan mencari alasan untuk tidak berubah.



bagaimana memulai sebuah kebangkitan?
  1. Anda perlu berubah!! ubah sikap, ubah pemikiran, ubah penampilan.
  2. Berfikir bagaimana untuk berubah
  3. Jangan bertangguh!
  4. Cari ilmu dan jangan malu meminta nasihat dan bantuan
 
Ingat!

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.

sekian. terima kasih.