Followers

October 21, 2011

Pertahan Akidah Umat

Pertahankan akidah umat

 

“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Mā’idah, 5 : 73)

Aqidah mengesakan Allah adalah kurniaan terbesar Allah kepada kita sebagai umat Islam. Di samping ia merupakan kurniaan, dalam masa yang sama ia adalah amanah yang wajib digalas oleh setiap kita. Mulai saat ini, marilah kita meningkatkan tahap keprihatinan kita menyedari dan mengambil berat terhadap ancaman pemesongan akidah tauhid umat Islam pada hari ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap aqidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC dan kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas DUMC. Pendakyah-pendakyah agama lain bebas memberikan khidmat sosial kepada pesakit-pesakit di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak muslim yang diselitkan dakyah-dakyah Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah. Oleh kerana sasaran utama mereka adalah orang-orang Melayu Muslim, maka mereka menggunakan beberapa pendekatan yang hampir dengan kehidupan seharian orang-orang Melayu Muslim termasuklah penyalahgunaan beberapa perkataan yang mempunyai makna dan pengertian khusus tertentu dalam Islam tetapi digunakan untuk mencapai tujuan-tujuan jahat mereka. Contohnya penggunaan kalimah “Allah” .

Di dalam Islam, “Allah” hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa. Merujuk perkataan “Allah” kepada salah satu daripada tiga unsur tuhan seperti kepercayaan Kristian adalah menyalahi aqidah Islam, apatah lagi mendakwa Nabi Isa a.s itu adalah anak “Allah”. Al Quran menegaskan di dalam Surah al-Ikhlas (112) : 1-4;

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Hari ini nama suci ALLAH dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan potensi untuk mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah. Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada symbol pujaan agama lain. Kalimah suci ALLAH bukan sekadar ‘nama am’ yang bermaksud ‘tuhan’ walau apa bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bungkusan, tidak boleh dibawa ke tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Yang Maha Suci – Tuhan Yang Maha Agung.


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang buat kali 178 telah memutuskan dan keputusan ini telah difatwakan serta diwartakan oleh Kerajaan Negeri Perak pada bulan Jun 2010 , bahawa penggunaan kalimah ALLAH hanya dikhususkan untuk umat Islam, mana-mana penganut selain penganut Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH untuk sebarang tujuan dan maksud.

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama ini diredhakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh ALLAH swt terhadap umat Islam, menguji kepimpinan Islam di bumi ini; ujian ILAHI terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-raja. Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, KEESAAN ILAHI, ALLAH yang “SATU” lagi berkuasa di atas segalanya.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuklah dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat Islam samada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Marilah setiap daripada kita menjadi muslim yang sentiasa sensitif kepada setiap perkara yang berlaku kepada agama Islam dan umat Islam di mana-mana sahaja ia berlaku samada di luar negara lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di dalam negara kita. Marilah kita sentiasa menyiapkan diri, sentiasa siap siaga menjadi tentera-tentera Allah, pembela-pembela agama yang akan responsif terhadap apa juga yang menyentuh soal agama Islam dan umat Islam.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, atas tanggungjawab agama, atas semangat menjunjung titah Raja-raja Melayu agar Islam dipertahankan; satu perhimpunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinamakan sebagai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) bertema “Selamatkan Akidah” akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu 22 Oktober 2011 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang melampaui sempadan perbezaan ‘kotak-kotak” kepentingan kelompok dan parti. Inilah peluang keemasan yang mungkin sekali dan terakhir untuk setiap muslim yang sayangkan akidah dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan membersihkan karat-karat yang menyaluti akidah umat.

Ustaz Hj. Zamri bin Hashim,
Naib Yang di-Pertua,
ISMA Perak
Blog: Ustaz Zamri Hashim

October 20, 2011

Himpun


Ummat ini terus dahagakan kesatuan ukhwah islamiyah. Sejarah panjang yang dihantui ummat akibat sengketa politik terus membawa bencana kepada kita tatkala terus lemah dan dipercaturkan oleh pihak lain. Harus sampai bila kita lemah? Para pendahulu kita dahulu begitu sensitif tatkala hadirnya berita seorg umat islam dimurtadkan seperti Natrah...Sahabat nabi, Abu Bakar r.a sebaik mengetahui kemurtadan umat..langsung terus ia perangi dengan tegas..agar mereka kembali kepada islam. 

Hari ini.. murtadnya Lina Joy. Aishah Bukhari, terbongkarnya usaha murtad umat islam di Gereja DUMC, dan banyak lagi seharusnya menyedarkan kita..akan kelalaian dan kelemahan kita selama ini. Maka ini bukan masanya untuk menjaga undi, menjaga hati...soalnya daerah sempadan kita telah diceroboh. Soalnya Allah telah memerintahkan kita untuk menegakkan agama ini di negeri kita dan melindungi setiap mereka yang sudah mengucap 2 kalimah syahadah. 

