Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

December 24, 2011

Terima kasih sempena Pernikahan

 Jiwa dan hatiku ingin mengungkapkan kata-kata ini buat sahabat...

"Kelembutan angin pagi Padang Polo begitu lembut membelai dan memasuki ruang kehidupan, jiwa-jiwa suci yang melayarinya di awal mentari pasti tersenyum mesra. Ketika langkahan yang menjejakkan 4 tapak itu terus melangkah, langsung sesekali terjelma bayangan rindu angin pagi bumi kenyalang, kerana angin yang indah dan nyaman itu telah lama sebati dalam jiwanya. Semoga akan kembali jiwa dan raga ini ke sana suatu masa nanti"

Surat kepada sahabat

Apa khabar kepada sahabat semua? Semoga sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah swt. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas segala kurniaan nikmat-Nya kpd kita semua. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya dan semua sahabat yang telah membantu di dalam menjayakan majlis pernikahan saya pada 16 dan 17 Dis 2011 yang lalu. Khusus juga ucapan terima kasih ingin saya ucapkan buat sahabat-sahabat isteri saya daripada aktivis ISMA dan yang sanggup datang awal bermalam di kampung isteri saya semata-mata untuk membantu semua persiapan. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. InsyaAllah saya tidak akan melupakan selama-lamanya.


Tidak saya lupakan juga ucapan terima kasih buat akhi Hafidz, Akhi Azrin dan zaujahnya Ukhti Aishah atas bantuan  mereka selama ini. Juga jutaan terima kasih kepada Prof. Halim dan zaujahnya, akhi Ipin dan zaujahnya atas segala bantuan, nasihat dan bimbingan kepada saya dan isteri. 

Selain itu, khas juga ucapan terima kasih saya buat Dr. Khairol Jambli atas nasihat dan bimbingan khusus beliau kepada saya.

Seterusnya, ucapan terima kasih buat semua ikhwah sarawak yang telah menjadi teman hidup sepanjang ana membujang di sana. InsyaAllah ana tidak akan melupakan antum dan akan sentiasa bersedia membantu antum dalam apa jua masalah terutama dalam urusan mendirikan masjid sekadar yang ana mampu. 

Akhir kata,

Semoga kita semua terus istiqamah dalam keimanan dan amal dakwah sehingga kita syahid bertemu Allah swt.

Yang benar
mun'aim idrus

Promosi:  

Siri Jelajah Sarawak Diskusi Akidah Bahaya Syiah (24-26 Dis 2011)



1 comment:

diba_hakd said...

jaga dia - sahabat baik kami dunia akhirat- dengan baik.
moga Allah memberkahi pernikahan kalian.