Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

February 26, 2011

Mahasiswa dan Al-Qur an

Perjalanan dalam dunia tarbiyah mengajarkan kita untuk sentiasa menjadikan Al-Quran teman rapat dalam hidup kita. Untuk benar-benar merealisasikannya, kita bukan sahaja dituntut untuk membaca Al-Quran setiap hari, membaca tafsir setiap kali usrah bahkan melaksanakan kandungannya dan tidak lupa juga menghafalnya agar tersemat indah dalam hati dan ingatan kita.
Apabila berbicara soal menghafal Al-Quran, Nabi Saw dan para sahabat telah menunjukkan contoh terbaik, tidak kurang juga lahirnya beberapa para profesional zaman kini yang hafal Al-Quran. 

Masih teringat saya ketika awal2 mengikuti tarbiyah, ketka di Matrik Perak. Ketika itu kami sangat jauh dari Al-Quran. Tarbiyah secara perlahan-lahan membawa kami masuk ke dalam dunia yang indah di mana kami sentiasa berdampingan dengan Al-Quran. Pertemuan setiap minggu sentiasa tidak mengecewakan kami dengan beberapa ayat Al-Quran yang di bacakan secara halus menusuk kalbu dan merubah cara fikir dan watak kehidupan kami menjadi watak yang sentiasa segar cengan cahaya iman. Hari-hari kami diajar agar sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai ubat bagi penyakit hati. Semua ini, apa yang kami lalui, bahkan apa yang kalian sedang lalui kini. Nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan kepada kalian. Genggamlah ia sekuatnya agar kalian mampu melawan arus jahiliyah disekeliling yang sangat kuat daya tarikannya.
 

Untuk itu, salah satu bekalan yang amat penting ialah kalian dan saya harus berusaha untuk  menghafal Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Kerana kemuliaan para pembaca dan penghafaz Al-Quran sangatlah banyak. Antaranya ;
  1. Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai keluarga di kalangan manusia." Lalu para sahabat bertanya,"Siapakan mereka ya, Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Para ahli al-Quran. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihanNYA.(HR Ahmad)
  2. "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya". (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Rasulullah bersabda,"Bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)". (HR Muslim)
  4. "Mereka yang membaca al-quran dan dia mahir di dalamnya, maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca al-Quran sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala". (HR Bukhari dan Muslim)
kita adalah orang muda, masih mempunyai akal yang cergas dan kuat ingatan. Setiap kita punya potensi untuk menghafal Al-Quran. Maka berhentilah dari beralasan. Berhentilah kita dari sikap lemah dan putus asa. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mempelajari beberapa teknik  menghafal Al-Quran dan terus melaksanakannya. Sila rujuk web site ini untuk mempelajari teknik hafal Al-Quran. http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/bagaimana-menghafal-al-quran.htm

Saat saya menulis artikel ini, saya hanya mahu agar dapat memotivasikan diri saya dan juga kalian yang membaca artikel ini. Saya mengimpikan agar paling kurang apabila kita kembali kepada Allah kelak, kita sudah menghafal satu juz Al-Quran. Alangkah malunya seandainya jika kita menghadap Alllah dengan hanya beberapa surah-surah pendek. Sedangkan berjuta-juta ummat islam lainnya menghadap Allah dengan membawa hafalan yang banyak.

Kita mahu melahirkan generasi Al-Quran , maka yang pertama sudah tentu adalah bermula dengan diri kita. Kebangkitan ummat islam mestilah seiring dengan kualiti generasi yang dilahirkan. Justeru itu, Tiada gunanya seandainya berlaku revolusi besar-besaran tetapi jiwa-jiwa ummat itu kosong dari Ayat-ayat Al-Quran. Di sana perlunya ada segolongan ummat yang terdiri daripada para pemuda yang berjiwa Al-Quran. Barulah revolusi itu terjamin kerana dengan adanya mereka yang bertaqwa itu, barulah turunnya pertolongan Allah swt.

Apa yang merisaukan kita kini, Negara kita kekurangan generasi pemuda berjiwa Al-Quran. Berapa ramai mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka yang khatam Al-Quran sekali pula terus meninggalkan bacaan mereka lantaran tiadanyanya pemahaman yang benar terhadap tuntutan beriman dengan Al-Quran. Bagi mereka yang sudah mampu membaca Al-Quran pula, akibat tiadanya dorongan daripada mana-mana pihak menyebabkan mereka tidak membacanya melainkankan ketika majlis-majlis khatam Al-Quran, bacaan yaasin ,bulan ramadhan dan tahlil arwah sahaja.

Lebih membimbangkan, generasi mahasiswa kini semakin jauh daripada Al-Quran. Generasi yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara kita. Bagi mereka yang mengikuti jurusan ijazah dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi, IT, sejarah dll lagi. Seandainya mereka tidak berusaha mencari sendiri kelas-kelas agama, ceramah, membaca buku-buku agama dll aktiviti keagamaan, nescaya mereka hanya akan menjadi robot-robot yang diprogramkan di  alam kampus mereka. Semakin lama-semakin jauh dari nilai kehidupan yang sebenarnya dan hidup mengikut arus jahiliyah. Ini kerana yang menjadi pendidik mereka di luar kuliah adalah internet, games, drama, filem dan berbagai-bagai pengaruh yang merosakkan. 

Sistem pendidikan di alam kampus/IPT kini cuba menyelesaikan masalah mahasiswa yang tidak berkualiti,  lemah, kurang keyakinan, tidak proaktif, malu bersuara dll dengan menerapkan kursus softskill yang diharapkan mampu membentuk mahasiswa dengan skill-skill ucapan, skill komunikasi, social life, nilai-nilai murni dll. Namun amat malang kursus ini tidak cuba untuk membawa mahasiswa kembali kepada asas agama itu sendiri. tujuannya baik dan bagus. tetapi alangkah lebih baik sekiranya kembali kepada solusi terbaik iaitu Islam. Atau kita sudah terpengaruh dengan islamophobia atau terlalu mengikut barat tanpa menyesuaikan dengan kepercayaan dan asas pegangan budaya kita. adakah di sana ada rasa takut, malu, kolot dll apabila diajak kepada asas agama? Atau para pemimpin kita kekurangan idea, kekurangan para cemdekiawan pemikir? tidak juga kerana di sana ramai pakar-pakar agama, ilmuan dll..  

Saya risau sekiranya mahasiswa hanya menghadiri slot-slot softskill ini semata-mata untuk memenuhi jam kredit mereka bagi melayakkan mereka tamat belajar di IPT. Adakah benar?

Langkah Kerajaan dan Kita

Selain itu kerajaan juga dilihat  sudah merangka beberapa usaha untuk melahirkan seberapa ramai para penghafal Al-Quran dan golongan agamawan untuk mengatasi masalah ini seperti Daru Qur'an, USIM, sekolah-sekolah Agama dll. Namun, usaha itu harus disokong oleh kumpulan-kumpulan NGO untuk melahirkan generasi Al-Quran sebagai memenuhi kaedah tsulbah. Inilah salah satu projek Islam yang perlu dilaksanakan untuk melahirkan bukan sahaja golongan ustaz bahkan di sana perlunya dilahirkan golongan profesional  ustaz. Protaz.

Pertumbuhan generasi jahiliyah menjadi cabaran kepada projek kebangkitan islam. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana yang haq akan berterusan melawan batil.  Suatu sunnah sejak zaman nabi adam sehingga zaman ummat Muhammad SAW.


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukan mewakili pemikiran mana-mana NGO atau badan kerajaan.
Sekian.  Terima Kasih.

mun'aim idrus