Sampai bila kita akan terus bergantung kepada Ahli politik yang hanya sibuk menjaga undi? Terus bersangka buruk sesama islam, terus menutup pintu kesatuan islamiyah..hentikan semua sengketa politik.. Marilah berhimpun bersama umat islam yang lain..sahutlah seruan jihad untuk mencipta sejarah baru bagi umat islam di malaysia..bahawa harapan itu masih ada, bahawa kesatuan umat itu masih ada..bahawa umat islam itu punya agenda perjuangan..

Maka HIMPUN ini seharusnya dapat menjadi titik mula kebangkitan dan penglibatan semua umat islam dalam perjuangan kita.

Buktinya kini, semua golongan umat islam telah menyatakan sokongan seperti
  • mufti
  • cendekiawan
  • mahasiswa
  • artis
  • masyarakat umum
  • pemimpin masyarakat dll

Anda bila lagi? Sokonglah dan sebarkanlah.... jgn terpedaya dengan segolongan mereka yang membantah, sebaliknya cubalah buka website himpun.org dan bacalah objektifnya dan fahamilah..

October 9, 2011

jaulah sibu (Okt 2011)

Alhamdulillah,
kelmarin akhirnya diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi ikhwah2 yang comel2 di Sibu. Nampaknyer mereka semua sihat2 belaka disana. Terutama akhi Danial dan Nurhafiz. (jgn marah yea). Menaiki bas ke Sibu memang bosan apatahlagi sorang2. kebetulan ikhwah ada program di KS. kalau tidak seronok jugak pergi beramai-ramai. InsyaAllah next time jaulah ramai2. 
Bumi Sibu menyaksikan kehadiran ikhwah2 di sana. dengan  aktiviti dakwah dan tarbiyahnya.setiap tahun . Sibu merupakan medan dakwah yang subur, semoga anak2 yang ditarbiyah akan menjadi penerus dakwah suatu masa nanti. Semoga segala amal dan usaha dakwah ikhwah2 di sana diganjari Allah dengan pahala yang berterusan. InsyaAllah suatu masa nanti kita pasti akan buka pejabat disana. Menanti kepulangan ikhwah2 tempatan seperti Nasir dan lain-lain pulang suatu masa nanti. Inilah mimpi2 kita. Amin.
Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Terima kasih kepada ikhwah di sana yang belanja ana makan dan kpd akh Danial dan Farisd juga atas kenderaan yang disediakan. Semoga dapat bertemu lagi ya.



October 6, 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Okt 2011


KUALA LUMPUR 4 Okt — Berikutan dakwaan peningkatan kes cubaan memurtadkan orang Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggerakkan satu sekretariat bagi mengukuh dan memantapkan akidah Muslim negara ini.
Sekretariat yang diberi nama Himpunan Sejuta Umat atau Himpun itu bagi menzahirkan suara dan pendirian umat Islam yang menolak siri cubaan memurtadkan dan mencemarkan agama Islam di negara ini.
“Kes DUMC (Gereja Methodist Damansara Utara) ini dilihat betapa pihak yang mendalangi usaha memurtadkan orang Islam ini semakin agresif dalam menggerakkan dakyah mereka,” kata Presiden Bersama Himpun  Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media di sini hari ini.
“Mereka dilihat semakin berani untuk mengkristiankan umat Islam secara terbuka dengan memberikan bantuan khidmat sosial, menganjurkan kelas tuisyen untuk kanak-kanak Islam yang diwarnai dengan dakyah Kristian, menganjurkan majlis makan malam atau majlis kesyukuran melibatkan umat Islam dalam menyampaikan ajaran mereka secara halus kepada umat Islam dengan bermacam-macam cara lagi,” tambah beliau.

Azmi yang juga mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) turut menolak penubuhan Himpun berkaitan dengan politik.
“Kami tidak terlibat dengan mana-mana fahaman politik, tetapi sekiranya mereka (ahli politik) ingin bekerjasama, kami mengalu-alukannya,” tambah beliau.
Sementara itu, Dr. Yusri Mohamad, seorang lagi Presiden Bersama sekretariat ini berkata Himpun bukti yang jelas bahawa umat Islam boleh bersatu dalam mempertahankan akidah mereka daripada diganggu gugat oleh sesiapa pun.

“Tanpa mengambil kira ideologi masing-masing, Himpun akan menyampaikan mesej dengan jelas kepada mereka yang berusaha untuk merosakkan akidah umat Islam supaya tidak mengganggu kami lagi,” katanya.
Yusri menambah, agenda utama Himpun bukan untuk bermusuhan dengan lain-lain agama di negara ini, tetapi lebih bertujuan untuk memantapkan akidah penganut agama Islam di negara ini.
“Kami menghormati hak-hak agama-agama lain, dan begitu juga mereka, tetapi kami tidak akan berkompromi sekiranya terdapat usaha untuk merosakkan pegangan akidah agama umat Islam di negara ini,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Himpun akan menganjurkan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini bagi menzahirkan pendirian mereka dengan jelas kepada masyarakat di luar sana.


Popular Posts