Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

April 3, 2011

Lelaki hebat !

Jika anda merasakan hidup ini susah dan tiada makna lagi. Hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Apatahlagi jika anda seorang pelajar yang mengalami tekanan belajar. Maka saya sarankan anda mengenali lelaki ini. Dia kelihatan biasa-biasa sahaja. malah anda lebih kuat daripada dia. namun ada suatu perkara yang anda akan belajar daripada dia. Sempena tahun ke tujuh kesyahidan dia mari kenali lelaki ini.



Asy-Syahid Syekh Ahmad Yasin, rahimahullah merupakan seorang yang lumpuh. Namun dia mampu bangkit dan menyalakan obor perjuangan pada bangsanya. Dengan berkerusi roda sahaja, namun dengan keimanan yang mendalam, semangat yang kuat, keazaman yang tinggi dia mampu mempengaruhi bangsa Palestina untuk bangkit melawan yahudi. Walaupun lumpuh, namun itu tidak menjadi alasan untuk dia untuk berputus asa dalam kehidupan dan duduk-duduk sahaja. 

Dengan berkerusi roda dia bergerak mencari jiwa-jiwa muda diseluruh pelusuk negeri lalu mentarbiyah mereka. Diatas sebuah kerusi roda, suaranya dan kata-katanya penuh semangat dan ruhiyah. Mengajak ummat memahami islam dan memperjuangkannya. Penyakit yang dideritainya akibat seksaan di penjara langsung tidak melemahkan semangat perjuangannya. Hasilnya lahirlah satu generasi hebat sehingga kini yang berjuang untuk membebaskan Palestin dari cengkaman yahudi. 



Walaupun  lumpuh, namun lihatlah yahudi begitu takut akan pengaruh beliau yang sangat luar biasa terhadap bangsa Palestina sehingga mereka memenjarakan beliau beberapa kali. Setelah bebas adakah beliau pencen dari perjuangan? Tidak saudara! Malah dia terus berjuang dan akhirnya Yahudi membunuh beliau kerana mereka tahu kekuatan jiwa dan pengaruhnya yang luar biasa menggugat sebuah rezim yahudi yang dikatakan berteknologi tinggi dan berkuasa di dunia.

Nah! Sekarang bagaimana pula dengan kita? Adakah kita lumpuh?  Adakah kita sakit?
Jika tidak mengapa kita sedih dan berasa lemah. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya. Cuma kita kena bersabar dan berusaha menyelesaikannya satu persatu. Masalah yang kita hadapi dalam hidup hanyalah masalah kecil. Ada masalah lebih penting perlu kita fikirkan juga. iaitu masalah ummat islam di Malaysia.

Inilah apa yang harus anda perjuangkan dalam agenda dan matlamat hidup anda. Barulah hidup punya semangat dan halatuju. Mari sama-sama fikirkan akan keadaan ummat di malaysia sebagaimana yang Sheikh Ahmad Yaasin fikirkan tentang bangsa Palestina.