Nak cari duit lebih dari rumah?

Followers

Popular Posts

November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam yang merupakan sebesar-besar nikmat. Sesungguhnya segala dunia dan isinya tidak akan mampu membeli iman dan islam yang kita miliki hari ini. Selawat dan salam kita curahkan ke atas Nabi Muhammad saw , ahli keluarga baginda dan para sahabat yang mulia. Sesungguhnya dengan usaha awal dakwah baginda dan para sahabat yang telah berjihad dalam nenegakkan islam sentiasa akan kita terhutang budi dan smeoga kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan yang diwaris oleh mereka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua belia dan beliawanis di negeri Sarawak dan Malaysia amnya. Semoga raya kali ini kita dapat menyambut dengan penuh penghayatan terhadap kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Belia dan beliawanis sekalian,

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s yang taat melaksanakan perintah Allah swt apabila diuji dengan perintah untuk menyembelih Nabi Ismail sebagai Korban adalah sungguh luar biasa. Di dalam Al-Quran Allah swt telah menceritakan peristiwa ini di dalam surah dalam surah Ash-Shaffat 37 : ayat 101-111

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:" Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu! "Ia menjawab:" Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar ".
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).
Dan Kami panggillah dia: "Wahai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu ", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu:)" Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim ". Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."

Secara jelas dan ringkas Allah swt menceritakan kisah Nabi Ibrahim sebagai pengajaran dan panduan buat kita para pemuda islam masa kini. Peristiwa korban ini terjadi semasa nabi Ibrahim sudah matang dan dewasa. Kalau dibaca sejarah baginda, nescaya kita akan mendapati bahawa sejak dari kecil lagi nabi Ibrahim merupakan seorang yang mulia dan beriman kepada Allah swt.  Bahkan seluruh kehidupan baginda bukan sahaja beramal ibadah malah beliau tekun melaksanakan dakwah islam terhadap kaumnya.

Zaman belia baginda seharusnya menjadi contoh buat kita apabila beliau bebas daripada syirik kepada Allah swt. Akidahnya mantap dan tidak terpengaruh dengan kesesatan bapanya dan kerosakan kaumnya yang menyembah berhala. Malah baginda tabah dan sabar mendakwahi kaumnya sehingga ada dirakamkan dalam Al-quran peristiwa yang selalu kita dengar iaitu Kisah Nabi Ibrahim dan Berhala besar. Keimanan dan kemuliaan baginda sungguh hebat sehingga Allah swt menyelamatkan baginda daripada dibakar dalam api yang panas membara. 

Pada bulan ini juga adalah bulan Zulhijjah yang menyaksikan 2.5 juta umat islam berkumpul di Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Sesungguhnya Mekah menjadi bumi yang aman dan makmur adalah kerana antara sebabnya berkat doa Nabi Ibrahim a.s ;

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala."

 Sungguh hebat kisah nabi Ibrahim a.s jika kita membaca seluruhnya. Justeru akan menjadi panduan dalam kehidupan kita para belia islam untuk  menjadi seperti baginda. Adakah kita mampu menjadi seperti beliau? Ya, sudah tentu seharusnya kita berusaha mengikuti jejak langkah beliau. Meskipun realitinya kini kebanyakan para belia ramai yang begitu jauh daripada amalan dan cara hidup islam yang syumul. Di sana sini orang memperkatakan bahawa kita belia melayu islam ramai yang sudah rosak akhlak, ibadah, akidah dan pemikiran. Memang berat untuk menelan hakikat dan menafikannya kerana ia adalah fakta dan  terpampang di muka akhbar setiap hari. 

Ramai rakan-rakan kita terpengaruh dengan pemikiran dan budaya barat yang sangat merosakkan jatidiri sebagai orang islam. Mari kita memikirkan sejenak. Apakah kita mahu membiarkan masalah ini terus berlaku dan merebak sehingga merosakkan rakan-rakan kita? Saya pasti kita tidak mahu barah ini terus merebak. Tetapi bagaimana kita mahu menyekat dan menyelamatkan rakan-rakan kita? Persoalan ini memang agak sukar untuk dijawab. Tetapi apabila kita kembali merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw pasti kita akan menemukan formulanya. Ini kerana semua kerosakan yang terjadi kini adalah kerana kita tidak mengamalkan islam secara keseluruhan dalam kehidupan. Terdapat sistem hidup lain yang ramai rakan-rakan kita amalkan sehingga membawa mereka jauh daripada jalan hidup yang selamat. 

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (2:256)

Kita semua wajib menjadi pendakwah, tiada pilihan lain

Perubahan tidak akan berlaku sekelip mata. Islam juga bukan agama silap mata yang datang dan terus mengubah dan memaksa para belia terus berubah menerima sistem hidupnya tanpa diberi pemahaman. Apabila kita memahami kaedah dakwah para nabi nescaya kita akan menemukan dalam Al-Quran para Nabi adalah para penyelamat yang diutuskan Allah swt untuk menyampaikan wahyu dan menyucikan jiwa manusia serta mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka.:

"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata," (62:2)

Oleh itu untuk melakukan perubahan dan melahirkan generasi baru, saya yakin usaha ini seharusnya bermula dengan diri anda dan saya sebagai belia dan beliawanis islam. Allah swt berfirman dalam al-quran;

"Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (13:11).

