Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

December 3, 2011

Program MATERI KRIM SARAWAK


Alhamdulillah,

Saya diberi peluang mengisi slot program Krim Sarawak hari ini. Memang menyeronokkan dapat memberi pengisian kerana yang pertama akan mendengar dan berasa insaf sudah tentu diri kita sendiri. Jzk kpd Dr. khairol yang menjemput saya. Pada hari-hari terakhir di Sarawak, memang saya tidak mahu lepaskan peluang ini. Hati saya berasa gembira apabila melihatkan sambutan peserta terhadap program Krim ini sangat luarbiasa. Ikhwah dan akhwat pada awalnya hanya mensasarkan 60 orang, namun di saat akhir yang hadir adalah 120 orang. Gembira rasanya kerana dapat membimbing adik-adik permata baru dakwah dalam mengenal tujuan hidup dan tanggungjawab di dunia. Nampaknya  usaha keras ikhwah dan akhwat Krim membuahkan hasil. Semoga dakwah akan terus maju selepas ini. Angka 120 orang memang dilihat sedikit, tetapi para dai dakwah harus positif memandang jauh 20 tahun akan datang..   :-)..Apa yang penting berterusan..InsyaAllah.

Sebuah pelajaran berharga saya belajar daripada dakwah ini, jika kita kurang memberi pengisian dan kurang program dakwah, nescaya iman akan mudah turun dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur jahiliyah di sekeliling kita. Oleh itu, paksakan diri agar selalu hadir program tarbiyah dan janganlah menolak seandainya diminta untuk memberi pengisian/ceramah. Dakwah ini memerlukan orang untuk menggerakkannya dan bukan sekadar menyokong sahaja.  

Apabila kita hidup dalam lingkungan jahiliyah, maka amat penting untuk kita selalu menghadiri ,majlis-majlis ilmu dan mendengarkan pengisian. paling mudah pun mendengar radio IKIM dan lagu2 nasyid. Paling baik ialah kita menghadiri usrah dan menjadi murabbi. Kerana dengan menghadiri usrah kita akan dibimbing. dengan menjadi murabbi, ilmu dan kefahaman kita akan bertambah.

Begitu juga tarbiyah ini, mahu kita menjadi insan luar biasa, bukan insan biasa-biasa sahaja. Oleh itu beranikan diri kita untuk membuat sesuatu yang laur biasa untuk dakwah.
Suatu sikap yang saya selalu tanamkan dalam diri, agar berani bertindak. Kerana kepengecutan terbesar ialah tidak berani berbuat.

Meskipun diminta untuk menjadi pengerusi majlis, maka sahutlah cabaran itu. Tembok penghalang sebenar adalah diri kita, bukan orang lain.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments: