Welcome to UNIMAS 2011

Sebaik pulang ke bumi sarawak pada 7 September 2011. Keadaan dan suasana di lapangan terbang kuching penuh sesak. Ramainya orang bukan kerana menjemput diriku yang kerdil ini. Bumi Sarawak hari itu menerima kedatangan ramai anak-anak muda yang dahagakan ilmu. Kehadiran ramai pelajar baru ke UNIMAS kali ini begitu luar biasa. Lantas teringat saat-saat kami hadir ke sini dahulu. 6 tahun yang lalu.

Jika nak diimbas. Saya datang ke UNIMAS bersama beberapa orang ikhwah membawa harapan mak dan abah untuk menjadi seorang yang berjaya dan kebanggaan keluarga. Tetapi ketika itu ada juga niat dan hasrat lain yang lebih membara ketika itu. Iaitu ingin membawa dakwah dan tarbiyyah ke bumi Sarawak. Saya tertanya-tanya adakah dikalangan pelajar baru ini membawa niat yang sama seperti mana saya datang dahulu bersama ikhwah dan akhwat. Jika ada, walaupun seorang, bertuahlah bumi ini.. Kerana bagi diriku, kehadiran seorang dai itu lebih baik dari kehadiran beratus orang yang tidak punya tujuan yg jelas dan agenda dakwah dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, sejarah juga membuktikan siapa sahaja punyai potensi untuk menjadi dai andai itu takdir Allah. Semoga saya dan ikhwah2 lain terus istiqamah dengan niat dan amal kami sepertimana kami datang dahulu.


"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (3:79)
 
Sekali lagi. Tahniah kepada semua pelajar baru terutama pelajar asasi unimas batch yang pertama. 


Mun'aim Idrus@2011

Comments

Popular Posts