Kita yang perlu memulakan perubahan wahai sahabat semua. Jangan biarkan diri kita rosak dan merosakkan masa depan umat ini. mari kita kembali kepada Allah swt. Terus tekad dan berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Menjadi seorang belia yang beriman dan pendakwah dalam kehidupan bagi meneruskan misi para nabi dan sahabat dalam menyelamatkan rakan-rakan kita daripada terus hanyut dirosakkan oleh musuh-musuh islam.

Oleh itu, kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini mestilah dijadikan ruang dan peluang untuk kita bertaubat kepada Allah swt. kembali memuhasabah dan menghisab segala amalan ibadah dan dosa yang telah kita lakukan selama ini. 

Saya juga mengambil kesempatan seandainya anda ingin berubah dan mencari jalan terbaik, maka saya sentiasa mengalu-alukan anda untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PEMBINA seperti seminar, qiamullail, ceramah dan usrah. Saya dan rakan-rakan lain di PEMBINA adalah sama seperti anda, kami ingin berubah dan mengubah. Sesungguhnya pilihan ditangan kita, pilihlah apa yang kita rasa benar dan baik untuk iman kita. Jika kita ikhlas, nescaya Allah akan benar-benar menunjukkan jalan kebaikan kepada kita.


Sekian. Wassalam.

p/s: maaf jika ada tersalah kata. sorry poster kad raya di atas buat sendiri.:-)

yang benar,

mun'aim idrus
Pengerusi
Pembina Sarawak.
 

November 2, 2011

memori di KL dan komen KKMM 2011


Sepanjang tempoh beberapa hari  berada di Kuala Lumpur ini telah memberi saya banyak pengalaman. Bumi Sarawak dan bumi kuala Lumpur memang sangat berbeza. Pada awal kepulangan saya, sempat saya menziarahi Ust Nazri dan Ust Munthaha. Kedua-duanya merupakan orang kuat ISMA Sarawak sebelum ini yang telah berhijrah ke KL. Seronok bertemu mereka kerana adanya memori manis dari Sarawak sebelum ini. Dalam pertemuan penuh mahabbah itu, ternyata memberi banyak nasihat dan pedoman. Ya..sememangnya segalanya ada di sini..berbanding Sarawak..tetapi ternyata disini juga hebat ujian dan kesibukannya berbanding Kota Samarahan. Apatahlagi kata Ust apabila memasuki dunia pekerjaan dan berumah tangga. Memang berbeza dan akan memerlukan masa untuk menstabilkan kehidupan. Pesan Ust agar terus menghadiri usrah mingguan di KL ini adalah ubat mujarab untuk membantu ikhwah dan akhwat terus bersama dakwah. Melihat Ust Munthaha sahaja saya sudah dapat merasa kesukaran beliau di saat-saat awal berada di sini. Urusan untuk mendaftarkan anak-anak ke sekolah baru sahaja sudah memakan masa dan kudrat yang banyak. Lalu apabila membandingkan dengan diri saya yang bujang ini membuatkan saya merasa kerdil dan tidak punya apa-apa. 

Konvensyen keluarga Melayu Muslim 2011

Alhamdulillah sempat juga saya hadir ke KKMM di Putrajaya dengan Ust Nazri. Seronok bila pergi program besar ISMA kerana dapat bertemu dengan semua ikhwah dari seluruh Malaysia. Selain dapat bertukar cerita kami juga dapat merapatkan ukhwah. Daripada program ini, antara yang menarik ialah ucapan dasar Presiden ISMA, Ust Abdullah Zaik. Sayang sahabat saya Azrin tiada disini, kalau ada kan bagus.  Dalam ucapan beliau membawa kami berfikir akan asas pembinaan ummah adalah bermula dengan individu seterusnya keluarga muslim. Masalah yang berlaku kini melibatkan keluarga melayu muslim memang sudah pada tahap membahayakan. Apabila saya mendengar kata-kata Ust Lah, saya sudah mampu membayangkan realitinya. Kenapa? Ini kerana saya dan keluarga tinggal di kawasan setapak jaya, wangsa maju, keramat, ampang, taman melati sekitar KL. yang mana disinilah ramai keluarga melayu tinggal. Setiap hari saya boleh melihat sendiri realiti keruntuhan jatidiri dan moral dikalangan jiran tetangga saya. Memang menyedihkan. Tidak hairanlah apabila Ust Lah berkata lebih 6 juta belia menghadapi kecelaruan identiti di Malaysia mendapat liputan luas dalam media elektronik dan cetak. Ini kerana ia sememangnya masalah yang berlaku. Apabila saya pergi ke shopping kompleks, boleh dilihat majoriti melayu islam sudah luntur pegangan agama. Dilihat sahaja cara berpakaian, pergaulan, hiburan yang dipilih dll. Bukan tidak ada yang baik. Tetapi yang jelas kelihatan ialah jahiliyah sudah bermaharajalela.

