January 10, 2011

Tetap bersama Dakwah ini



Kita dan dakwah

Ingatkan diri kalian bahawa dakwah yang kita bawa ini muncul ketika banyak  manusia tidak lagi berminat dengan fikrah islam, masyarakat hari ini telah larut dalam dunia yang memperdayakan. Mereka terpengaruh dengan fikrah dan fahaman barat yang ternyata menjauhkan mereka daripada fikrah islam yang suci itu. Dalam situasi ini, maka dakwah ini tetap harus berjalan dengan tujuan dan objektifnya yang jelas. Mencari jiwa-jiwa baru untuk dibina dengan fikrah islam lalu menjadikan mereka sebahagian daripada saff dakwah ini. Janganlah kita lalai dan termasuk dalam golongan yang tercicir. (47:38). 
Perlu diingat oleh setiap Akh bahawa dakwah ini memerlukan seseorang akh untuk sentiasa bersedia mengorbankan dan memberikan waktu, harta, tenaga, nyawa dan segala yang dimiliki di dunia ini untuk membina masa depannya di akhirat kelak. bukanlah sia-sia, tetapi ini adalah sebuah perniagaan dengan Allah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (9:111)

 Memang terasa lelah dan meletihkan, kerana saat terasa lelah dan letih itulah tandanya dakwah ini hidup dan bergerak menuju visi dan misinya.

Buat mereka yang memisahkan diri daripada jemaah

Sepanjang berada dijalan dakwah ini, banyak dai menghadapi konflik dalam hidup mereka untuk meninggalkan dakwah, sama ada atas sebab internal mahupun eksternal. Syabas dan tahniah buat mereka yang berjaya mengatasi konflik itu. Ini kerana dakwah yang kita yakini ini hakikatnya akan tetap berjalan, sama ada dengan kita atau dengan orang lain. Saff dakwah ini tidak perlukan simpati sesiapa kerana ia adalah milik Allah, tetapi kita kesian kepada diri kita sendiri. Rugilah kerana kita akan kehilangan keberkatan dan kebaikan bersama jemaah 

Imam Al Bana pernah berkata: "Jika kamu tidak bersamanya,- iaitu dakwah - maka kamu tidak akan bersama selainnya. dan dakwah pula jika tidak bersama kamu , maka ia akan bersama selain kamu".
Rujuk al-quran (47:38)

Akhir kata, semoga Allah menetapkan kita berada di atas jalan dakwah ini bersama jemaah yang kita yakini ini.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)

Sekian.
oleh : mun'aim idrus

Rujukan: MPI (ISMA)