Realitinya banyak individu yang hilang jatidiri, tidak ada rasa bangga dan mulia sebagai muslim. Belum lagi apabila kita bertanyakan kepada diri kita. Siapa kita? keturunan apa kita? Siapa atuk nenek kita? Saya yakin kebanyakkan kita keluarga melayu muslim tidak melihat ia sebagai sesuatu yang penting. Sedangkan menurut Ust Lah, kalau dalam masyarakat Arab, mereka begitu menjaga dan mewariskan kepada anak-anak akan susur galur keluarga mereka dan berbangga dengan datuk nenek moyang mereka. mereka berbangga bukan kerana kejahatan tetapi kerana kemuliaan dan kebaikan daripada atuk nenek mereka.  Ya, bagi saya memang saya setuju. Kalau saya mengkaji sejarah dan sasilah kelaurga saya. lalu saya menemukan bahawa atuk nenek saya adalah merupakan golongan yang terhormat di dalam masyarakat. Atuk belah mak saya  Rahmad bin Meru merupakan seorang pejuang melawan komunis dan pernah diberikan anugerah oleh sultan perak atas jasanya. Atuk saya adalah pemimpin melayu yang berjaya membawa kemajuan di kawasan chemor yang mana dengan pengaruhnya dia berjaya meminta agar pemimpin UMNO ketika itu membuat jalan raya, elektrik dan kemudahan air. Malah Kg Jasa dan tanah yang atuk diami adalah hasil pemberian kerajaan atas jasa mereka dalam mempertahankan negara. Atuk merupakan pemimpin dan ketua kampung disegani. Malah ahli politik juga turut segan dan takut dengan pengaruh atuk yang besar. Dikatakan atuk boleh mempengaruhi 5 ribu undi orang melayu ketika itu. Sebab itu pemimpin ketika itu begitu mengikut kehendak dan permintaan atuk ketika itu. Hasilnya, penduduk kampung dapat menikmati kemudahan asas dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. malah sesiapa sahaja yang pergi ke Kg JASA pasti mereka akan dapat melihat satu jalan diberi nama  jalan Rahmad sempena menghargai jasa beliau.  Mungkin darah keberanian atuk itu mengalir dalam diri saya yang membuatkan saya ingin mencontohi beliau. InsyaAllah.  Atuk sebelah bapa pula daripda golongan bangsawan dan merupakan pegawai kastam terhormat dan disegani masyarakat juga. Atuk telah berkahwin dengan golongan kerabat diraja yang menguatkan asas sejarah beliau daripada golongan bangsawan. Juga merupakan seorang yang terkenal dalam masyarakat sebagai orang yang soleh dan terhormat. Apabila mengkaji sejarah keluarga, ia membuatkan saya rasa lebih rasa izzah dan berbangga dan termotivasi untuk meneruskan catatan sejarah keluarga yang mulia ini. Saya kira inilah antara point-point yang Ust Lah nak sampaikan supaya kita menghidupkan kembali sejarah mulia setiap keluarga melayu muslim selagi ia tidak bercanggah dengan syariat islam. 
Antara point lain ialah kurangnya pendidikan agama dalam keluarga muslim dan ancaman-ancaman luar yang menyerang masyarakat kita oleh musuh-musuh islam secara halus sangat membahayakan. Dalam slot yang lain juga ada membincangkan masalah yang sering dihadapi oleh keluarga melayu muslim ialah masalah kewangan. Banyak kelaurga menghadapi masalah akibat daripada tidak pandai merancang kewangan. Slot ini menarik kerana melibatkan seorang tokoh pakar kewangan. InsyaAllah menjadi bekal kepada saya sebelum mendirikan rumah tangga.

Sudah semakin jelas kini mengapa bagi saya dakwah tidak harus sembunyi-sembunyi lagi. Dakwah tidak harus pada mahasiswa sahaja. Baru saya lebih faham dan yakin mengapa Dakwah ISMA mahukan juga kita bersama masyarakat dengan amal Am. Antum faham? Antum ikut usrah? Adakah antum mampu membawa mak  ayah, adik dan abang2 ke Usrah? susah bukan..maka disinilah pentingnya program umum seperti NAZIM, KriM, Aman palestin, dll. Disinilah kita boleh membw sahabat dan keluarga bersama mengenali dakwah dan fikrahnya.

Membina Masjid

InsyaAllah mudah-mudahan jika tiada aral melintang saya punya rencana untuk mendirikan masjid pada umur 25 tahun. Soalnya jodoh saya serahkan kepada Allah swt agar mengurniakan seorang isteri yang solehah dan sudi menjadi teman setia hidup ketika susah dan senang di jalan dakwah. Ya, seperti yang semua ikhwah impikan agar terus menjadi bahagia dibawah rahmat Allah swt. Sahabat semua yang membaca tulisan ini akan saya umumkan secara rasmi bila masanya sesuai. InsyaAllah.

Sekian. terima kasih